My skin care routine (2011)

5:24 PM

Assalammualaikum darling-darling ku sekelian..

Hari ni ML nak share my skin care routine yang latest. Since i came back to Malaysia,i changed most of my skin care routine. Semuanya sebab krim-krim muka yang sebelum ni dah habis and dah tak effective. Basically, after 6 months, most of cream-cream yang kita pakai, akan mula tak effective pada kulit kita. So, bile dah tak ada perubahan, kita kene lah tukar skin care yang baru.

Seperti yang korang tahu, before ni ML banyak gunekan barangan body shop. Itupun sebab di Moscow, ade body shop jek yang sesuai dengan ML. Yang lain semuanya tak de range product for asian skin. So, bile balik Malaysia, ML tempting utk mencuba barangan-barangan produk kecantikan seperti OLAY, Bio-essence and macam-macam lagi lah. So, jom ikuti perkembangan terbaru skin care ML.


Dari kiri- Olay white radiance moisturizer, olay white radiance serum, Absolute total BB cream skin79, No.7 Mattifying make up base, Maybelline make up remover eye & lip, Vichy very high protection sun block SPF 50+, Vitamin C skin boost, Dalacin T, Zineryt, pencuci muka bio essence bird's nest(xde dalam gambar)

1) Pencuci muka Bio Essence Bird's Nest


ML mula jatuh hati dengan pencuci muka bio essence dah lame. Dah lebih kurang 3-4 bulan ML bertukar kepada pencuci muka Bio Essence. Before this, ML gunakan Bio Essence Tanaka White. Itupun, sebab kawan ML, Balqis jual pencuci muka dia yang melambak-lambak tak habis di Moscow, rm5 je sebotol. Kebetulan pencuci muka ML dah habis & time tu tengah busy exam, so ML tak berkesempatan utk keluar shopping. tapi berbaloi percubaan menggunakan pencuci muka Bio Essence ni.

BIO ESSENCE TANAKA WHITE: Tekstur pencuci muka Bio Essence TANAKA WHITE agak kasar dan lepas basuh muka, tangan akan terasa kesat-kesat. Rase macam pipi kite ade getah (rubber).Tapi memang muka rasa sangat bersih. Kesannye, kulit muka kurang berjerawat and lebih cerah. 

BIO ESSENCE BIRD'S NEST: Bila balik ke Malaysia, ML tengok Bio Essence ada keluarkan product terbaru yang mengandungi bird nest. Kecik-kecik dulu, ayah ML selalu beli sarang burung. ML suke gile makan sarang burung letak ais ala-ala ley chi kang. Simple tapi sedap. So, keluaran Bird's nest range ni jugak mengandungi Nutri-Collagen & whitening. Function die untuk memutih dan anti-aging. Untuk pengetahuan semua, early 20's, muke kite dah mula start premature wrinkle. tak percaye, gi tenung kulit muka dekat cermin. So, kenalah rawat dari sekarang.  

Tekstur pencuci muka Bird's Nest ni lebih lembut berbanding Tanaka White dan muka tidak terase kesat lepas cuci muka. Muka memang sangat kurang berjerawat. Buktinya, dalam masa 2-3 bulan ML gunakan pencuci muka ni, baru sekarang ML naik jerawat, itupun sebab ML tak jaga makan and tidur. Boleh kate, setiap malam nak makan nasik lemak, kari and macam-macam. Siap bedal coklat sepapan. Barulah keluar jerawat. Harga pun berpatutan, ML tak ingat price die berapa. tapi time ML beli tu ade promotion, dalam berbelas-belas ringgit je. And sebotol ni tahan lame. Untuk 2-3bulan ni, belum habis lagik sebotol. ML ni kuat cuci muka. Bile rase berminyak je, ML mesti cuci muka. Kalau ML ade pakai make up, ML akan cuci muka 2 kali untuk make sure muka betul-betul bersih.

2. OLAY WHITE RADIANCE


Hari tu ada kawan ML message di fb, bertanyakan cream muka apa yang ML gunakan utk elakkan kulit dari jadi kusam. Before ni ML gunakan body shop, tapi product ni dah mula x work dengan muka ML lepas ML mengalami sunburn yang agak dahsyat after balik dari Summer trip hari tu. Bile sampai di Malaysia, ML tengok OLAY White Radiance ada keluarkan banyak krim muka dorang, and ML sangat tempting nak try. Before ni pun, ML pernah gunakan Olay, and tak menghampakan. ML sangat sukakan product yang ade whitening effect sebab negara kita panas. Jadi kite perlukan product yang ade SPF. 

ML cuba menggunakan OLAY WHITE RADIANCE MOISTURIZER AND OLAY WHITE RADIANCE INTENSIVE BRIGHTENING SERUM. After cuci muka, sapukan dulu olay serum, kemudian baru pakai moisturizer. 

Perlu sangat ke serum ni?
Serum bukanlah satu product yang wajib. Basically serum ni akan bertindak lebih cepat and akan enhance kan function moisturizer. Price around RM50++.

Olay White Radiance Moisturizer pulak, di datangkan dalam botol berpump yang sangat cantik.Kandungan dalam 75ml dengan harga rm50++ memang berbaloi. ML gunakan krim muka ni, dalam masa 2 hari, mak ML puji kulit muka ML dah mula putih. ML gunakan krim muka ni sehari suntuk pergi videoshoot di tengah panas terik, muka tak sunburn lansung! ML pun kagum dengan efek krim muka ni. 

ML nasihatkan, sebelum korang beli krim muka, better buat sedikit research dan baca review-review yang diberikan oleh pengguna. Ade banyak beauty bloggers di luar sana yang selalu kongsikan pengalaman dorang. Pay attention to asian users, sebab kite kan orang Asia . Untuk Olay, korang boleh join Olay Malaysia di facebook. Sangat aktif Olay Malaysia di facebook. Ade contest every morning and mereka sedia menjawab soalan-soalan tentang keraguan dalam nak memilih produk yang sesuai :)

3. ABSOLUTE TOTAL BB CREAM SKIN79 SPF 37 PA++


ML baru je beli Absolute Total BB cream Skin79. Memang banyak BB cream di pasaran sekarang. BB cream sangat famous di Korea. Antara yang terkenal adalah Skin79 dan Misha BB cream. 

Kenape ML nak try BB cream?
BB cream ni adalah multifunction cream. Sebab die boleh jadi moisturizer, make up base, whitening cream, foundation and bedak. So dalam satu cream boleh multitasking! ML memang dah lame nak try BB cream skin 79. Tapi tak kesampaian sebab cari punya carik, xjumpe dekat Sephora. Kekeke. Tak lame lagi kan ML dah nak kerja, takkan nak angkut krim muke melambak-lambak kan? Macam mana busy pun, muka kene jugak di beri perhatian. Kalau tak nanti, muka nampak macam hantu, umur muda tapi muke tua..bahaye tu..

Absolute total BB cream skin79 ni price nye rm78.00 tak termasuk harga pos. Ni harga sales tak silap ML. Botol sangat cantik. Kandungan 40gram jek.Kalau nak pump, kene pusing kepale die ke kanan, baru boleh pump. Untuk lock, pusing balik kepale die ke depan. Warna krim tak boleh pilih. Ade satu warna je. ML risau jugak mula-mula. Tapi nampaknye, warne krim ni sesuai dengan kulit ML yang kuning langsat ni. Warna kulit lain, ML tak berani nak comment kesesuaiannye.

So, baru-baru ni ML terjumpa kedai online yang menjual barangan original BB cream Skin79 dan Missha. Nama kedai online ni www.egarden.com.my. Kadang-kadang di Egarden ni ade sales. Harga berpatutan and ade facebook jugak. Memang boleh dipercayai kedai online ni. ML baru je start gune BB cream ni, so tak bole nak review lebih-lebih. Kalau ada masa, ML akan update pasal effect BB cream ni.

4.MAKE UP BASE & MAKE UP REMOVER


Untuk make up base, ML ade dua jenis make up base yang function nye berbeza mengikut kesesuaian kulit. Kenape perlu gunakan Make up Base?
Make up base akan membentuk satu layer yang memisahkan antara krim muka (moisturizer) kite dengan make up yang kite gunakan. Kira make up base ni macam dinding or barrier between our moisturizer and our foundation. So, moisturizer boleh meresap masuk ke dalam kulit dan foundation pulak takkan clog inside our skin pores. Selain dari tu, ia juga berfungsi untuk menjadikan make up kita lebih tahan lama walaupun berpeluh. 

Bile nak guna make up base?
Ikut turutan ni:

Cuci muka--> Serum--> Moisturizer-->MAKE UP BASE--> BB cream
--> Foundation & Concealer--> Bedak

ML selalu guna make up base kalau nak make up je. Kalau tak gune make up. Hari-hari biase, ML gune moisturizer sahaja. Tak elok gune make up hari-hari. :)

#Kalau nak light coverage-after BB cream, xpayah gune foundation n bedak pun xpe
#Kalau nak FULL coverage--> Gunelah semua @ just skip BB cream step
#Basically, secare sempoi nye, ske hati lah nak gune step mana. Nak cuci muke je ke..huhu


BODY SHOP VITAMIN C SKIN BOOST- Vitamin C skin boost ni dihadiahkan oleh kawan ML, Yani. Selain bertindak dalam meradiance/mencerahkan kulit kite. Die jugak bertindak sebagai make up base. Kalau gune make up base yang ni, kulit terase moist dan agak silky. Bile panas, muke senang berminyak sedikit. Ade sesetangah orang, sangat suke shining effect kat muka and tak suke muke terase terlalu kering. Sebotol mengandungi 30ml, price dalam rm60-70. I'm not sure.

No.7 MATTIFYING MAKE UP BASE- Make up base yang ni untuk berikan kesan matte finish. Kulit tak berminyak dan terase kering. Kandungan dalam 40ml, price tak ingat berape sebab beli dekat ebay. ML suke gune make up base yang ni sebab cuaca kat Malaysia sangat panas. No.7 ni keluaran UK. Sape duduk di UK, memang advantage, sebab price die sangat berpatutan di Boots pharmacy.

5. VICHY SUNBLOCK



Sunblock Vichy ni di suggestkan oleh one of my junior. ML beli di Moscow. price dalam rm75.00. Semuanya sebab cuaca summer yang terlalu panas di Moscow tempoh hari. Seems like ianya tak berapa work untuk ML. Sebab kulit ML tetap jugak gelap dan kusam. Maybe adelah sikit effect. Tapi not so good on me. Plus rata-rata sun block, memang berminyak. Nek rimas bile apply. Bile kene panas je, muka pon berkilat-kilat. Grrrrrr...harga je mahal. Sun block ni xboleh digunakan dengan Olay white radiance nye moisturizer, dorang macam tak ngam and bergentel-gentel.Sekarang, ML gune buat losyen tangan. Haha..

6. LAGI UBAT JERAWAT TERBAIK 


Kalau dulu, ML ade suggest ubat jerawat dari tea tree oil keluaran Body Shop. Hari ni ML nak suggest ubat jerawat yang lebih kuat iaitu Dalacin T dan Zineryt. Dalacin T ada dijual di Malaysia dengan harga RM42.00 sebotol, tetapi Zineryt tak de di jual dalam Malaysia. hanya di Russia(europe), UK, US, dan INDONESIA.

ZINERYT- Ubat jerawat ni di suggestkan oleh kawan ML. ML gunekan, waktu winter lepas. Sebab ML mule kene resdung. Selsema dan hidung tersubat berpanjangan tak baik-baik berbulan-bulan. Bile resdung, mula la keluar jerawat besar-besar la jugak dekat pipi. ML amek pil (ubat makan) antibiotik dan jugak ML gunakan Zineryt untuk rawatan luaran. Dalam 2 minggu, da boleh nampak kesan. Zineryt mengandungi eryhtromycin 40mg/ml dan zinc acetate dehydrate 12mg/ml. Kite kene bancuh sendiri serbuk dan solution yang diberi. Gune bile perlu. Jerawat akan mengecut dalam masa 1-2 hari. ML memang suke sangat ubat jerawat ni. Setakat ni tak pernah menghampakan lah. Tapi agak tak sesuai, untuk mereka yang ade kulit terlalu kering.

DALACIN-T : Bile ML balik ke Malaysia, stok Zineryt ML habis. Encik tunang tolong cari, xjumpe jugak. So, one pf the pharmacist suggest Dalacin-T yg mengandungi 1% clindamycin phosphate= 10mg clindamycin + propylene glycol + isopropyl alcohol + 50% purified water.Lepas cuci muka, apply sedikit solution ni di bahagian jerawat pagi dan malam. ML gune everytime lepas solat. Haha..ske hati i jek kan? Janji cepat baik. Hehe. ML baru jugak gunakan dalacin T ni. Tak boleh nak cerita effect die sangat. Nanti ML update lagi k.

*******

OH YE, GUARDIAN SELAYANG MALL ADE BUAT SALES UNTUK CERTAIN ITEMS, ADE SMALL BOOTH DI BUKA DI GROUND FLOOR BERHADAPAN DENGAN JOHNY'S RESTAURANT. Banyak item-item yang best, lipstick, make up remover, bedak silky girl & Revlon, Za price from rm8-rm12. Ginvera shower gel and shower gel2 lain price rm8-rm10 untuk botol besar. Pastu ade Bio Essence product, Nutox and Nano white semua dengan price yang sangat rendah. Ade macam-macam lagi LAH! SALE hinga 2 OCTOBER! Cepat pergi! Sebelum terlambat :)















You Might Also Like

0 comments

I read:

Makeup geek