Sambutan Aidil Adha terakhir di bumi Moscow
10:22 PMSalam all..
Selamat hari raya Aidil Adha.Mesti semua tengah sebuk gosok baju raya kan?Mak-mak sebuk masak rendang and ketupat.Anak dara pulak sebuk dok depan tv.Hehehe..Jangan terase.hihi.
ML sambut raya haji hari ini.ML pun tak tahu la kenape europe cepat sehari.Kebiasaannye ML akan dapat cuti.Almost every year ML dapat sembahyang raya di embassy.Tapi langit tak selalunye cerah,cewahh! Tahun ini,ML ade kelas.So,ML dan kawan-kawan terpaksala pergi kelas.Sebab last week,professor tu kata kalau nak cuti,kene mintak izin dari pejabat dekan.Hurm...malas la nak susahkan diri.Kitorang layan je la pergi kelas.Ada yang sedih sebab tak dapat sembahyang raya di embassy,maklumla..ni kan raya terakhir kitorang dekat sini,memang agak sedihla tak dapat solat raya.Tapi ML memang da pasrah sejak minggu lepas lagi bila dapat tahu tak boleh dapat cuti.Layan la labu...=P
Cycle untuk minggu ni adalah cycle Tuberculosis (TB).Kelas kami adelah dekat hospital yang specific untuk sakit TB sahaja iaitu berdekatan dengan stesen metro Dostoevskaya.ML suke pergi kelas ni sebab stesen metro dekat situ cantik.So,everytime lalu situ rasa macam mesmerize dengan kecantikan metro.huhu.Metro tu ape?Metro tu adalah stesen keratapi a.k.a stesen LRT la.(Selalunya stesen metro sini sangat classic dengan lampu berwarne oren,rasa macam masuk gua.)
Hari ni,lecturer kitorg tukar lecturer lain.Ganti dengan doctor perempuan yang sangat best!Tak rugi datang kelas hari ni.Naik kebas tangan salin lecture.Hihi..Apa yang best time kelas ni ialah bila masuk waktu rehat.
Selalunya,kitorg akan bawak bekal makanan yang pelik-pelik belaka..xpercaya?Meh tengok bekal makanan kitorg:
ML dan cik yana (tepi tu muke hantu anna).huhu
-ni bukan gambar hari ni tau-
Haaa!!Ni la bekal kitorg.
Botol air yang di isi dengan 2 sudu gula(botol air ML,comel tak?hehe)
Roti dua keping sapu marjerin (nama je tauke roti,tapi makan roti cekai jek.=P)
Satu plastik gula-wani punya
sudu teh yang comel- kongsi satu group.kiki..
Pelik kan??Sebenarnye,kitorang bawak gula je sebab dekat kelas tu,cikgu da sediakan water heater dan teh.Kadang-kadang cikgu bagi biskut kering sekali.Bile da lapar semua pun sedapla.Biskut kering pun rasa macam oreo.Huhu..
Disebabkan hari ni hari raya.Kitorang bawak bekal yang lebih special sikit!ML dengan kaka buat puding roti coklat, yana bawak keow teow goreng,wani bawak nasi goreng,pipah bawak seketul je ayam bakar dengan bubur nasi,nadid bawak kek pisang,anna sponsor nescafe 3 in 1 and fadzil bawak perut (memang terbaik la fadzil!hehe..).
jamuan hari raya kami budak-budak group 6
Wani dan pipah
Yana,Anna dan Fikri
Group kitorg memang meriah bile rehat.bersembang tak ingat dunia.Bile ade makanan,lagila meriah,macam lepak kat kedai mamak.Tinggal mamak jek xde nak buatkan teh tarik.hehe.ML ade rakam video ucapan raya tadi.Semangat kawan-kawan ML bagi ucapan.Tapi dah last-last baru ML sedar yang ML tak tekan button record.Ape daaaaa....Tapi pipah da rakamkan video yang baru.Nantila ML upload (bile rajin).Apepun,sambutan Aidil Adha kali ni,walaupun kecil-kecilan,walaupun tak dapat nak sembahyang raya di embassy,tetap disambut meriah dengan rakan-rakan di kelas.Memang best lah!
Oh yes..Semalam ML dapat tahu ade adik ML di sini (junior ML) tahun ke lima yang disyaki menghidap sakit Tuberculosis(TB) dan telah di hospitalize.Tapi tak tahu dekat mana hospital dia masuk,sebab dia pun xtahu dia dekat mana(itu la yang kawan dia cakap).Apepun,sama-samala kita mendoakan adik ni supaya cepat sembuh dan dapat kembali meneruskan pengajiannye seperti biase (paling-paling 6 bulan tu...lame jugak la..).
Okla,ML sangat mengantuk sekarang.Nak tidur kejap.Bangun nanti kene baca buku dengan rajinnye.Rajin ke?Kalau tak rajin,sile buat-buat rajin ye.Hehe..ML ucapkan selamat hari raya Aidil Adha..Makan tu biar berpada-pada,ambil kesempatan ini untuk bermaaf-maafan dan baharukan azam untuk menjadi lebih baik dari tahun yang sebelumnya.Salam =)
0 comments