Temuduga SPA (Suruhanjaya Perkhidmatan Awam)

4:45 PM

Assalammualaikum semua..

Alhamdulillah hari ni ML baru selesai menghadiri sesi temuduga SPA. So, ML nak kongsi sedikit pengalaman temuduga ML, memandangkan ML tahu ramai junior yang baca blog ML jugak kan. Kalau bukan junior ML pun, ramai di luar sana yang bakal berkerja dengan kerajaan after habis belajar nanti. Betul tak?

Temuduga SPA di Malaysia atau Russia?
-Temuduga SPA kadang-kadang di jalankan di Russia (di tempat belajar), mengikut tahun-tahun tertentu. Tapi untuk tahun ML, sesi temuduga dijalankan di Malaysia. Sebelum tu, pelajar kena isi borang di laman web SPA, beberapa bulan sebelum pulang ke tanah air.

Booking temuduga
-Tarikh temuduga hendaklah di booking terlebih dahulu. Kena call pegawai yang bertanggungjawab untuk nak tentukan tarikh temuduga. Bagi medical students, yang uruskan bab temuduga ni, boleh call/email :


PN. AZURA / PN. ZAMZARINA

Telefon : 03-8885 6372 / 8885 6338 Faks : 03-88885044 
Email : norazura@spa.gov.my
zamzarina@spa.gov.my

Macam ML, ML memang nak interview selepas raya. So, 20hb adalah tarikh terawal selepas hari raya. Better kalau interview sebelum raya, coz after raya just prepare untuk induction.

Soalan temuduga yang ML dapat?
Soalan temuduga ada banyak, but i'm going to list it at the end of this entry nanti. My questions were pretty easy but tricky since our doctor dah remind awal-awal dia takkan bagi soalan yang sama. ML prepare more medical and OnG questions. Coz soalan favourite memang medical questions and if die tanye specialization, i'm going to answer OnG (obstetric and gynaecology) je..Tapi apakandaya, lain yang kite harap, lain yang kite dapat. Basically, doktor tu just tanye basic questions, tapi die relate dengan certain rare cases. Macam main teka teki. ML dapat bilik N, giliran ke 10. ML bertolak pukul 6.15am, sampai di sana about 7.30am, and my interview start at 12pm++. Around 5 minutes je sesi interview di jalankan sebab tak cukup masa.


  • How to measure BP? What is the name of the machine? How many types of machine do you know?- Two types.Sphygmomanometer and the automatic one. Then explain la about how to take BP from asking the patient to sit and bla2..
  • How many type of cuffs do you know?- Different sizes
  • Why do we need different sizes of cuff?- Patients come with different size of arm and if we applied small cuff(children's) to adult's arm, the BP will be elevated. We need to choose right size of cuff for each patient.
  • Why do we measured BP in sitting position? - Because arm near to heart's position.
  • When we should measure BP in standing position?- If patient experience postural hypotension.
  • Then, in what condition we should measure BP at both hands, left and right arms? He gave me one true condition: patient was eating, suddenly felt pain in chest area, arm and pain radiated to the back. Character of pain.Sakit macam kene siat-siat. 
  • What do you think?-Signs look like heart attack. 
  • What is characteristic of pain in heart attack?-heart attack pain more towards crushing pain. But, nothing is clear enough when patient describes about pain.
  • So, in this condition, the diagnosis is AORTIC DISSECTION. Very rare case but of course it is possible.Blood comes out, that's y pain radiate to the back. We need to measure BP at both hands because different BP reading. (either one will be low). *basically there r another reasons, but aortic dissection is one of it..
  • When do we need to measure BP at leg?- In coarctation of aorta
  • What do we get from BP reading? What did you hear?- Systolic and diastolic readings. Korotkoff sounds.
  • How many types of Korotkoff?- 5 types.
  • What is Korotkoff 1?- The systolic pulse. Basically the first "dup"  that you hear.
  • And how about diastolic? -The fourth one. 
  • Then what is Korotkoff 5? When we heard complete silence.
Basically tu jek tak silap yang ML dapat. Kawan-kawan ML dapat soalan lain-lain. Nanti ML senaraikan ape yang perlu di baca ye. SPA interviewer pulak just ajak sembang pasal diri ML je.

English or Malay?
Kalau interviewer tanye in English jawab in English. Kalau die tukar cakap BM, jawab in BM pulak. ML campur-campur. Pegawai tu dah masuk zone sempoi..my friend kene fully english.

Dokumen yang perlu di bawa?
Dokumen yang perlu di bawa, boleh di konfemkan dengan pegawai yang bertugas. Sebab nanti dorang akan kol bagitau bile tarikh interview korang/ or maybe korang yang kene kol utk confirmation. Untuk medical studs, u need to bring:

-SPA form (akan di beri before interview)
-IC
-Birth certificate
-SPM
-Medical degree
-Transcript
-MMC letter
( SEMUA KENE FOTOSTAT, xperlu disahkan pun xpe. Coz yang fotostat akan di beri kepada interviewer, dorang akan amek terus. Yang original, masukkan dalam satu file. Susun ikut turutan)
-bawak sekeping gambar passport
-glue + pen
-your brain

Pakaian dan appearance
Pakaian mestilah yang kemas dan formal. Yang perempuan, baju kurung/kebaya. Lelaki kemeja+tie. Kasut bertutup penuh dan bertumit 2 inci. Make up sikit, at least pakai la lipstik/ lip gloss. Bukan ML ade-adekan tau, memang interviewer akan tegur kalau tak make up.

Tempat interview?
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA)
Bahagia Pengambilan
Aras 6, Blok C7, Kompleks C
62520 PUTRAJAYA

Kalau gagal interview kenape?
-Sebab tak pandai bertutur dalam bahasa Melayu dengan lancar. If gagal, kene tunggu 4 months, for next interview session. I met of the SPA interviewer, she said, for doctor's position, basically they will accept all applications unless xcukup document (students didn't bring their MMC letter)  or university tak di iktiraf.

Bile boleh tahu lulus/gagal interview?
-Sehari selepas interview. Boleh kol pegawai berkenaan. Sehari after interview dah boleh ambil surat perlantikan  or tunggu seminggu di rumah kalau nak suh dorang pos.

Sape yang banyak tanye, doktor ke pegawai SPA?
Dokter le..Pegawai SPA ajak borak jek. But depends, sometimes soalan pegawai SPA sangat fakta dan strict.

Soalan-soalan lain yang femes: (MEDICAL QUEST)
MEDICAL 
- Hypertension (FAMOUS!)
-Thyroid disease
-DM (FAMOUS!)
-ACS (symptoms, signs, investigation and tx, different tx for STEMI-NSTEMI, different unstable angina and NSTEMI)-FAMOUS!
-HEART FAILURE
-MANAGEMENT OF SHOCK
-DIABETIC KETOACIDOSIS (DKA)
-ANEMIA, THALASSAEMIA
-ASTHMA + COPD
-CPR
-STROKE
-DENGUE FEVER (FAMOUS!!)
-LEPTOSPIROSIS

SURGERY
-APPENDICITIS (diff in child and adult?)
-FRACTURES + TRAUMA
-HERNIA

ONG
-POSTPARTUM HAEMORR
-PREGNANCY INDUCE HYPERTENSION/PRE-ECLAMPSIA (diff essential hypertension and PIH)
-ECTOPIC PREGNANCY
-MANAGEMENT OF PREGNANT WOMAN (HX TAKING, US AND...)
-ANTEPARTUM HAEMORR
-IUGR
-APGAR SCORE

SPA QUESTIONS:
-Nama penuh menteri kesihatan, timbalan menteri kesihatan, ketua pengarah KKM
-Rukun Negara
-Klinik 1 Malaysia
-Tugas HO
-Study life in Russia and how you can implement your experience there to work as HO in Malaysia
-Kenapa nak jadi doktor? dah bersedia?
-About KKM
-Beza MMC and MMA
-Nilai 1 Malaysia
-Gagasan 1 Malaysia, theme merdeka baru2 ni
-Our health minister doktor ke tak? -TAK
-NKRA dan senarai nama menteri

Bile nak interview, kene la study jugak, sebab soalan-soalan yang diberi memang xboleh nak dijangka. Yang pasti kite kene ingat, ape yang kite belajar id Russia, banyak beza dengan cara Malaysia. So, kene revise balik, textbook2 yang ade.Before tu, kongsi-kongsi la ilmu dengan kenkawan yang ade di facebook. Okies? ML dah penat ni..Bagi pemenang giveaway, lepas ni ML balut ek hadiah korang..Sorryla lambat post, busy prepare nak interview. Doakan ML ye rakan-rakan. Bile tarikh kawen? Nantila dulu...Kad i tak siap lagik..hehehe...


You Might Also Like

0 comments