Scary man is everywhere!

7:34 PM

Assalammualaikum...

Hye sume...Hari ni ML ade kelas tadi. Nak ikutkan hari Sabtu cuti, tapi sebab hari Isnin n Selasa minggu depan cuti hari wanita, maka hari ni ada kelas ganti. Tadi ML baru habis buat presentation pasal anxiety. Fuhhh...~lepas jugak akhirnya. Dalam Russian weyh~ Dahla cikgu garang. Tapi, Alhamdulillah tadi cikgu suke je. Habis je presentation terus bagi balik. Happy!

On the way balik kelas, selaku manusia yang sentiasa lapar, ML pun ajak Kaka pergi makan dekat McD Frunzenskaya. McD ni tak jauh dari rumah ML and sangat dekat dengan pejabat dekan universiti kitorang. So, ramai student Malaysia dekat situ. ML & Kaka makan fish roll dengan french friES je. Kitorang duduk dekat "bar chair/corner" sebab kerusi yang ada meja (untuk 4 orang) semua dah full. Maybe sebab peak hour kot time tu. Sit kitorang menghadap ke dinding. So, dekat dinding tu ade lah tampal poster movie-movie best macam avatar, inception, alice in wonderland and banyak lagi lah. ML duduk berdua dengan kaka, sit sebelah kitorang dua still kosong.

ML ni kalau makan memang tak reti diam. Mulut pot pet pot pet macam bertih jagung (pop corn!). Hehe. Mula-mula dok cerita series junior doctors yang best gile. Pastu ML citer pasal movie Avatar plak sebab Kaka tak pernah tengok movie tu lagi. Tengah khusyuk sembang, tiba-tiba ada orang cuit bahu ML. ML toleh la. Ade mamat Russia kacak ni, die tanye (dalam Russian) , 

" Korang cakap bahasa ape? Dari tadi saye tengok korang sembang, tapi sepatah haram pun saya tak faham"

ML pun balas, "Bahasa omputih ngan bahasa Melayu. Kitorang ni dari Malaysia. Awak tahu Malaysia dekat mana?"

Pastu die pun jawab, "Ooo..tahu2". Pastu dia sambung lagi, "Korang suka ek tengok wayang? Nak tak pergi tengok wayang dengan saya sama-sama?"

Dalam kepale otak ML time tu.."OMAIGOD..ayat kidnappers!". ML ni kan paranoid. ML dengan orang lelaki stranger ni memang tak boleh la. Sereyau rase tau! 

ML geleng-geleng kepale. Dia tanye lagi, "betul ni tak nak?". Kitorang dua dengan yakin nye jawab "TAK NAK...TAK NAK~" 

Then, mamat tu blah gi dok kat tempat die balik. Tak jauh pun, selang satu kerusi je dari ML. 

ML rasa lega bila die dah blah. ML cakap dekat Kaka, "tekejut saye dibuatnye, terbantut niat nak citer pasal Avatar. Bukan leyh caya ni, kang datang dok sebelah saye plak". Kaka gelak.

Dok kejap, mamat tu datang balik, kali ni dia siap tolak tray and terus duduk sebelah ML. Sangkaan ML memang tepat sekali! Aku dah agak da, typical dalam movie omputih..

Pastu die dok puji-puji la kate kitorang comel la. Dok tanye2, orang Malaysia kerja apa sume. Hello bang, balik rumah gi google la~ ML diam je time tu, ML peluk air sprite gelas besar tu sambil sedut2 straw tu. Buat-buat tak paham bahasa Russia. Kaka yang cakap dengan mamat tu.

Then mamat Russia ni tanye. Kali ni soalan best punya, " Korang pernah tengok movie baru Love and other drugs? Korang suke tak citer tu?"

ML cakap kat Kaka, "Dia dah start dah..tanya citer kotor-kotor plak...". ML cakap dalam BM so, mamat tu tak faham.

Kaka cakap " Tak, tak suke lansung. Tak best"

Mamat tu cam tak puas hati. "Nape pulak tak suka?"

Pastu die bebel-bebel ape ntah. ML nye kepale time tu, nak cabut balik jek. ML dok cakap ngan Kaka, jomla kite balik.. Kaka suruh ML simpan french friES and cheese sauce tu sebab ML tak makan lagi. ML cakap, "boleh tak kalau saye tinggalkan je"...Kaka marah, "eh, tak boleh, benda ni kite beli kot." Kekeke~

ML pun amek tissue, sumbat-sumbat dekat mulut kotak frech frise tu, masuk dalam beg sekolah. Pastu, amek cheese sauce masuk dalam poket and terus blah. Mamat tu cam rase bersalah, dok tanye-tanye, die tak kacau kitorang kan? 

Kepale hok kau tak kacau. Tak pasal je aku tak dapat makan french fries kat McD tau!


*****


Kekekeke...Itulah cerita nya. ML pun tak tahula ape nawaitu abang tu. Tapi, dari mula dia duduk, ML dengar die cakap telefon, dok cakap ada dua orang budak perempuan kat sini. Dua kali panggilan masuk, dua kali dia cakap benda yang sama. Telinga ML ni tajam (bukan tajam macam alien ye..), ML punya sensitivity memang tinggi sikit. Maybe sebab sifat paranoid tu kot. Tapi setakat ni, sifat tu la yang buat ML sangat alert. 

Apepun, kita sebagai perempuan, kena pandai jaga diri. Jangan datang mamat comel sikit, mulut manis sikit, senyum kacak sikit, dah lentok, pastu ikut je mane-mane orang ajak. Sikap macam tu kurang bijak lah. Berfikir panjang tu perlu. Jangan mudah ikut orang yang tak di kenali. Even orang yang kite kenal, ahli keluarga sendiri pun, kita kena ada simpan sedikit rasa "sangsi". Bukan ML ajar untuk jadi jahat, tak...tapi sebagai peringatan. Jangan terhantuk baru nak terngadah. Ok? 



Selamat hari wanita rakan-rakan. 
Esok ML cuti, nanti ML qada' blogwalk lawat korang k? 
Salam.=)

You Might Also Like

0 comments

I read:

Makeup geek