Recipe: Apple crumble Cheese Cake

11:00 AM

Assalammualaikum semua..




Hari ni ML nak kongsi resipi apple crumble cheese cake. Resipi ni pernah di cuba oleh my housmate Anna, rasa sedap gile! So, ML pun try...aldo takdela sesedap air tangan Anna, tapi sedap la jugak.Hihihi...Resipi ni ML belajar dari blog Lingzie. Tapi ML ade ubah-ubah sikit mengikut selera ML. Derhaka la sikit =D.


Ok, jom tengok resipi!

Base:
250g biskut di blend 
120g butter di cairkan


Apple Filling :
1 biji apple dan 1 biji buah pear di potong dadu (resipi asal: 3 biji apple)
50g gula
2 tbsp perahan lemon
1 tsp tepung


Cheesecake Filling:

300g cream cheese
200g cottage cheese
80g gula
1 tbsp perahan lemon
30g tepung jagung
200ml whipping cream
3 biji telur


Crumble Topping:
120g tepung gandum
35g gula
80g butter 
100g cashew nuts



ML gunakan pan bulat: 

 
 

Balutkan dengan aluminium foil.

BASE



ML gunakan 2 peket biskut yubilehnoye.


Blend biskut dengan blender tanpa air


Kemudian campurkan butter yang dicairkan dengan biskut tadi. Gaul rata.



Padatkan dalam pan tadi, dan simpan dalam peti ais.

APPLE FILLING


Kupas kulit apple dan dadukan. Masukkan perahan lemon, gula dan tepung. Masak atas dapur selama beberapa minit sehingga hampir kering air gula. Ketepikan.

CHEESECAKE FILLING


ML gunakan cream cheese president dan cottage cheese brand Almette (ni untuk adik-adik di Russia ye, yang dekat Malaysia, guna la brand2 yang ada di Malaysia)


Campurkan cream cheese dan cottage cheese.(dalam gambar ni: cottage cheese) 

(P/S: kalau nak guna semua cream cheese pun boleh- 500g cream cheese)
 Kacau sehingga lembut.
Kemudian masukkan tepung jagung, perahan lemon dan gula, pukul dengan mixer sehingga sebati.




Kemudian, pukul whipping cream. ML gunakan kepekatan 35%.
(hebat betul watermark ku ini~ hahaha)


Pukul sampai gebu macam ni.



Then campurkan whipping cream ke dalam campuran cheese tadi. Then, masukkan telur sebiji demi sebiji. Pukul dengan mixer after masukkan telur, bila dah rata, baru masukkan the next telur. Total 3 biji telur ye, ikut resipi di atas.
Campuran akan jadi agak berair. Rasa, kalau sume dah ok, boleh masuk dalam pan.


Masukkan separuh dahulu campuran cheese cake filling. Then, masukkan apple filling. 
Lepas tu, tuang baki cheese cake filling tu tadi.


Selesai part cheese cake filling.

CRUMBLE TOPPING


Campurkan semua bahan-bahan crumble topping.


Ramas dengan tengan sehingga mendapat consistency seperti breadcrumb.



Potong kacang menjadi kecil-kecil. Gaulkan dengan crumble topping.


Taburkan atas cheese cake filling tadi.

BAKAR CAKE


Panaskan oven terlebih dahulu.
Gunakan teknik double boiler. Mean, letak air dalam satu pan square, then letak kan cheese cake kita di atas.

Bakar selama 1 jam, pada suhu 150 C.

After 1 hour, keluarkan cheese cake dari pan yang berisi air tadi. 
Kemudian bakar lagi selama 10 minit.

Check masak atau tidak, dengan cucukkan garpu, kalau dah takde cheese melekat dekat garpu tu, haaa..dah masak lah tu. Lepas tu, simpan dalam peti sejuk semalaman.
Kalau dah lapar sangat, ngap je la~=)



MY CHEESE CAKE


Jadi brown sedikit sebab ML nakal tak ikut suhu yang betol. =P





Nyum-nyum.. Selamat mencuba!
^___^

You Might Also Like

0 comments