Kenapa bacaan ALP tinggi untuk bayi yang baru lahir?
12:24 AMAssalammualaikum,
Hari ni saya tertarik untuk menulis tentang bacaan ALP yang tinggi dalam ujian darah (ujian bacaan hati/liver function test) bayi.
ALP atau nama penuhnye Alkaline phosphatase adalah sejenis enzyme yang dirembeskan oleh hati. Yang mana ianya memainkan peranan penting dalam pembentukan tulang (osteoid formation & bone mineralization) dan fungsi hati.
Tapi kenape ianya tinggi pada bayi? Bahaya ke?
Si ibu memang akan tertanya2 apabila mereka melihat bacaan ALP ni meningkat beratus2. Betul kan? Terutama bagi yang bayi jaundis.
Peningkatan enzyme hati ada yang bahaya dan ada yang tidak.
Saya akan terangkan kemungkinan yang TIDAK BAHAYA dahulu.
Ada kajian menunjukkan bagi bayi pramatang terutamanya yang dilahirkan pada usia kurang dari 34minggu dengan berat kurang dari 1.5kg, mempunyai risiko utk ALP yang tinggi berbanding bayi yang cukup bulan. Hal ini kerana, bayi yang lahir pramatang lebih berisiko utk mendapat osteopenia. Apa itu osetopenia?
Osteopenia ini adalah kekurangan mineral di dalam tulang bayi ataupun kita sebut BMD (bone mineral disease). Dalam kajian ini, xray telah dilakukan kepada bayi pramatang, dan terbukti baby pramatang kebnayakkannye menghidap osteopenia dan bacaan ALP mereka lebih tinggi.
Dalam kajian ini juga ada menunjukkan, ibu yang kurang mengambil calcium ketika mengandung, akan menyebabkan risiko osteopenia dalam bayi meningkat steerusnya menyebabkan bacaan ALP juga meningkat.
Bagi bayi pramatang atau bayi yang cukup bulan,sekiranya, bacaan hati yang lain dan ujian darah yang lain normal, berkemungkinan besar peningkatan ALP ini hanyalah sementara dan tidak merbahaya buat bayi. Beberapa siri ujian darah akan di jalankan dari semasa ke semasa utk melihat trend bacaan ALP ini. Dan ianya mengambil beberapa minggu ke beberapa bulan untuk kembali ke paras normal.
Apakah kemungkinan yang BAHAYA pula?
Kemungkinan yang bahaya sudah tentu masalah hati pada bayi iaitu biliary atresia. Simpom biliary atresia adalah jaundis, najis bewarna kelabu dan air kencing bewarna gelap
Apa yang ibu perlu lakukan?
Teruskan menyusu seperti biasa
Jangan ambil apa2 jamu
Makan makanan berkhasiat
Ikut temujanji yang diberikan oleh doktor
Pantau anak anda, adakah mereka mempunyai simptom2 biliary atresia? -bawak mereka berjumpa doktor .
Bagaimana pula peningkatan ALP pada kanak2 yang sedang bertumbuh?
Ya. bacaan ALP juga boleh dilihat sedikit meningkat bagi kanak2 yang sedang bertumbuh. Hal ini berkait dengan pertumbuhan tulang mereka. Ianya tidak merbahaya. Yang penting, siri ujian darah haruslah dilakukan sehingga kembali ke paras normal.
1 comments
"www.nonwovenbagmalaysia.com.my/ www.magspremiums.com
ReplyDeleteMAGS PREMIUM GIFTS SDN BHD We specialize in premium and corporate gifts printing (cenderamata korporat) , Welcome to custom made your own design on the gifts. Example: non woven bags, tshirt, lanyard, keychain, etc..."