Assalammualaikum...
Hari ni kita cerita pasal prolong jaundice dan persolan-persolan yang bermain dalam kepala otak parents-parents sekalian bila kita risau anak kita kuning. Saya akan cuba explain semudah yang mungkin untuk para ibu-bapa faham akan masalah jaundis ini.
Prolong jaundice atau jaundis yang lama dimana baca jaundis masih tidak kurang dari 5mg/dL (atau 85micromol/L). Prolong jaundice bagi bayi yang cukup bulan dan bayi pramatang tidak sama ye.
Hari ni kita cerita pasal prolong jaundice dan persolan-persolan yang bermain dalam kepala otak parents-parents sekalian bila kita risau anak kita kuning. Saya akan cuba explain semudah yang mungkin untuk para ibu-bapa faham akan masalah jaundis ini.
Prolong jaundice atau jaundis yang lama dimana baca jaundis masih tidak kurang dari 5mg/dL (atau 85micromol/L). Prolong jaundice bagi bayi yang cukup bulan dan bayi pramatang tidak sama ye.
- bayi yang cukup bulan (lahir >37mnggu ke atas) , mereka di kira prolong jaundis jika bacaan masih tidak kurang dari 5 selepas 14hari dari hari kelahiran.
- bayi yang tidak cukup bulan (lahir 37minggu ke bawah), mereka di kira prolong jaundis jika bacaan masih tidak kurang dari 5 selepas 21hari dari hari kelahiran.
Apabila anak kita bacaan kuningnya masih tinggi, doktor akan mintak kebenaran dari ibu dan bapa untuk buat pemeriksaan darah dan air kencing. Time ni ibu bapa akan panik sikit. Ada yang mule nak marah, dah la hari2 kene cucuk..nak amik darah lagi???
Memang penat fasa anak jaundis ni, dengan mana kita nak bekerja, si ibu pula masih tidak pulih sepenuhnye, anak pula kurang menyusu..(Ini memang FASA DUGAAN). Tapiiiiii..terima dengan hati yang terbuka. Sebab kita nak anak kita sihat dan doktor pun nak anak kita sihat. Doktor tak kuasa nak cucuk anak orang sesuke hati sebab dorang pun ade anak. Ok,setel bab nasihat. Kita sambung semula pasal prolong jaundis.
Memang penat fasa anak jaundis ni, dengan mana kita nak bekerja, si ibu pula masih tidak pulih sepenuhnye, anak pula kurang menyusu..(Ini memang FASA DUGAAN). Tapiiiiii..terima dengan hati yang terbuka. Sebab kita nak anak kita sihat dan doktor pun nak anak kita sihat. Doktor tak kuasa nak cucuk anak orang sesuke hati sebab dorang pun ade anak. Ok,setel bab nasihat. Kita sambung semula pasal prolong jaundis.
Ape penyebab prolong jaundis ni? Sama lah macam penyebab2 demam kuning. Akak tepek je yang versi omputih ni. korang baca je lah ye.
Ibu bapa perlu faham prosedur ambil darah dan air kencing.
Kenapa? Darah kali ni perlulah dicucuk di tangan, sejumlah darah akan di ambil dalam beberapa tabung. Bukan ambil darah dengan cucuk di bahagian tumit ye. Sebabnye darah-darah ni kita akan hantar ke lab. Dan prosesnye memakan makan 2minggu keatas (di klinik kerajaan) dan akan lebih cepat lagi di lab swasta yang pastinya (tapi kos agak mahal). Cuma lab swasta selalu tak nak ambil risiko cucuk bayi kita kecuali hospital private (sekali lagi ongkosnya mahal donk).
clean catch urine
plastik untuk tangkap air kencing bayi
Air kencing pula, ada doktor akan ajar ambil secara "clean catch" maksudnye mak ayah kene tadah air kencing baby tu sebersih yang mungkin (STERILE). Selalunya kita bekalkan plastik yang ade pelekat, so mak ayah boleh lekatkan dekat bahagian kemaluan bayi. bile dorang dah kencing, cepat2 masukkan dalam botol kencing dan hantar ke klinik kesihatan. Ataupun, bile anak nak kencing, kita pun sambut lah macam sambut bola keranjang. Haha..part ni kadang2 boleh tersasar gitu.
Teknik lain untuk ambil air kencing adalah "IN-OUT CATHETERIZATION" . Dubb dabbb dubb dabb jantung bila dengar part ni. Biar betul doktor nak masukkan tiub dekat kemaluan bayi kita? Kecik kot kemaluan anak kita tu? Tak bahaya ke? Jawapannya TIDAK.
Para doktor akan masukkan tiub kencing yang kecil saiznye bersesuaian dengan saiz untuk bayi kita. Bile air kencing dah dapat, tiub tersebut akan dikeluarkan semula. Kalau tak dapat, makanya kene refer utk prosedur seterusnya iaitu SUPRAPUBIC CATHETHERIZATION.
Para doktor akan masukkan tiub kencing yang kecil saiznye bersesuaian dengan saiz untuk bayi kita. Bile air kencing dah dapat, tiub tersebut akan dikeluarkan semula. Kalau tak dapat, makanya kene refer utk prosedur seterusnya iaitu SUPRAPUBIC CATHETHERIZATION.
Yang ni lagi super seriau bunyinye. Nak tebuk perut ambil air kencing????? oh-my-god. Relaxxx..tarik nafasss...lepasss... Ok, first prosedur suprapubic catheterisation ini dibuat oleh doktor kanak-kanak atau doktor pakar sahaja. Takde doktor suke suki nak buat prosedur ni. Barang yang digunakan adalah jarum dan syringe. Cucuk di bahagian aras pundi kencing dan setelah dapat air kencing, jarum akan dikeluarkan. Sekejap je prosesnye. Risiko-risiko kecedaraan organ akan diterangkan sebelum prosedur dijalankan. Ok, rasanya part prosedur dah cukup clear dah saya terangkan.
Darah apa yang akan diambil?
- Bacaan fungsi hati/Liver function test : yang ni ada ALP/ALT/AST/Bilirubin -conjugated and unconjugated. Yang ni dokor akan buat penilaian samada normal atau tidak. Yang kita khuatiri adalah biliary atresia. Sebabnye sekiranya anak-anak yang ada biliary atresia ni pembedahan perlu dilakukan secepat yang boleh (seawal 3bulan).
- Bacaan thyroid - takut anak kita ada masalah kelenjar thyroid. nanti ganggu tumbesaran. Masalah thyroid pun boleh buat jaundice yang lama.
- Full blood count- nak tengok darah merah dia macam mana.. Ada anemia ke? Atau masalah2 darah yang lain.
- Urine-UFEME. Untuk tengok samada ada jangkitan kuman pada tempat kencing atau pun tidak. Sebab kanak-kanak tak boleh bagitahu yang dia kencing sakit. Betul tak? So, infection yang stay dalam air kencing tu boleh membawa kepada risiko jaundis.
Ada lagi darah-darah yang lain macam full blood picture.. itu bergantung kepada doktor masing-masing.
Kalau semua pun normal, maka Alhamdulillah.. Tapi kalau ada yang tak normal jangan terus mengalah. Anak anda akan di refer kepada pakar kanak-kanak di hospital yang berhampiran.
Apa yang penting?? Ibu bapa kena kenalpasti tanda-tanda bahaya dalam jaundis. Nampak je tanda-tanda ni jangan tungu. Terus bawa ke kecemasan.
- Pantau bayi ada demam atau tak? If ada demam (terutama bayi <30 hari ) cepat-cepat bawa ke hospital!
- Bayi pucat/ biru atau muntah2/ susah nafas/lemah tidak aktif
- Warna najis bayi kelihatan pucat (kelabu pucat/kuning pucat), atau air kencing bewarna coklat pekat.
- Sawan
Perluke saya bagi lampu phototherapy pada anak yang prolong jaundice?
Tak perlu.Sebab pada peringkat usia ni, bilirubin dah tak cross blood brain barrier dan efek otak (kernicterus).
Bahaya tak kalau saya sewa lampu phototherapy dan letak kat rumah?
Ye BAHAYA! Sebabnye, bayi yang di bawah phototherapy perlukan monitoring dari bacaan darah (bacaan bilirubin dan bacaan buah pinggang). Sebab bayi boleh jadi kering yang kering kalau terlebih bagi lampu. So jangan mandai-mandai.
Perlu ke jemur baby?
Pada saya tak perlu pun, sebab sinaran matahari sekarang dan tak macam dulu. Lapisan ozon dah semakin menipis. tapi kalau nak jemur jugak, pastikan jemur matahari pagi yang pukul 8 tu. Time tu tak panas sgt. Jemur pun sekejap je. Bukan jemur sampai kering. Anak anda bukan baju atau pun ikan kering. Ingat tu.
Boleh ke bagi makan anggur hitam? atau supplement2?
Tak perlu. Jangan memandai. Bayi kurang 6 bulan perlu susu ibu atau susu tepung aje. Ibu bapa yang suka sumbat anak makan benda bukan bukan atas alasan nak ikhtiar ni..perlu dipanggang je. Geram tau.
Kalau ada apa-apa soalan, boleh tanya saya. Kalau ada masa klinik saya tak busy, saya jawab ye. Terima kasih. :)
BAGI IBU BAPA YANG INGIN MEMBACA TENTANG JAUNDICE BOLEH KLINIK DI
--->SINI
- 11:47 AM
- 119 Comments






