Botfly

10:00 AM

Assalammualaikum..



Hari ni ML nak cerita pasal lalat. Tapi kali ni adalah pasal Botfly. Baru-baru ni ML ade cycle parasitology. So,kitorang kene buat presentation pasal parasite. Time presentation tu, my friend buat pasal botfly. Actually banyak lagi parasite yang dorang present, tapi ML paling suke botfly ni la. Sebab ML rase menarik gile!



Botfly ni dari family Oestroidea. So, human botfly (Dermatobia hominis) adalah satu-satunye lalat yang akan mengunakan manusia sebagai perumah (host) untuk die tinggalkan larva nya.




Botfly ni saiznye agak besar berbanding lalat biase. Botfly betina ni akan tangkap lalat-lalat biase (common housefly) or nyamuk, kemudian die akan tinggalkan lebih kurang 30 biji telurnya di bawah sayap lalat biase ni. Kira lalat biase ni menjadi orang tengah/mat despatch (intermediate vector). Lalat-lalat biase ni nanti akan terbang ke rumah-rumah or pergi dekat lembu-lembu ke (basically mammal). Telur-telur ni akan di stimulate oleh haba dan kemudian akan menjadi larva.

Bile lalat ni hinggap di badan kite contohnye, die akan jatuhkan larva (ulat), yang mana ulat ni nanti akan masuk ke dalam kulit kita dan menyebabkan myiasis. Larva ni akan menjadi matang dan die akan keluar and jatuh sendiri. Masalahnye, bile larva ni duduk dalam subcutaneous, kite boleh rase ade benda gerak-gerak and dapat dengar larva ni mengunyah. Scary~ 



Cara untuk mengeluarkan larva ni sangat menarik! Caranya ialah dengan tampal soletape dekat lubang yang larva tu duduk, biarkan beberapa jam/semalam untuk bagi larva tu suffocate. Dia akan mati bile kurang oksigen. Kemudian, dengan menggunakan tweezer, tarik la larva tu keluar.

Actually, telur botfly ni boleh di sebarkan bukan melalui larva ke kulit sahaja, ada banyak lagi pathway lain sebenarnye seperti melalui gastrointestinal/saluran pemakanan. Kalau die masuk dalam saluran pemakanan, lebih kurang 10-12 bulan barulah die akan keluar melalui najis dan develop menjadi botfly. Encik wiki kate, botfly ni native to Americas dari Mexico to northern Argentina dan Chile. Jom tengok video nak keluarkan larva dari kulit! =)





You Might Also Like

0 comments

I read:

Makeup geek