Ask Laftan AnLamaz my new favourite romantic comedy series

10:46 AM



Ask Laftan Anlamaz ni my new favourite series, nak share jugak. Sebab cerita melayu sekarang banyak tak best and entah hape-hape je. Cerita ni adalah cerita turki and habis di tayangkan awal februari lalu di Turki. Memang antara cerita yang dapat rating tertinggi lah kiranya. 
Dari awal tengok, memang tak kering gusi. Tergelak-gelak terguling dibuatnya. Ala-ala cerita kora gitu. Hero ngan heroin memang cantik dan hensem habis. 


Ni antara barisan para pelakon dalam cerita ni. Semua pun pandai berlakon. Full with facial expression. Lakonan memang mantap-mantap belaka. Tak fake! Dah la hensem, cantik..tak fake pulak tu. Yang berlakon bimbo pun rasa macam nak hempuk je kepale dia sebab bimbo sangat. Haha. 



Meh nak cerita sinopsis sikit. Hande membawakan watak Hayat dan Burak membawa watak sebagai Murat. 

Hayat merupakan gadis kampung yang baru tamat universiti tapi masih mencari kerja. Sebab terlalu lama mencari kerja, kedua ibubapanya berang dan datang ke Istanbul untuk bawak Hayat balik ke kampung. Dorang nak kahwinkan je Hayat dengan lelaki kampung, boleh beranak and jaga anak je nanti kat kampung. Tapi Hayat taknak. 

Akhirnya Hayat dapat offer interview di sebuah syarikat bernama Sarte. On the way nak ke Sarte, Hayat bertemu Murat. Dorang berebut teksi sedangkan Murat yang  book dulu teksi tu. Time pergelutan tu, Hayat tertinggal handphone dalam teksi. 

Murat cuba nak pulangkan handphone pada Hayat. Tetapi Hayat syakwahsangka yang Murat ni macam stalker la. Bile murat pulangkan phone, hayat campak phone tu dalam tong sampah tanpa check dulu yang phone tu adalah phone dia. 

Hayat tiba lambat di Sarte hari tu. Bila sampai di sana, Hayat berjumpa dengan Suna Pektas yang mana si Suna Pektas ni pun nak interview jugak. Suna Pektas ni dah viral yang die ni nak dapatkan kerja di Sarte tu sebab menggunakan orang dalam. Time dorang duk dalam lift, ada dua orang lagi staff Sarte duk mengumpat si Suna Pektas tanpa mengetahui yang si Suna ni puna ada dalam lift tu. Suna emo dia pun baling resume dia. Hayat blur dengan tindakan Suna. Dia kutip lah resume si Suna Pektas ni. Tiba di tingkat 3, dia pun pergila jumpa secretary boss (Cagla). 

Si Cagla ni terus je rampas resume dekat tangan Hayat. Tapi resume yang di rampas tu adalah resume Suna Pektas. Cagla bermati-matian ingat Hayat adalah Suna Pektas dan terus confirmkan job tanpa interview. Gaji 3k! Lompat bintang la Hayat. Dari situ dia terpaksa berlakon sebagai Suna Pektas. 


Hayat terkejut apabila mendapati lelaki yang die maki kat tepi jalan tu tadi adalah boss dia di Sarte. Slowly-slowly bergaduh-gaduh lama-lama dorang star bercinta. Aduiii romantik gile mak aii.. tak terdescribe gitu. Akak pun lompat bintang sama tengok cerita ni. Dah la gamba cantik, baju cantik, rumah cantik.. Sume pun cantik. Akak bagi 5 bintang!

Ok sape nak tengok boleh tonton dekat facebook : Ask Laftan Anlamaz eng sub by Ask okies. Jangan kata akak tak payung. Cepat pergi tengok! Jom lompat bintang sama2..



You Might Also Like

3 comments

  1. Erkenci Kus pun best dear.... mmg antara movie yg addicted jg...
    struggling n yet lead to appreciating our love one...

    ReplyDelete
  2. Yes.. Baru je follow drama ni.. Best gile.. Non stop tengok episode

    ReplyDelete
  3. Best tp ending x menarik.. byk sgt tergantung sepi..

    ReplyDelete

I read:

Makeup geek