Bayi jaundice atau demam kuning

5:00 PM

Assalammualaikum

So hari ni nak sembang pasal baby jaundice.



Kalau dekat klinik tu, hari-hari saya tengok banyak sangat bayi jaundis. Tak dinafikan jaundis ni akan membuatkan ibu-ibu dalam tempoh berpantang menjadi stress. Yerla, sakit bersalin tak baik lagi, ditambah pulak dengan berita anak demam kuning. Tapi jangan risau, bukan anak kita sorang yang kuning. Beribu-ribu bayi kuning. Tapi kuning ni haruslah di pantau, kalau tak pantau akan membawa kepada bahaya kernicterus


Bayi saya kena cucuk? Kenapa di tumit? Kenapa di tangan?

Bila bayi anda dibawa ke klinik, nurse/doctor akan cucuk di tumit untuk mengambil capillary blood dan biasanya kalau di hospital, para doktor lebih prefer untuk cucuk di tangan atau lebih tepat lagi di vein, katanya bacaan lebih tepat. Tapi kalau ikut orang yang menjaga lab, tak banyak sangat beza kalau dibandingkan antara bacaan capillary atau vein.

Nasihat saya pada ibu-ibu dan bapa ,berilah kerjasama sepenuhnya kepada kakitangan hospital dan klinik. Janganlah terlalu menghukum atau marah kalau anak kita kene cucuk banyak kali. Sebabnye bukan senang nak ambil darah bayi. Memerlukan kesabaran, konsentrasi dan pengalaman juga. Be a positive parents and supportive one..Kita mudahkan tugasan orang lain..Allah akan mudahkan tugasan kita..InsyaAllah :) Ok jom sambung cerita pasal kuning..

1)Macam mana nak baca kuning ni?

Bacaan kuning (serum bilirubin) ni ada dua :
satu dalam micromol/L & satu lagi dalam mg/dL.

Apa beza kedua2 ni? Actually sama je..
1mg/dL = 17micromol/L

So contohnye :bacaan kuning 5mg/dL

darab 17

bersamaan dengan 85 micromol/L






2)So bila yang dikatakan anak kite ada kuning?

Bila bacaan tadi melebihi 5mg/dL atau 85micromol/L.

Bila doktor review bacaan ni,para doktor ada jadual yang mana mereka akan comparekan bacaan kuning tadi dengan bilangan hari anak anda sejak dilahirkan dan berat bayi . And dia akan compare kan dengan photo level (PL) dan exchange transfusion level (ET).


  • Sekiranya kurang dari 5mg/dL bayi anda akan di discharge.
  • Sekiranya di bawah photo level dan ET level, biasanya doktor akan suruh repeat esok hari untuk melihat trend bacaan darah. Makin naik atau makin turun.
  • Sekiranya lebih dari photo level, bayi akan di admit ward untuk phototherapy.
  • Sekiranya lebih dari ET level, bayi anda mengalami kuning yang serius dan memerlukan pemindahan darah dengan kadar segera. Darah ni pulak khas dan perlu di ambil di pusat darah negara.
Tapi kami para doktor akan tengok jugak secara klinikal kuning bayi anda macam mana.. Kalau nampak kuning melampau sampai bawah dari level pusat atau tapak kaki ,memang kene admit ward. Kenapa? Sila rujuk dekat point nombor 5 (berkaitan anggaran bacaan bilirubin dan kuning pada badan)


3)Apa yang menyebabkan kuning?

      > Masalah berkaitan dengan darah      
          -Hemolisis (disebabkan ABO/Rh isoimmunisation),Kekurangan G6PD, spherocytosis
          -Polycythemia

      >Masalah jangkitan kuman yang serius (jangkitan dalam darah/otak/tempat kencing/jangkitan dari dalam rahim)

      >Physiological jaundice & idiopathic jaundice


Di dalam hemolytic jaundice, selalunye serum bilirubin  meningkat disebabkan oleh sepsis (jangkitan kuman) dan inherited hemolytic disease (penyakit darah hemolysis melalui keturunan) pulak seperti kekurangan G6PD/ABO dan Rh isoimmunization.

Breastfeeding jaundice ini adalah kriteria exclusion dimana setelah semua ujian darah dan air kencing dibuat, tak jumpe sebab musabab kuning..makanya bayi dikatakan kekurangan susu ibu yang menyebabkan bayi tersebut kering/dehidrasi..

Dikatakan ada beberapa jenis enzyme yang menyebabkan breastmilk jaundice-glucoronidase,3 alpha dan 20 beta pregnanediol.


4)Apa itu prolong jaundice/ Jaundis yang lama?
Bagi bayi yang cukup bulan/term baby (bayi yang dilahirkan 37minggu dan keatas), sekiranya bacaan kuning masih melebihi 5mg/dL selepas 14hari--->bayi ini dikatakan mengalami prolong jaundice.
Manakala bagi bayi pramatang ,bacaan kuning yg masih melebihi 5mg/dL selepas 21hari baru dikira bayi mengalami prolong jaundice.

Para doktor akan menasihatkan ibu dan ayah untuk prolong jaundis workout. Ada beberapa test darah akan diambil dan juga test air kencing. Untuk test air kencing, doktor perlu memasukkan tiub kencing untuk mendapatkan air kencing yang bersih/steril.

Darah-darah yang diambil akan di test untuk mengetahui fungsi hati/ thyroid/ darah /air kencing.

Test-test ini haruslah dibuat untuk detect masalah-masalah yang serius ini lebih awal. Sekiranya bayi didapati mempunyai masalah hati, bayi haruslah di refer kepada pakar kanak-kanak dengan kadar segera.

Sekiranya ibu bapa menolak,ibu bapa haruslah menandatangani borang refusal/menolak rawatan dan apa2 yang terjadi selepas itu doktor tidak akan bertanggungjawab.

5)Macam mana nak tahu/pantau anak saya kuning dekat rumah?

Bayi yang kuning, kuning akan mula dari bahagian muka dan perlahan turun ke badan, tangan dan kaki. Selalunya kuning di bahagian mata yang paling lama nak hilang.

Anggaran level serum bilirubin (bacaan kuning) dengan kuning pada kulit bayi: mg/dL (mmol/L)

Kepala dan leher      4-8 (68-135)
Bahagian dada atas  5-12 (85-204)
Bahagian dada bawah, perut dan peha 8-16 (136-272)
tangan dan betis ke bawah 11-18 (187-306)
Tapak tangan dan tapak kaki  >18 (>306)

Pastikan bayi anda aktif dirumah. Means, bile bukak bedung, baby akan mengeliatkan selalunya?atau menangis dengan jayanya. Itu dikatakan bayi anda aktif. Tapi sekiranya bayi hanya tidur, lesu dan kurang memberi respon, cepat-cepat bawa ke emergency.

Pastikan anda menyusu bayi sekerap yang mungkin! Kalau saya suruh sejam sekali! Kejut bayi anda. Bayi yang kuning memang suke tidur. Para ibu sila pam susu sekerap yang mungkin. Sekiranya memang dah habis usaha,memang da xde susu lansung, belilah susu supplement.

Pantau kencing dan berak bayi anda. Pastikan ada kencing. Bayi yang kering, akan kurang kencing. Kencing bayi perlulah berwarna kuning muda/ putih. Kalau da warna coklat macam air teh -itu tanda-tanda kuning yang teruk

Pantau najis bayi anda. Najis bayi yang baru lahir biasanya berwarna hijau tua (meconium) atau kuning (breastfeeding stool). Sekiranya najis bayi berwarna kelabu..itu tanda-tanda kuning yang teruk.

6)Bilakah anak saya perlu dimasukkan ke ward/ memerlukan phototherapy?


- Jaundis seawal 24jam selepas kelahiran perlu di admit ke NICU/ward serta merta utk pemantauan dan pemeriksaan selanjutnya.
-Bacaan jaundis yang lemebihi level lampu (mengikut hari bayi dilahirkan)--> yang ni doktor ada table khas
-jaundis yang secara klinikalnya dari mata kasar, kuning pada badan melarat hingga ke paras bawah dari pusat / sehingga ke tapak kaki
-Bayi G6PD deficiency--> samada ada jaundis ataupun tidak, akan dipantau di dalam ward sekurang2nya 5 hari untuk observation kerana bayi G6PD berkemungkinan tinggi untuk mendapat jaundis.
-bayi yang mempunyai symptoms/tanda2 sepsis


7)Bahaya jaundis?

Jaundis yang teruk akan membawa kepada kernicterus yang mana dinding-dinding sel neuron di dalam otak akan mati dan di mana bayi berkemungkinan mendapat cerebral palsy, pekak dan berkemungkinan mengalami masalah penglihatan.

So, pantaula kuning anak anda, bile doktor kata masuk ward, janganla cakap tak nak..Kesian dekat baby tu..Anak saya pun prolong jaundice. Hehe.. If you have any question, feel free to ask..InsyaAllah kalau boleh jawab sy akan jawab :)







You Might Also Like

76 comments

  1. Salam..nk tnya anak u berapa lama baru hilang kuning dia? U bw baby pergi hospital selalu ke utk cek darah dia?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam...lama juga..almost 1 month jugak..monitor darah dekat klinik kesihatan..time bacaan kuning tinggi lebih dari photo level tu masuk ward 2-3hari seingat saya...lepas tu sambung lagi check darah dekat klinik kesihatan.

      Delete
  2. Sekarang ada khidmat menyewa machine phototherapy LED untuk membuat rawatan kat rumah. Mudah dan senang tak payah pening duduk hospital.
    visit www.hometherapyy.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. great to know that. any further info regarding this? like how patient can get the machine? how much? and any blood investigation for renal profile and level of bilirun as we need to monitor baby as well.

      Delete
    2. saya dah try khidmat tersebut.. boleh cuba tgk website ni ----> www.bluelite.com.my

      harga berpatutan.. dia akan setup kat umah kita.. perkhidmatan ini utk klang valley je rasanye

      Delete
  3. Baby saya dah masuk hari ke 21 hr ni..tp masih kuning lagi..dia aktif menyusu dan kerap je berak kencing..doktor pon dah ambil sampel darah dan air kencing..risaunya saya..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama2 la kita doakan.harap2 bacaan darah dan air kencing nnti semuanya normal.memahami sgt sebab anak sy pun sama dulu..

      Delete
    2. Macam mana results nya? Anak saya baru kena amik darah td. Masuk 21 hari kuning masih 6.6. Minggu lepas 6. Naik pula. Sample kencing x htr lagi.

      Delete
    3. InsyaAllah.sama2 doa..6.6 xtinggi sgt..Baby nampak kuning sgt ke?

      Delete
  4. Biasa klo bacaan kuning smpai 347 tu dan ditahan di Nicu.. Kebuasaan bpe hri..cra nk rawat bby cmne

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam.kebiasaannye kita akan rujuk semula dan lihat berat anak puan/umurnya berapa hari dan bandingkan bacaan kuning dgn level exchange transfusion.sekiranya kurang dari exchange transfusion level, kita akan beri phototherapy ( pancaran lampu uv) .tp sekiranya lebih dr level tersebut, exchange transfusion akn dilakukan iaitu kita akan ganti darah bayi dgn darah khas dari kumpulan darah yg sama.darah tersebut diambil trrus dari pusat darah negara. Kedua2 keadaan bayi akn ditahan dan darah akan dipantau sehingga level jaundis dibawah paras photo level.

      Delete
  5. Anak sya bru genap 14 hri tpi kuning still tnggi..Dr bgi msa 2hri shja untk sya kurngkn kuning anak..klau tak Dr akn ambil drh dan cek kencing...hope kuning anak drop 100..kshn tgok anak blik2 kena ccuk jaruk...

    ReplyDelete
  6. Anak sya bru genap 14 hri tpi kuning still tnggi..Dr bgi msa 2hri shja untk sya kurngkn kuning anak..klau tak Dr akn ambil drh dan cek kencing...hope kuning anak drop 100..kshn tgok anak blik2 kena ccuk jaruk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah.jgn tisau..sekiranya darah dan air kencing diambil, it wont be harmful.malas bagus utk kita kesan sakit2 yg merbahaya seperti jangkitan kuman pada air kencing atau masalah hati/thyroid atau masalah darah

      Delete
  7. Anak saya lahir 36w 4d... harini da 14hari still kuning lagi.. hari ke 6 sampai ari ke 9 kena masuk wad dok bawah 3 lampu... bacaan tertinggi 369...masa discharge bacaan 168... lepas discharge aritu berulang la hari2 pergi chechk dekat kk...ingatkan makin turun... tapi makin naik pulak bacaannya.. harini punya bacaan 190.. buntu saya tak tahu nak buat macam mana.. ada ja orang sekeliling bagi petua tips tapi saya hanya mencuba bahagian mandi2kan baby saja...bab2 bagi baby makan tak berani nak mencuba sebabnya doktor hanya suruh bagi menyusu badan saja dekat baby sampaikan orang sekeliling kata saya taknak ikhtiar sembuhkan anak... :( baby kerap menyusu.. berak kencing pon makin kerap...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada tak doktor buat liver function test, thyroid test n urine teat.. kalu ada buat test darah ni n semua normal tak perlu risau.. baby saya hari yg ke 55 baru hilang kuning.. actually baby yg mcm ni darah dia lmbt nak terima susu bdn.. breastmilk jaundice nama dia.. tp jgn stop bg susu bdn plak...continue je... sebab kuning mcm ni tak bahaya selagi baby aktif, minum susu ok, berak kerap..

      Delete
    2. Belum lagi..doc tunggu hari ke 21 baru buat test tu sbb bby sy dikira pramatang...pagi tadi p chehk kk hari ke 16 bacaan makin naik 201.3...nurse pon ada cakap mungkin disebabkan susu badan kuning dia xberkurangan tpi nak buat mcm mana pon tetap kena bgi susu badan jgk...ada ibu suggest saya bgi susu formula buat sementara waktu ni.. nak bagi macam was2 ja...ikutkan anak saya memang kerap kencing kerap berak...semakin aktif.. harap cepat la turun kuningnya...

      Delete
    3. salam puan mona azman, bagi bayi pramatang, ujian darah akan di buat pada hari ke21. selepas discharged, ada possibility utk bacaan kuning naik kembali yang mana phenomena ini kita panggil sebagai "rebound". Apa yang puan buat adalah betul, teruskan penyusuan mengikut demand bayi dan sekerap yang mungkin. bagus sekiranya bayi kerap buang air besar/air kecil. Pastikan bayi aktif, kerap menyusu & najis tidak berwarna pucat. Breastmilk jaundice memang memakan masa up to 2-3months.

      Delete
  8. assalam
    bagaimana pula dgn petua memandikan bayi dgn rebusan air kucai,makan hemophaty atau ibu perlu makan buahan spt anggur dpt jga mnurunkan paras serum bilirubin. Adakah benar? ank sy still warded di wad hari ke 10 jaundice. semalam bacaan 236. terima kasih

    ReplyDelete
  9. hemopathy is not advisable as we didn't know the exact ingredients and side effects..bagi ibu sekiranya tiada alahan pada anggur, tiada halangan dari segi pemakanan kecuali herba-herba. Hal yang demikian kerana herba-herba yang dimakan boleh di secrete ke dalam susu ibu dan boleh meningkatkan jaundis. Bagi memandikan bayi dengan air rebusan kucai dan sebagainya tidak ada kajian saintifik dari segi perubatan. Semoga puan dan suami bersabar dan saya doakan anak puan cepat pulih seperti sediakala insyaAllah.

    ReplyDelete
  10. Salam...nak tanya, baby saya hari yg ke 16 masih ada kuning..masalahnye baby tak berak dah 8 hari, kencing sgt kurang..saya syak anak saya breasfeeding jaundies sebab berat baby turun 800 gram...masa lahir 3.3kg, selepas 14 hari 2.6 kg..sedih nya la...

    Saya topup dgn fm n breasfeeding.so kencing dah byk..n dah berak 2,3x sehari.esok kena amik darah lagi...hopefully kuning nye dah turun...

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam. awal selepas kelahiran, berat badan bayi akan menyusut sedikit. Sekiranya susu badan puan tidak mencukupi, boleh top up.. tapi nanti bile susu badan dah banyak, boleh teruskan penyususan susu badan secara ekslusif. InsyaAllah sy doakan kuning bayi puan cepat pulih :)

      Delete
  11. Salam admin, anak sya hari ni hari 14 masih kuning bacaan 12.6, tadi nurse ambk darah untk test 8 botol, kata nya nak test untk berbagai penyakit dlm badan anak sya, sya betul2 binggung dan buntu, sebab dah pelbagai cara sya ikhtiar, tapi masih blom baik, kalau sesiapa yg mengalami masaalah yg sma seperti sya boleh laa terus wassap di no : 0137772646 tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikummussalam..

      bayi puan mengalami prolong jaundice. Sekiranya bayi puan di hospital, tujuan darah2 tersebut diambil untuk ujian fungsi thyroid, enzim hati termasuk direct dan indirect bilirubin untuk mengenalpasti awal bagi penyakit hati iaitu , bacaan darah full blood count, bacaan buah pinggang (renal profile).Puan banyakkan bersabar. anak saya pun sama jugak dulu. Teruskan menyusu dan teruskan berdoa. InsyaAllah :)

      Delete
  12. Salam admin, anak sya hari ni hari 14 masih kuning bacaan 12.6, tadi nurse ambk darah untk test 8 botol, kata nya nak test untk berbagai penyakit dlm badan anak sya, sya betul2 binggung dan buntu, sebab dah pelbagai cara sya ikhtiar, tapi masih blom baik, kalau sesiapa yg mengalami masaalah yg sma seperti sya boleh laa terus wassap di no : 0137772646 tq

    ReplyDelete
  13. Salam admin, anak sya hari ni hari 14 masih kuning bacaan 12.6, tadi nurse ambk darah untk test 8 botol, kata nya nak test untk berbagai penyakit dlm badan anak sya, sya betul2 binggung dan buntu, sebab dah pelbagai cara sya ikhtiar, tapi masih blom baik, kalau sesiapa yg mengalami masaalah yg sma seperti sya boleh laa terus wassap di no : 0137772646 tq

    ReplyDelete
  14. Salam admin,
    Hari ini hari ke 16 anak saya kuning,dia juga kerap kencing berak dan aktif..adakah normal sekiranya kuning dia memakan masa sehingga sebulan jika tiada apa-apa masalah lain?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekiranya bayi sehingga umur sebulan masih secara klinikal nampak kuning "(jaudnis) pada kulit, biasanya saya akan refer pada pakar kanak-kanak (paediatrician) untuk pemeriksaan lanjut.

      Delete
    2. tapi sebaiknye pastikan doktor sudah mengambil semua darah bagi prolong jaundice terlebih dahulu.

      Delete
  15. As salam. Hari ni anak saya sdh 30 hari. Ujian darah telah diambil spt tsh,lft,fbc,urine test. Ujian semua normal kecuali total bilirubin masih tinggi iaitu 320. Adakah anak sy menghadapi apa2 masalah, sbb hanya bacaan total bilirubin sahaja yg tinggi. Ujian lain semua normal. Bacaan direct bilirubin 3. Anak 30 hari. mohon bantuan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bilirubin profile yang terbaru, total bilirubin = 335, manakala direct bilirubin = 17.3. Umur 30 hari. Mengapa ya, sedangkan ujian darah dan urin smua normal.apakah masalah anak sy. Dr cuma suruh repeat tsb dua minggu lagi

      Delete
    2. salam, sekiranya dikira peratusan direct bilirubin dan total bilirubin, anak puan tidak di khuatiri menghidap biliary atresia. jadi puan tidak perlu risau. sekiranya bacaan lain adalah normal, air kencing juga bersih, bayi puan mungkin hanya menghidap breastfeeding/breastmilk jaundice. apa2 pun, puan haruslah dapatkan pengesahan dari pihak doktor yang merawat

      Delete
    3. Terima kasih kerana menjawab pertanyaan sy. Hari ni baby hari ke 44. Pg td repeat tsb. Alhamdulillah bacaan tsb dh turun ke 156 @ 9.17. Dr kata x perlu repeat lg tsb. Dr buat impression = breast milk jaundice. Syukur sgt.

      Delete
    4. Apa beza total birubilin dgn direct? Kalu yg biasa amik di tapak kaki tu total or direct? Anak sy dh hr ke 27, total 286, direct 9.6. Blh bg pnjelasan sikit?

      Delete
    5. Direct bilirubin adalah conjugated biliribin iaitu bilirubin yg bergerak secara bebas didalam darah dan tidak bergabung dengan protein.ianya tinggi di dalam pesakit yg mempunyai masalah hati sprti biliary obstruction.manakala indirect bilirubin adalah unconjugated bilirubin iaitu bilirubin yg bergabung bersama protein.indirect bilirubin ini adalah normal jika sdikit tinggi pada bayi baru lahir.gabungan kedua2 direct dan indirect akan menghasilkan total bilirubin.

      Delete
  16. Assalamualaikum.puan sy ada sedikit pertanyaan.ms baby 15hr 12.04.16 bacaan kuning baby 128.doktor ambil darah ditgn 3 botol dan mntk hntr sample air kencing baby.result klinik suh dtg ambil 27hb.hrni 17hb misi call doktor nk jumpa mntk ambil semula darah ditgn baby.sbb katanya bacaan darah xelok.apa maksudnya.inshaallah selasa 19@20hb ni ke klinik semula.blh bantu.risaunya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam. saya juga kurang pasti berkenaan "darah tak elok". ada kemungkinan sample darah yang di ambil tiak mencukupi atau sample lyse yang mana menyebabkan bacaan kurang tepat. apa pun, puan haruslah bertanya dengan lebih detail pada pihak klinik mengapa perlu ambil darah. InsyaAllah mereka akan terangkan kepada puan. Sekinya bacaan tidak elok, bacaan ujian apa? dan apakah indikasi nye? InsyaAllah kita sama-sama berdoa anak puan cepat sembuh :)

      Delete
  17. As salam. Puan, adakh normal tsb lebih 300 bg breast milk jaundice bg bayi umur lbh sebulan. Sy merasa reading tsb itu terlalu tinggi. Ada kemungkinan berlaku brain damage x? Bila otak bayi dikira matang? Puan, bagaimana formula pengiraan direct bilirubin drpd total bilirubin. Jika urine bayi terdapat leucocytes +2 tetapi tiada kuman yg growth, adakah ianya normal atau ada masalah dgn renal function. Mohon pencerahan dr puan. Terima kasih.

    ReplyDelete
  18. saya nak tanya bacaan 201 anak kuning ke x?

    ReplyDelete
  19. salam.anak saya 18 hari bacaan kuning 135.nurse kata xperlu ambil sampel darah yg 3 botol tu lagi.. dan minta datang dlm tempoh dua hari lagi.saya dapati perut anak saya membesar.adakah itu petanda penyakit hati?

    ReplyDelete
  20. Salam,saya nak tanya kalau kuning ank xtrun dlm msa 14 ari,baby kena refer pakar kan utk ambil darah n air kencing,baby saya dh 15 ari,ari ke 14 (8/5/2016)bacaan kuning 240,then kk mintak refer pakar pd 19/5/2016,saya rasa nk tggu tarikh tu terlalu lambat,coz saya xtahu kuning baby saya semakin turun or naik dalam tempoh tu,mintak pencerahan dari puan

    ReplyDelete
  21. Bacaan kuning baby saya 240 pd hari ke 14(8/5/2016),then kk mintak saya refer pakar sbb kuning baby masih xturun ke paras 150,tarikh appointment pakar pd 19/5/2016 untuk ambil drh,since saya saya xperlu cek kuning baby tiap2 hari seperti sebelum ini dekat kk,ada x risiko kuning baby saya akn naik sementara nk tunggu pakar pd tarikh tersebut?

    ReplyDelete
  22. visit www.hometherapyy.com

    Rent Charges:
    RM400 for 3DN (60hours)

    Additional Charges:
    RM50 for Jaundice Meter Rents
    RM70/day for extended days

    Facebook.com/phototherapy
    Instagram.com/hometherapyy

    ReplyDelete
  23. Salam. Anak saya batu berumur 7 hari. Baru je admit ward.last tsb jam 8 td resultnye 20. Semalam turun tapi hari ni naek semule. Any tips? Sebab kesian anak saya menangis xhenti2 bila phototerapy.

    ReplyDelete
  24. As salam, baby sy dh hr ke27 kuning turun dr 18 ke 10 ms hr ke25..tp hrni test naik balik ke11.5..adakah ini normal? Sy dh ambil test darah n airkencing result akan dapat 16hb ni..sblm ni dh check g6pd n tiroid normal..apa sebab lain yang boleh menyebabkan bacaan menjadi tinggi semula? Baby lahir 2.61kg sekarang dh 3kg..memang baby nmpk lemah..susu cuma nak repeat every 2 hour..klu kejut pun u susukan sejam sekali xnak bangun n if bangun xnak sucking..macamane nak tanganiny doctor?

    ReplyDelete
  25. Salam ,baby sy baru 14 hari . Bacaan kuning kejap naik kejap turun . Tp kalau nak diikutkan baby aktif ja . Najis pun oke . colour kuning . Masalah sy skrg ayah sy dah tak bg bwk pergi klinik kesihatan lg . Disebabkan kesian kat cucu dia . Apa yang perlu sy buat ? kalau tak cek kat klinik sy tak tahu tahap kuning dia .

    ReplyDelete
  26. Salam ,baby sy baru 14 hari . Bacaan kuning kejap naik kejap turun . Tp kalau nak diikutkan baby aktif ja . Najis pun oke . colour kuning . Masalah sy skrg ayah sy dah tak bg bwk pergi klinik kesihatan lg . Disebabkan kesian kat cucu dia . Apa yang perlu sy buat ? kalau tak cek kat klinik sy tak tahu tahap kuning dia .

    ReplyDelete
  27. assalam..ank sy lhir 36 mngu 4hri..bert 2.44kg..bcaan kuning 12.0 ..ok ke?


    ReplyDelete
    Replies
    1. anak puan hari ni sudah berapa hari umurnye ye?

      Delete
  28. Salam admin,
    Anak saya 4 hari,lahir 38 weeks, bacaan 221.tinggi ke?.doc bagi pilihan phototheraphy atau check semula darah esoknya.Saya pilih untuk check darah balik..Kalau ikutkan anak2 sebelum ni..memang prolong jaundis.tak pernah kena phototheraphy...boleh ikut history anak2 terdahulu ke??

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam, sekiranya berat badan bayi puan melebihi 2.5kg sewaktu lahir, level lampunye adalah 250.maksudnya,sekiranya lebih dari 250, bayi perlu diberi phototherapy.

      Jika berat bayi puan antara 1.5-2.49kg, level lampu adalah 220 pada hari keempat. sekiranya lebih dari 220, bayi perlu di beri rawatan phototherapy.

      level lampu ni akan berubah mengikut hari. selain dari itu, penting jugak penilaian klinikal dari doktor itu sendiri. kalau die nampak bayi puan mmg kuning, maybe di akan suggest utk phototherapy terus. phototherapy tidak merbahaya dengan pemantauan yang betul. sebaliknya, memberi benefit utk kurangkan jaundis. memang sebagai ibu kita kesian anak kita duduk bawah lampu tu tak berbaju..tapi itu la yang terbaik utk kondisi dia.

      kite tak boleh ikut history anak dahulu2. setiap anak takkan sama. contohnye, anak pertama sy pramatang dengan berat 1.4kg sahaja sewaktu lahir tapi die takda jaundice lansung.. anak kedua lelaki sy lahir cukup bulan dan cukup berat, tapi kene warded sebab jaundice dan prolong jaundice jugak.

      kuning yang tinggi kalau puan baca apa yg sy tulis dekat entry adalah merbahaya buat bayi. boleh menyebabkan kernicterus dan kecacatan.

      Delete
  29. Salam... Bacaan anak saya sebanyak 345 pada hari ke 4, dan dah duduk bawah pototerapy dan esoknya turun ke bacaan 252. Hari ke 5 bacaan naik semula ke 282... Normal ke? Berat anak 3.6kg,perempuan dan berdarah b+.
    Bacaan anak penah mencecah 300++ akan ada kesan pada otak x? Sy sgt risau... Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam..bacaan anak puan tinggi pada hari ke empat melebihi ET level. tapi sy percaya selepas phototherapy bacaan nye menurun jadi doktor tidak membuat penukaran darah (exchange transfusion). normal kuning akan naik semula yg mana dipanggil "rebound" namun masih perlu di pantau..sekiranya bacaan kuning tersebut melebihi level lampu/ET level, bayi puan masih perlu diadmitkan utk phototherapy. kuning yg tinggi dan tidak dirawat dgn kaedah phototherapy/exchange transfusion adalah merbahaya. sekiranya pemantauan darah dilakukan setiap hari dan bayi mendapat phototherapy(bg kuning yg tinggi), insyaAllah segala masalah2 serius seperti kernicterus dapat di elakkan.

      Delete
    2. Alhamdulillah baby sy dah keluar discharge. Sekarang masih teruskan ambik bacaan di kk. Bacaan semakin menurun... Tp cikit2... Alhamdulillah...

      Delete
    3. Salam... Harini baby sy dah masuk hari ke 14, tapi bacaan kuning msh x turun bawah 100. Hari ke 14- 138(bacaan kuning)

      Adakah ini normal?

      Delete
    4. waalaikummussalam,

      sekrianya bayi puan cukup bulan dan bacaan masih lebih dari 85 pada hari 14, bayi puan mengalami prolonged jaundice dan memerlukan pemeriksaan darah "prolong jaundice workout" dengan lebih lanjut. puan boleh dapatkan penjelasan dari doktor yg memeriksa bayi puan.

      Delete
    5. Apa kesan prolong jaundice pada bayi? Adakah ini serius?

      Delete
  30. Assalam. Baby saya pada hari ke-4 kuning 12.2. Dan slowly turun hingga semalam hari ke-12 bacaan 7.3. Sabtu ni kene repeat balik sb & sabtu ni adalah hari ke 14. Baby berak kencing ok, kuat menyusu. Harap2 sabtu ni bacaan boleh normal.

    ReplyDelete
  31. As salam..sy nak tny ank sy dh hari ke 68..sewktu umur 30 hari prgi tca doc ada ambek prolonged workout sbb ada nmpk kuning2 pd mta putih byi..rslt semua nrmal..tpi smpai hari ni msih ada kuning2 dkt mta putih bby...tpi kuning tu x kuning sgt la cuma kuning cair2 dkt bhgian hjung mata shj

    ReplyDelete
  32. Assalamualaikum
    Baby saya lahir 37w6d dgn berat 2.2kg.IUGR baby.
    Skrg doc informed baby prolong jaundice dgn bcaan latest tsb 14 pada usia 10hari.
    Kena refer pada paeds clinic sbb result test LFT [ALP 564]…
    Adakah ia nya merbahaya pada bayi saya?
    Upset sgt..

    ReplyDelete
  33. Assalammualaikum..
    Baby saya lahir 37 minggu 6 hari dgn berat hanya 2.2kg. Pernah admitted selama 3 hari sbb jaundice.Dan hari ini hari ke 15. kalau ikutkan bacaan pada hari ke 14 adalah 188. Doctor refer anak saya pada Pakar Kanak-kanak. Sample darah dan air kencing juga telah di ambil(hanya tunggu result je) cuma saya agak risau memandangkan susu badan saya semakin susut. Saya cuba beri susu badan n kejutkan anak saya setiap 2 jam. Cuma kekadang anak saya seperti tidak kenyang. Bagaimana ye saya nak memperbanyakkan susu badan tanpa memberi kesan pada anak saya? Atau patutkah saya beri susu formula pada anak saya?

    ReplyDelete
  34. Assalammualaikum,
    anak saya masuk hari ini hari ke15..semalam check kuning 145.4umol/L 8.5mg/dL dan nurse bertugas beri tahu saya kuning anak saya terlalu tinggi.adakah terlalu tinggi ?

    ReplyDelete
  35. Salam puan, anak sy dlm ms 24 jam kuning dia da 13, now da 20, ape yang perlu saya buat? Risau sangat2...sekarang kena tahan kat hospital bwh lampu, ade x alternative lain yg perlu saya lakukan? Mcm mn nak tahu breastmilk sy tu ok utk baby? Sy takot susu badan sy punca kuning naek...

    ReplyDelete
  36. Salam puan, bb saya lahir pada 36 weeks dgn berat 2.72 dan bacaan kuningnye 457 pada hari ke 6 of life dan di admitkan dan diberi 3 lampu dan masuk drip. Alhamdulillah menurun. Bile discharge esoknye cek darah naik balik and admitted. 3 kali terpaksa di admitted. Sekarang da hari ke 16.. bacaan 256 tetapi berat menurun ke 2.3kg. Dr. Tak beri duduk dbawah lampu. Masalahnye anak saya tak berak buat hari ke 5. Najisnye sebelum ini berwarna hijau. Dan kerap kentut n kencing.Dr suruh stimulate dubur bayi untuk bagi dia berak. Ape perlu saya lakukan untuk bg bayi saya berak dan tambah berat badan. Adakah ini prolonged jaundice.

    ReplyDelete
  37. Anak sy baru berumur 15hri. Hari pertama Dan kedua, anak sy di charge Sbg kurang glukosa SBB anak kecil..2.25kg. tpi alhamdulillah, anak sy Sgt sihat..Warna najis hijau. Pandai menyusu, maknya pulak kene marah SBB x pandai BG susu. Tpi masuk Hari ketiga.. Something sistem sarsf dia pecah.. untuk salurkn darah pada seluruh badan baby sy.. hmm n baby di syak kuning. Tpi x kene tahan SBB berat badan baby bertambah, berak OK warna kuning, kerap menyusu. Skang dah Kali ketiga pi wat check up kuning baby da turun 5.6mg Drp 13mg. Hmm skang ni problem kt tekak dia pulak..Ada sebut nanah yang mengeramkan sy. Nasib baik baby masih kerap menyusu.

    ReplyDelete
  38. Salam wbt. Anak saya yang lahir di oversea semuanya diberikan vitamin K hari2. Alhamdulillah tak kena kuning. Tapi kenapa kat malaysia ni hanya diberi hari pertama kelahiran saja ye?

    ReplyDelete
  39. Anak saya prolog jaundice.pakar ambik darah cek baby ada masalah tyroid,tinggi dr bacaan normal.bahayakah?dr suh dtg lagi 2 minggu utk ambik darah

    ReplyDelete
    Replies
    1. masalah thyroid kene monitor blood. dan perlu ade follow up dengan paeds sebabnye nak confirmkan samada betul atau tidak bayi puan ada masalah thyroid atau tidak. bayi yang ada masalah thyroid akan mengalami masalah tumbesaran selalunye. ade rawatan yg boleh diberi sekiranya bayi ada masalah thyroid

      Delete
  40. Dr, saya ada menjalani pembedahan utk hematoma sehari selepas bersalin czer. Doc provide antibiotic since Day 3 until day 10 on augmentin. Day 11 until day 18 on cloxacyllin. Hari ni day 17 TSB 263. ini kali ketiga bacaan billirubin naik selepas trend menurun. Sepatutnya jumpa doktor selepas dpt result darah tadi tapi disebabkan saya bergegas ke hosp utk masalah hematoma yg timbul semula saya terpaksa leave kk.

    Saya ada buat pembacaan antibiotic augmentin (amoxycyllin) dan cloxa boleh menyebabkan jaundis serta secreted ke dlm breast milk. Rasa nak stop je antibiotics tapi bila fikir kalau saya infection ssh nak jaga anak saya continue je habiskan dosage. soalan saya betul ke pembacaan saya tu tentang kaitan 2 antibiotik ni dgn jaundis anak saya? sbb sambil baca atikel2 tu saya antara faham dan tak brape faham apa yg diterangkan. banyak medical terms yg saya x faham.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Antibiotic tu penting untuk masalah kesihatan puan, tak boleh berhenti antibiotic sebab ada risiko infection nanti. Amount secreted in breastmilk tak banyak. Sekiranya anak puan lahir cukup bulan, perlu dibuat prolong jaundice workout kerana bacaan kuningnya masih tinggi walaupun sudah hari ke 17..Trend menaik semula itu dikatakan rebound jaundice. Najis hijau menunjukkan najis anak puan masih normal. Bayi yang mempunyai masalah hati yang merisaukan najisnya berwarna pucat.

      Delete
  41. Berat baby day 1 3.45kg. day 10 3.8kg. Baby aktif, dlm sehari 2 atau 3 kali dia akan berjaga dan beraktiviti sendiri. Kategori tidak berisiko prolonged jaundis. Breastfeed cukup. berak dan kencing banyak. cuma saya bimbang tengok najis dah start hijau instead of kuning. Selang2 kadang kuning kadang hijau. Bahaya tak kalau najis dah hijau sedangkan TSB 263?

    ReplyDelete
  42. anak saya dah 15 hari. bacaan kuning dia 12.5/212.5. kalau nak kejut minum susu memang susah sebab dia nak tidur je..normal ke?risau la sebab dah lebih 14 hari kuning dia masih tak turun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam, anak encik prolong jaundice. Kene ambil darah untuk prolong jaundice. memang susah nak kejut, tapi kene usaha jugak kejut dorg and beri susu. boleh saya tahu bayi lahir berapa minggu (cukup bulan atau tidak)?

      Delete
  43. Salam dr.. Anak saya lelaki 6hari.. Berat lahir 2.88kg dan lahir normal cukup bulan... Dah msk wad 3 hari (hari 3-5) sbb kuning.. Discharged bacaan 122.. Pg ni hari ke enam cek balik naik semula jd 168... Risau... Apa yng terbaik?... Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam, ini yang kita namakan rebound jaundice. dia naik semula. buat masa ni,ibu kena kerapkan menyusu. pantau bayi setiap hari dari segi: keaktifan bayi, bayi suka tidur sangat atau tidak, bayi menyusu ok atau tidak, pantau air kencing bayi banyak atau tidak. bayi sepatutnye aktif,suke menangis dan kerap menyusu. bayi jaundice yang tinggi akan kuat tidur berbanding biasa. ikut temu janji doktor untuk ujian darah berkala yang diberi. pada hari ke 14, sekiranya bacaan kuning masih tidak kurang, perlu dibuat ujian bagi prolong jaundice workout. support isteri encik, berikan makanan yang berkhasiat dan kata2 semangat. elakkan jamu2 atau makanan tambahan yang tidak speatutnye untuk bayi.

      Delete