Kisah seram: Bilik mayat

11:00 AM

Assalammualaikum..

Okeyh, meh dok rapat-rapat. Semenjak dua menjak ni, penyakit suke baca cerita hantu datang kembali. Bile penat study je,mule la tangan ni menggodek-godek citer hantu. Sonok wooo. Lepas tu malam-malam takut sorang-sorang sampai takleyh tido. Esok pagi, mate sembap je macam panda. Hehe.

Okla, hari ni nak share cite hantu, citer ni dialami sendiri oleh dua orang kawan ML. ML namekan dorang Lina ngan Muna lah ye (bukan nama sebenar). Kejadian ni berlaku dua tahun lepas, waktu tu Lina dan Muna kena buat praktikal di salah satu hospital di Johor Baru. Macam biase, pagi-pagi dorang kene round ward lah dengan doktor, kene screw-screw dengan doktor sket sebab xleyh jawab soklan. Hehe..

Satu hari ni, lepas dorang habis ward round, Lina and Muna ni jumpa lagi sorang rakan praktikal dorang,  budak chinese tak silap ML. Sebab bosan and malas nak stay dalam ward tu, dorang bertiga ni decide nak merayau-rayau. Pastu tak tau la sape punye cadangan, dorang teringin nak masuk bilik mayat! 

Dalam perjalanan dorang nak gi cari bilik mayat tu, tibe-tibe dorang jumpe dua orang student nurse yang tengah buat praktikal jugak, si Ela dan Zira(bukan nama sebenar). Student nurse ni pon tanye lah,

"Korang nak pergi mane?"

Lina dan Muna pun jawab dengan nada gembira, "Kitorang nak gi tengok bilik mayat"

"Wahhh~ nak ikutlah camtu",si Ela dan Zira dah terkinja-kinja nak gi bilik mayat.

Sampai je dekat bilik mayat. Bilik mayat kunci daaaa~. Pastu ntah mane jalan dorang gi cari, tiba-tiba dorang jumpe satu pintu ni. Pintu tu tulis (tak dibenarkan masuk kecuali kakitangan sahaja). Tapi budak-budak ni dengan selamba katak je bawak masuk kaki and tangan dorang tu. Bile masuk je dalam bilik tu, dorang terserempak dengan sorang uncle. Uncle tu terkejut. "Eh, korang sume ni masuk ikut mana?". 

"Errrr...kitorang masuk kot pintu tu."

Rupe-rupenye, pintu tak boleh masuk. Sebab tu pintu untuk pihak polis je. Nak ikutkan dorang boleh di tangkap la kalau dorang masuk ikot pintu tu. Tapi Uncle ni cool.

Si Lina pun cakapla kat uncle, "kitorang nak tengok procedure dalam bilik mayat ni."

Since uncle ni tengok dorang ni student medic and bakal nurse. Uncle tu pun terangkan dekat dorang sikit-sikitla pasal bilik mayat tu.

Dah habis uncle pot pet pot pet, uncle tanye dorang "Korang nak tengok mayat ke?"

Budak-budak ni pun angguk la. Si Ela dah melompat-lompat da. Maybe 1st time kot dapat tengok mayat. Bising mulut minah sorang neyh.

Uncle suruh pilih, "Korang nak mayat yang busuk ke yang fresh?"

Si Lina balas, " Saye kalau yang busuk-busuk ni, saye memang kureng sikit". Muna dan budak cina tu diam je. Si Ela pulak, "Yang busuk! Yang busuk!"

Kebetulan hari tu ada mangsa-mangsa Indonesia mati lemas sebab bot karam, so mayat mati lemas ni,pepaham la kan, bau die memang kaw-kaw nye. Bile uncle tu bukak sikit peti mayat tu, bau dah semerbak. Lepas tu ML pun tak ingat dorang tengok ke tak mayat tu. Or maybe uncle tu tunjuk-tunjuk macam tu je.

Beberapa hari kemudian....

Zira terserempak dengan kawan ML si Lina dan Muna. Zira pun tanye dekat Lina dan Muna, korang tak kene kacau ke bile balik dari bilik mayat tu?Lina dan Muna dah pucat. Takde pape pun. even budak cine tu pon takde pape. 

Zira pun cerita, malam tu lepas balik dari bilik mayat, dorang ni tidur la kat hostel sebab penat. Bile maghrib tu die bangun la solat. Then, die pon kejutkan la si Ela. Liat betul si Ela ni nak bangun. Bile die bangun, suara die berubah jadi kasar dan garau and die marah Zira "Jangan kacau-kacau aku". Malam tu Ela dah histeria. Zira pun kol mak ayah Ela malam tu jugak. Parent Ela datang and amik Ela. Sebab keadaan Ela agak serius, mak ayah die decide nak bawak die jumpe ustaz. Bile ustaz tu check beg si Ela ni, dalam tu ade minyak dagu. Memang jadi tanda tanye, sape pulak yang letak minyak dagu and daripada mana si Ela ni dapat?

Kemudian Zira pun cerita, rupe-rupenye si Zira ni hijab terbuka. Jadi die boleh nampak la benda-benda halus tu. Die kate, time dalam bilik mayat tu, die nampak ade perempuan rambut panjang duduk atas peti-peti tu. Die tengah gelak-gelak sambil selongkar macam mencari-cari barang. Kemungkinan, 'benda' tu la yang letak minyak dagu tu dalam beg si Ela.

Huish.. tekejut ML denga cerita ni. Sebab sepanjang kitorang belajar dekat sini, Alhamdulillah buat masa ni takde pulak denga cerita pelik-pelik bile balik dari bilik mayat. Since kitorang kat sini memang senang jugakla nak belajar dengan mayat-mayat ni. Huhu. Kitorang sume ade satu mind set yang dekat Russia ni takde hantu, kat Malaysia je ade. Kekeke. Tak taula sape ajar, tapi hampir sume kenkawan ML rase macam tu. Huhu.Oklah, nanti ML sambung cerita hantu lagi. Sekarang kene sambung bace buku balik. Daaaa~

You Might Also Like

1 comments