Resepi bubur ayam dan bayam untuk bayi 6-9bulan

12:41 PM

Assalammualaikum..

Pagi ni nak share resepi bubur ayam kegemaran baby imran. Imran tak suka puree buah, kalau buat puree sokmo tak habis. Tapi kalau bubur ayam atau bubur daging, memang berselera si debab tu makan. Kalau duduk dengan nenek, sampai 3kali sehari imran makan.

Selalunya i akan masak for 1 week terus. Tak sempat nak masak hari-hari. So resepi ni adalah untuk stok 1 minggu , portion utk makan 2 kali sehari. Sekali makan dalam 4oz.

Bile nak masak bubur ni..kene cepat-cepat.Sebabnye baby imran dengan kakak wardina memang tak boleh kene tinggal. Kang ade je disaster yang terjadi.

So,selalunye hujung minggu i akan pack siap2 isi ayam(tanpa tulang) dalam plastik.
Selain dari tu, stok ayam (air rebusan ayam) dah siap buat and dibekukan..bile nak masak masukkan je, tak susah pun nak buat stok ayam..kumpul tulang2 ayam semua and rebuskan..air rebusan tu simpan dalam tupperware and bekukan. Kadang-kadang buat air rebusan daging pun sedap jugak!

Untuk makanan bayi, memang i tak letak garam atau serbuk perasa. No artificial flavour! Natural only !

Resepi bubur ayam imran :




Bahan-bahan:
1)1 gelas beras  (kalau takut baby mengalami constipation, boleh kurangkan beras and lebihkan sayur)
2)serai 1-2batang
3)seulas halia (saiz besar ibu jari diri sendiri ye)
4)air (agak-agak 3/4 periuk yang digunakan)
5)isi ayam (ikutla banyak mana nak)
6)2 batang carrot
7)1 biji kentang
8)sayur bayam (asingkan batang)
9)air rebusan ayam/air rebusan daging




Cara-cara:


1)Basuhkan beras  dan masukkan dalam periuk. Isi air sehingga 3/4 penuh.
Bagi ibu yang rajin, beras ni actually boleh di sangai sikit and blend sampai macam tepung gitu. So bile nak masak,cedok je and campur dengan air..tapi i tak berapa nak rajin..hehe.
2)Serai dipotong 2 dan di titikkan..Halia di buang kulit dan jangan hiris! masuk je besar2 halia tu. Sebab nanti senang nak asingkan bila nak blend bubur  nanti..takdela terkial-kial nak selak2 bubur tu..pehtu takdela confuse " ni kentang ke halia? halia ke kentang?"



3)lepas tu masukkan air rebusan ayam yang dah siap beku tu..and masaklah semua di atas stove sehingga mendidih sementara kita nak prepare sayur-sayuran dan ayam
4)isi ayam dihiris nipis supaya senang nak blend nanti.


5)kentang dan carrot dibuang kulit and dihiris nipis macam nak buat potato chip gitu. Sebab ape? sebab bile potong nipis, luas permukaan yang besar akan membuatkan potato dan carrot cepat masak.Tak sampai setengah jam je mek...lembut gitu..
6)Sayur bayam mestilah dibasuh bersih-bersih..sebab takut berpasir..i suke buang sikit batang yang besar-besar..tinggal daun and batang kecik-kecik je..maklumla..malas nak buang gam dekat batang bayam tuh.
7)Masukkan potato dan kentang dahulu bile nampak air rebusan nasi tadi dah mule mendidih..Kacau kacau dan kacau
8)Bile kentang dah empuk..masukkan isi ayam...Kacau lagi sehingga sebati. Kenapa tak masuk isi ayam awal2? Sebabnye nanti overcook isi ayam tu.. kalau die overcook, nanti isi ayam akan keras and bile blend, die akan rasa berpasir! baby pun macam ala-ala nak tersedak.


9)Bile dah masak..dah mushyyy cantik bubur tu... masukkan sayur bayam tadi and terus tutup api. Panas bubur tadi dah cukup untuk melembutkan sayur bayam tu.



10)Prepare bekas-bekas comel..Imran sekali makan dalam 4oz-5oz..Saya suke gunekan bekas the first year take and toss. Comel sangat warna warni! Ada tupperware ikea..bekas 2oz and ada bekas baby bullet. Tak kesahlah ape-ape bekas pun janji BPA free.






11)Blend gunekan ape2 jenis blender. Saya gunakan avent blender. Senang dan mudah! Walaupun bising ya rabbi.



12)Masukkan dalam bekas dan terus bekukan. Siap!

imran suke!



You Might Also Like

6 comments

  1. Kak mana akk order kerusi baby tu.. Pm tq..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dekat instagram la..cube search #bumboseat

      Delete
  2. Kalau makanan frozen ni mcmane kaedah dia ye nak cairkan dan bagi mkn

    ReplyDelete
  3. salam. boleh double boil atau masuk dalam microwave pon bole.

    ReplyDelete
  4. Knape halia dan serai masak skali ye sis?tujuan die ap?

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak bagi wangi bau bubur tu semerbak..baby suke. tapi bile nak blend nanti kene asingkan serai and halia tu. lagi satu halia tu nnti bole buang angin.

      Delete