Reflection of the day

5:41 PM

Assalammualaikum..

Saturday.
2September2017
5.15pm



It was a beautiful Saturday indeed.
Alhamdulillah. Finish my hectic 48hours locum yesterday.
Eh kuatnye kerja?
That is life.

So, pagi ni balik dari kerja terus kemas rumah yang macam tongkang pecah.
Masuk2 je rumah, Astaghfirullahalazim...macam baru lepas kene tsunami.
Dari hall sampai ke dapur.
Nasib lah mama.

Kemas.Mop.Basuh pinggan.
Masak lunch siap-siap.
Owh by 10.30am, everyhting is ready!
So mama pun lepak-lepak atas sofa sambil goyang-goyang kaki update facebook pasal ragam patient sambil ketawa sorang-sorang.
Habis dah update aktiviti aku pagi ni.

Tengah hari tadi, waktu nak solat Zohor, aku terkedu sekejap.
Eh kenape ade telekung je?
Mane kain?
Aku selak-selak sejadah atas rak. Tak de.
Yang ada set telekung wardina je yang warna purple.

We all semua mesti ada pengalaman buat kerja bodo sekali sekale dalam hidup.
Aku pun sama.
Timbul idea, pakai je lah kain wardina.
Yang penting tutup aurat.
Aku sarung kain wardina, agak ketat,sampai paras lutut.
Ahh yang penting tutup kaki bawah.
Telekung kan panjang.

Aku mula solat.
Waktu nak duduk diantara dua sujud,
mata aku tertangkap sesuatu.
Eh kain telekung aku dekat bawah rak tu sebenarnye
Terjatuh di bahagian belakang.

Aku teruskan solat sebab taknak terganggu kosenstrasi.
Habis solat aku duduk dan lihat kain tu.
Reflection aku pun bermula.

Kalaulah aku bersabar sedikit
dan terus mencari
Kalau lah aku melangkah kebelakang sedikit untuk "widen" kan view aku,
sudah tentu aku akan nampak kain tu.

Pada aku kain tu ibarat "kebaikan"
Kadang-kadang kita susah nak nampak kebaikan seseorang.
Mudah betul nak cari kesalahan.
Terutama dalam kita berkawan, berkerja dan berumah tangga.
Negative thoughts tu yang banyak.
Sampai kita tak nampak
kebaikan kawan kita
kebaikan rakan sekerja kita
kebaikan suami kita

Istighfar kejap.

Pagi tadi aku agak marah
Sebab aku tak suke kotor
Jadi aku marah bile rumah kotor
Bile suami aku bangun dari tidur
die tanya
Lah..kenape tak tunggu saya?Kita kemas sama-sama.
Lainkali ambil imran dulu.
Dia rindu nak susu.

Did u see what i see?

Kadang-kadang kite perlu bagi masa
sabar
And see in a bigger view
Sebab ade "kebaikan" di situ
Bukan laki aku taknak kemas rumah
Maybe die penat
He has his thought nak bantu kemas rumah sama-sama pagi ni

Kita ni manusia
memang banyak negative
Khilaf kan.

Itsokayy ..there's always a new room to improve

Hehe..
Oklah, habis dah reflection aku hari ni.
Nak gi buat roti telur pulak
Anak-anak nak makan.
Bye

P/S: Happy birthday wardina yang 5tahun. Mama loves you.
Nanti mama buat birthday party dekat school ok.



You Might Also Like

0 comments

I read:

Makeup geek