wardina-day 10 of life & kisah dalam pantang

9:27 PM

Assalammualaikum..

Wardina-day 10 of life
10 september, genap sepuluh hari wardina dilahirkan..Seharian ML tunggu di NICU,sampai sakit pinggang. Semalam wardina dah dipindahkan dari bilik intensive ke intermediate. Tadi bila ML sampai, HO yang jaga wardina tanya ML "u dy finished paeds right? can u take ur daughter's blood?"..

ML terkedu..jauh di sudut hati ni, ML kalau boleh tak nak bg nyamuk pun gigit, inikan ML sndiri nak cucuk amek darah die. Katanya nak suruh amek TFT(thyroid fx test), bile ML tanya, "TSH die da turun dari 35 ke 17 kan?" HO tu pon xtau..haihhhhhh...main nak cucuk, tapi xtau latest result ape and bile..aldo ML ni HO, tapi kite kene ade common sense la..make sure latest blood bile. Bile tanye RP..die kate latest RP gune yang semalam punye, next RP on thursday..Bile ML check, hari ni ade amek blood for RP and the creatinine is improving.

Dear beloved HO, janganla macam ni..ML pun penah jaga banyak baby jugak. But please la..as HO,u need to deliver the correct info to ur boss, so dat ur boss xbagi plan bukan-bukan suruh poke blood hari-hari. dah petang baru terkedek2 nak isi blood investigation nye chart..saba je la..nasib la ML ni penyabar. Yang paling kelakar, die balik tanye ML why this patient this and y this patient that, ML yang jadi "mak budak" kat situ boleh tau cerita baby2 lain..grrrrr....

Okla, ML tak nak cerita kegeraman dekat HO yang jaga my baby. Alhamdulillah, hari ni Wardina dah buat US KUB(kidney-ureter-bladder). Syukur sangat semuanya normal. Creatinine yang dulunye 230++ sekarang dah turun ke 96. Syukur ke hadrat Mu ya Allah.Next RP wud be on Thursday. Mudah-mudahan semuanya kembali normal.

Latest platlete 120 from 40. IO chart pun positive balance. Alhamdulillah. Hari ni ML dapat psangkan pampers die..comel sangat. Lepas tu ML check tangan die,noted yang line da bunk and her hand dah bengkak da.geramnyeeeee....Kalau ML rounds, benda2 tu la yang ML check sebab baby mane boleh getau dorang sakit.

ML off kan branular wardina. Nasibla latest plan,kalau branular bunk and tolerating orally well, xpayah continue IV drip da. Yeay!!!Wardina dah on full feeding sekarang. So, xpayah IV drip lagi. Mudah-mudahan renal profile(RP) Wardina berterusan cantik dan terus normal lepas ni. Berat Wardina pun naik dari  1.28kg ke 1.34kg hari ni. ML tak berani nak kacau die lebih-lebih. Bile nangis je ML pujuk, sebab ML tak nak die turun berat. Wardina pandai lawan mata kalau mama ngan papa die dok usap-usap die.

Wardina, mama doakan setiap titis susu ibu tu jadi pengubat buat kamu. Semoga kamu cepat membesar, cepat naik berat dan sihat walafiat. InsyaAllah sayang, nanti mama bawa kamu balik rumah ye..Nenek, pak long mak long, pak ngah mak ngah, nenek2 sedare wardina, family papa sume dah tak sabar nak tengok kamu. Semua tunggu kamu. Sabar ye sayang ;)

Kisah Dalam Pantang
Beberapa hari dalam pantang ni banyak beri ML kesedaran. ML syukur sangat dikurniakan suami dan ibu yang sangat membantu ML sepanjang dalam pantang ni. ML akui hati mana yang tak sedih tengok anak dalam incubator. Hari pertama lepas balik dari hospital, ML pissed off dengan diri sendiri. ML rase kalau ML tak kerja jadi HO mesti anak ML tak jadi macam tu. Hubby and mak ML sangat memahami. Dorang akan sentiasa teman ML. Sejak dari dalam hospital sampai la dekat rumah.

Hari pertama balik dari operation ML bengkak susu. Maybe sebab operation, so dua hari ML terbaring. Hari ketiga baru start perah susu, tapi xbanyak sgt keluar..dalam 2-3oz je. Malam tu, bengkak susu,sakit sampai menangis2..Although ML agak compliance dengan perah susu..ML buat sejam sekali tym tu..tapi still bengkak. Macam ade batu kat dalam. Hubby and mak ML yang dok tuam breast ML dengan air panas.Ya Allah,sakitnye kalah sakit nak bersalin ML rase. Perit ya rabbi...Esoknye, air susu mule lancar..lepas tu dah takde lagi da bengkak susu..Alhamdulillah...

Beberapa hari pertama, mak or encik hubby yang mandikan ML dengan air herbs..biasela org tua-tua..ade pantangnye sikit-sikit..ML pun follow la..Segar rasa mandi air herbs tu..rasa macam mandi dengan sup ayam pun ade. Haha...Everytime masuk bilik air pun dorang akan ikut, sebab takut jatuh. Sampai la ML kuat boleh berjalan sendiri. Plus for first few days ML kene urinary tract infection..so dahsyat jugak tahap urgency ML..Tapi semua da makin resolving..

Hari-hari mak ML akan masak..masak masakan orang dalam pantang. Mak ML tak amalkan pantang yang strict sangat. Lebih kepade pemakanan berkhasiat..Minum air kene banyak..Banyak sayur-sayuran..especially carrot putih. Minum susu..makan buah-buahan..And mak akan make sure ML makan 3-4kali sehari..Sebab tu alhamdulillah..air susu ML sangatlah banyak. ML akan pump 2-4jam sekali. Every time boleh dapat 8-10oz..penuh satu botol. Encik Hubby and mak tak jemu2 tolong ML sterilekan breastpump.

Encik Hubby memang banyak membantu..boleh tengok betapa kalutnye die tym ML kene bersalin..sampai sume nek tunggang langgang..kekeke..macam tu la orang nak jadi bapak..hihi. Thanks sayang ;)

Hari-hari ML dan hubby akan pergi hospital tengok Wardina and tambah stok susu di sana..Dekat sana, ML dengar macam-macam kisah pengalaman dari ibu-ibu lain. Ade yang ade masalah kewangan,nak bayar bil hospital tak ckup duit..husband kerja menore getah je..Ade yang takde sape2 jaga..Husband jauh..ade yang berulang alik dari rumah ke hospital naik bas dan teksi hari-hari..Ade yang baby lahir 7bulan berat kurang sekilo..macam-macam lagi...Jauh di sudut hati, ML rase bersyukur sangat..Sesungguhnye semua dugaan yang diberi ni mendekatkan ML padaNya..bantu ML untuk muhasabah diri dan lebih menghargai semua orang disekeliling ML.

Semoga Allah sihatkan semua bayi-bayi yang ada di NICU. Biar mereka semua dapat pulang cepat dalam keadaan yang sihat.  Semoga Allah sentiasa melindungi mereka semua termasuklah NurWardina Insyirah...


You Might Also Like

0 comments

I read:

Makeup geek