Bahaya kah bagi suppository voltaren kepada anak?

4:12 PM

Assalammualaikum..



Nampaknya hari ni ada issue yang didebate di group2 doktor tentang issue penggunaan supp voren kepada kanak-kanak. Hal ini kerana ubat punggung/ubat peluru/suppositori yang kebiasaannye di gunakan adalah paracetamol. Jadi adakah selamat menggunakan suppository voltaren ini? Apakah ianya terlalu kuat untuk anak kecil?

Ada doktor yang kata sepanjang beliau bekerja di ward paediatric mereka tidak memerlukan suppository voltaren pun.

Dulu aku pon penah menjadi doktor di ward paediatrik. Dan menjadi doktor untuk cover 1-2ward, sebenarnye tak terpantau dengan details. Paling2 ape yang aku boleh buat dalam ward pun is tengok temperature chart yang di ambil maybe selang 4jam macam tu. Aku tak terfikir pun "the battle" ibu2 yang menjaga anak sakit tu sepanjang 4jam melayan kerenah anak menangis2. Sejak aku jadi seorang ibu ni, barulah aku tahu macam mana gelisahnye nak melawan "spiking fever". Boleh bayang tak ibu2 yang anak2 dorang demam sikit je dah sawan.


Suppository voltaren ini ada dua dosage nya, satu 12.5mg dan satu lagi 25mg. Tidak digalakkan untuk penggunaan bayi yang bawah 1tahun. Macam di klinik aku, paling2 pun aku bagi 12.5mg bila perlu/ maximum penggunaan 2x sehari. Maksud bila perlu disini ialah, lepas dah baagi ubat makan (syrup paracetamol atau syrup ibufen), lepas satu jam, dah lap anak kita dengan air satu badan..tapi suhu masih tinggi lebih 38C, maka masukkanlah supp voren satu. Ini sedikit sebanyak dapat membantu mengelakkan sawan (febrile fit). Anak-anak ni selalunye akan demam panas gile2 time tengah malam. Dan kadang2 time tengah malam ni la, kita mak bapak ni tidur mati tak ingat dunia sebab kepenatan. Bila terbangun pukul 3 pagi anak suhu da 40C, dia tak menangis pun,dia tidur je.

Time my son admitted to KPJ tawakal pun, temp 38C-40C tak turun2, paeds specialist masukkan supp voren. Tapi para ibu bapa di luar sana adalah tidak digalakkan sesuka hati membeli di pharmacy dan masukkan sendiri. Dapatkan nasihat dari doktor dahulu. Sebab kene makesure yang anak kita tak ada alahan pada ubat-ubatan. Sebab kesan alahan kadang-kadang boleh jadi sangat teruk. So outweight the risk carefully. Basically tak bahaya tapi dengan pemantauan dan dose yang betul.


You Might Also Like

0 comments

I read:

Makeup geek