- 11:00 AM
- 0 Comments
Salam all.
Hari ni berakhir satu cycle ML iaitu cycle parasitology.Kelas tadi agak menarik sebab cikgu yang selalu cakap macam ribut, hari ni cakap dengan spakoina (tenang).Mimpi ape cikgu tu ML pun tak tau lah.Cikgu tu siap bawak masuk lab,amik darah tikus and ajar macam mana nak buat thin smear.Before ni belajar microbe,xpenah plak amek darah tikus.Kesian tikus tu..sampai lebam-lebam ekor dia.Nasibla busuk,kalau wangi,ML da urut-urut da.Ok,tak nak merepek.
After cycle parasitology ni,ML akan bercuti selama 6 hari. ML pun tak tahu ape function cuti yang diberi.Tak tahula nak bersyukur ke tak bila diberi cuti,sebab nanti ML akan dpt cuti winter paling lambat compare to group lain.Isk Isk Isk..Bayangkan, rumet ML yani n tika akan pergi Syria nanti sebab dorang cuti awal.By the time tika balik dari bercuti,ML tak habis kelas pun lagi.Sob Sob Sob. Tapi xpe..akan tiba jua saat ML bercuti.LOndon!here i come~=P
Lepas cuti ni nanti,ML ada 3 cycle yang susah.Susah ke??Tak tau la..Maybe susah nak travel kot.Sebab jauh dari rumah dan juga nak menempuh kesejukan tahap beku kutub utara nih..Hurmm..bekula ML jawabnye nanti.Hehe.takpe,I'll survive InsyaAllah.(tiba-tiba terbayang beruang dalam iklan ubat gigi FRESH & WHITE.he he he..Dulu kecik-kecik,ML gosok gigi sebab nak dapat gigi berkilat macam beruang tu la.hihihi).OK,terkeluar topic!
ML tak kongsi lagi dengan korang gambar sambutan hari raya aidilfitri hari tu yang diadakan di bilik kawan ML, si afifah a.k.a pipah.Open house ni dibuat hasil gabungan afifah,rumetnya dan group 6 (iaitu group ML).Afifah ni satu group dengan ML la.So,ML menjadi tauke nasi beriani hari tu.I LOVE NASI BERIANI!!Hehehe..Korang kene rase nasi beriani ML,sape rase confirm tak tido malam babe!!~Cheeewaaahh.So,marilah layan gambar sekeping dua tauke nasi beriani ni.hehe=)
Senyuman ikhlas dari tauke nasi beriani =P
Meh nak rase sikit ^__^
Beras Basmathi tuuu..kikiki
Ni la gang masak ML hari-hari.
Disebelah ML -cik kaka
Yang 2 orang dekat belakang tu,my room mate: yani(oren) & tika(pink)
Giliran tauke plak makan~muehehehe =P
Selamat menyambut Maal Hijrah.
Jangan lupe baca doa akhir tahun dan awal tahun ye darling-darling sekelian.
ML nak kena pergi masak sebab hari ni turn ML masak.
(Asik masakkkk je keje ML kan?Dah duty roster,nak wat cane ^__^)
Menu hari ini: Pizza Hawaiian Chicken!Marvelous!
Mmuuahhxx =)
-Salam-
- 5:57 PM
- 0 Comments
Salam all..
Selamat hari raya Aidil Adha.Mesti semua tengah sebuk gosok baju raya kan?Mak-mak sebuk masak rendang and ketupat.Anak dara pulak sebuk dok depan tv.Hehehe..Jangan terase.hihi.
ML sambut raya haji hari ini.ML pun tak tahu la kenape europe cepat sehari.Kebiasaannye ML akan dapat cuti.Almost every year ML dapat sembahyang raya di embassy.Tapi langit tak selalunye cerah,cewahh! Tahun ini,ML ade kelas.So,ML dan kawan-kawan terpaksala pergi kelas.Sebab last week,professor tu kata kalau nak cuti,kene mintak izin dari pejabat dekan.Hurm...malas la nak susahkan diri.Kitorang layan je la pergi kelas.Ada yang sedih sebab tak dapat sembahyang raya di embassy,maklumla..ni kan raya terakhir kitorang dekat sini,memang agak sedihla tak dapat solat raya.Tapi ML memang da pasrah sejak minggu lepas lagi bila dapat tahu tak boleh dapat cuti.Layan la labu...=P
Cycle untuk minggu ni adalah cycle Tuberculosis (TB).Kelas kami adelah dekat hospital yang specific untuk sakit TB sahaja iaitu berdekatan dengan stesen metro Dostoevskaya.ML suke pergi kelas ni sebab stesen metro dekat situ cantik.So,everytime lalu situ rasa macam mesmerize dengan kecantikan metro.huhu.Metro tu ape?Metro tu adalah stesen keratapi a.k.a stesen LRT la.(Selalunya stesen metro sini sangat classic dengan lampu berwarne oren,rasa macam masuk gua.)
Hari ni,lecturer kitorg tukar lecturer lain.Ganti dengan doctor perempuan yang sangat best!Tak rugi datang kelas hari ni.Naik kebas tangan salin lecture.Hihi..Apa yang best time kelas ni ialah bila masuk waktu rehat.
Selalunya,kitorg akan bawak bekal makanan yang pelik-pelik belaka..xpercaya?Meh tengok bekal makanan kitorg:
ML dan cik yana (tepi tu muke hantu anna).huhu
-ni bukan gambar hari ni tau-
Haaa!!Ni la bekal kitorg.
Botol air yang di isi dengan 2 sudu gula(botol air ML,comel tak?hehe)
Roti dua keping sapu marjerin (nama je tauke roti,tapi makan roti cekai jek.=P)
Satu plastik gula-wani punya
sudu teh yang comel- kongsi satu group.kiki..
Pelik kan??Sebenarnye,kitorang bawak gula je sebab dekat kelas tu,cikgu da sediakan water heater dan teh.Kadang-kadang cikgu bagi biskut kering sekali.Bile da lapar semua pun sedapla.Biskut kering pun rasa macam oreo.Huhu..
Disebabkan hari ni hari raya.Kitorang bawak bekal yang lebih special sikit!ML dengan kaka buat puding roti coklat, yana bawak keow teow goreng,wani bawak nasi goreng,pipah bawak seketul je ayam bakar dengan bubur nasi,nadid bawak kek pisang,anna sponsor nescafe 3 in 1 and fadzil bawak perut (memang terbaik la fadzil!hehe..).
jamuan hari raya kami budak-budak group 6
Wani dan pipah
Yana,Anna dan Fikri
Group kitorg memang meriah bile rehat.bersembang tak ingat dunia.Bile ade makanan,lagila meriah,macam lepak kat kedai mamak.Tinggal mamak jek xde nak buatkan teh tarik.hehe.ML ade rakam video ucapan raya tadi.Semangat kawan-kawan ML bagi ucapan.Tapi dah last-last baru ML sedar yang ML tak tekan button record.Ape daaaaa....Tapi pipah da rakamkan video yang baru.Nantila ML upload (bile rajin).Apepun,sambutan Aidil Adha kali ni,walaupun kecil-kecilan,walaupun tak dapat nak sembahyang raya di embassy,tetap disambut meriah dengan rakan-rakan di kelas.Memang best lah!
Oh yes..Semalam ML dapat tahu ade adik ML di sini (junior ML) tahun ke lima yang disyaki menghidap sakit Tuberculosis(TB) dan telah di hospitalize.Tapi tak tahu dekat mana hospital dia masuk,sebab dia pun xtahu dia dekat mana(itu la yang kawan dia cakap).Apepun,sama-samala kita mendoakan adik ni supaya cepat sembuh dan dapat kembali meneruskan pengajiannye seperti biase (paling-paling 6 bulan tu...lame jugak la..).
Okla,ML sangat mengantuk sekarang.Nak tidur kejap.Bangun nanti kene baca buku dengan rajinnye.Rajin ke?Kalau tak rajin,sile buat-buat rajin ye.Hehe..ML ucapkan selamat hari raya Aidil Adha..Makan tu biar berpada-pada,ambil kesempatan ini untuk bermaaf-maafan dan baharukan azam untuk menjadi lebih baik dari tahun yang sebelumnya.Salam =)
- 10:22 PM
- 0 Comments
Salam all..ok,hari ni nak citer pasal photoshoot raya MSMU (Moscow State Medical University) atau nama lamanya MMA (Moscow Medical Academy).Gedik2 la dorg ni gi tukar nama tym ML da final year.Layan je la labu..
So,ML malas nak cerita banyak2...Ada tiga destination sesi photoshoot raya kali ni.The first one,we went to Moscow State University (Московский государственный университет)..hahaha....Cam mane la korang nak sebut,terbelit2 lidah kan?Meh ML ajar k...Sebut die mcm ni.."Maskovskih Gasudarsvennih Universitet"..Pandai pun korang cakap russian..=).Our second destination was Red Square/Krasnaya Ploshed and the third one was The Victory park/Park Pabedi.
Sume tempat cantik2 belaka.Tapi sangatlah windy,habis terbang tudung ML sane sini...My loveliest photographer (kaka) xpergi plak,sebb die MALAS..Cik kaka ni kalau die kate xmo pegi,mmg die xmo pegi.Padahal die da bayar duit nak join sesi photoshoot ni.Aduhai la kaka~So,ML cam xde "gang" la nak bercamwhore..Aritu kitorg hire photographer pun utk amek gamba satu batch,bukan amek gamba personal .Tapi as usual,banyak je photographer lain yang suke nak amek gamba ML seperti shappy dan paan.Heehehehe..Thanx to both of em'..kalao tak,mmg hambar sesi photoshoot hari tu.
Okla..Jom layan gamba...ML tau korg suke tgk gamba..kan?kan?kan?
Ni la destinasi pertama,Moscow State University...Kalo korg nak tau,bangunan yang cantik ni ade TUJUH dekat moscow.And ketujuh2 bangunan ni dinamakan THE SEVEN SISTERS...Nantila,summer ni ML akan g menjejaki ketujuh2 bangunan ni..Menarik kan?=D
Ni la destinasi pertama,Moscow State University...Kalo korg nak tau,bangunan yang cantik ni ade TUJUH dekat moscow.And ketujuh2 bangunan ni dinamakan THE SEVEN SISTERS...Nantila,summer ni ML akan g menjejaki ketujuh2 bangunan ni..Menarik kan?=D
Destinasi kedua plak,adelah THE RED SQUARE @ Krasnaya Ploshed..
Kalau sape2 dtg Moscow,xsah kalau xdtg tempat ni.Sebb ni kire city centre la..Kalau kat Malaysia,ni kire cam dataran merdeka la..Just tempat ni jauh lg cantik.And ade banyak2 bangunan yang grand2..=D
Poster ni ML yang buat on d spot.Disebbkan poster ini lah yg mengganggu sesi photoshoot ML.Grrrr...geram gile!!Mane tak nye,jenuh nak colour benda alah ni.Pastu kejap,org ni panggil org tu panggil...da la pakai heels yang sungguhla menyakitkan tumit kaki.Ngeng nye poster.~
Destinasi ketiga adalah THE VICTORY PARK @ PARK PABEDI...Ade banyak lagi gamba lain,tapi ML upload muke ML la dlu dengan belon yang xsampai berape jam jek ML beli.Mahal gak okeyh..rm15.00.Tak sampai berape jam,kawan ML terlepaskan belon tu..maka melayang2 la die naik ke awan.Habis die towaf satu Moscow da ML rase...Baru la jadi from Moscow with love kan?
Keh keh keh...
Sesi photoshoot ni start dari pagi smpi la ke petang.Nasibla kitorg bawak bekal sandwich,karipap,kuih raye sume...lapar gile kowtt..Kredit to encik tunang tersayang..sebb die la tukang edit gamba ML.hehehe...Photographer yg kitorg hire pun xreti edit gamba sgt tau.hihi...^__^
okla..doakan kitorg sume jd doktor yg berjaya k??
tata.=)
- 7:51 PM
- 0 Comments
Assalammualaikum..
Lama betul rasanya xmenulis dekat blog ni.Sem baru dah mule,jadi sikit sebanyak tempias busy tu tak boleh lari.Bumi Moscow ni pun makin sejuk dari hari ke hari,buat mata ni asyik berat je lepas balik dari kelas.Hehe...
Tahun ni merupakan tahun ke 6 ML beraya di bumi Moscow,dan tahun ni jugalah adalah buat terakhir kalinya ML beraya diperantauan.Cukup 6tahun tak beraya bersama keluarga. Seperti biasa, hari raya disambut penuh meriah,walaupun xde sorang pun family members di sisi.hehehe...
Mungkin ramai yang tak tahu,orang Moscow puasa 29hari je!So,ML raya awal sehari la dari korang yang dekat Malaysia tu!Jangan jeles~=)...
Raya di Moscow jatuh pada 9 haribulan September.So,8 september tu last kitorang sama2 menjalankan ibadah solat terawikh berjemaah.Memang da jadi rutin tahunan,setiap kali Ramadhan kami akan solat terawikh berjemaah.Tahun ni kitorang dapat solat bersama-sama lebih kurang dalam 10hari je,sebb kitorg dapat puasa hampir 19-20hari di Malaysia.Kalau pikir2 balik,sedih sangat ML rasa,sebb ML tahu,mungkin lepas ni kitorang takkan dapat berjumpa lagi macam ni..Maklumla,semua pun ada hala tuju masing-masing lepas ni..
Hari raya ML selama beberapa tahun di sini xlengkap kalau tak ade juadah makanan hari raya.Hehe...ML pandai masak tau~sedap lagi you!So,lepas je solat terawikh,ML dan kawan2 memasak kat dapur sampaiii la pukul 1 pagi.Selesai je masak,kitorg pun mandi,gosok baju raya...pastu terusss tido..Ngantuk yang amat!Jom tengok preparation juadah raya ML!
kek lapis sarawak.kawan ML,kaka yang bawak.yummy!
udang galah utk masak gulai udang
Ayam goreng for ayam masak merah
rendang daging
got lots and lottss of food (xlarat ML nak describe).tapi yang makannye 6 orang je.hahaha..mmg perut cam jin,=P
Bangun je pagi2,lepas subuh tu,xtido da...hehehe...minum2 sket,lepas tu ML pun cepat2 pakai baju raya n make up.Lepas tu,ape lagi???Berwebcam la ngan tunang tersayang.hehehe....Lepas tu,ML call mak ML,mintak ampun mintak maaf sume la...macam korang buat jugak..hihi...
berwebcam dengan tunang tersayang =D
baju sama tu babe~hehe
Sayang..i love u sangat~Selamat hari raya dear=)
Bile sume da siap,pukul 8.30 je..kitorg satu rumah (8 orang,sorg lagi xberagama Islam) sume gi tahan teksi untuk pergi sembahyang raya di Malaysian Embassy yang terletak di Ulitsa Molfilmoskaya.Tak jauh dari rumah ML,ambil masa dalam 10-15minit kalau driver teksi tu bawak macam pelesit.hehehe...Tapi before pergi tu..kitorg sempat juge bergambar.=)
kaka,ML,yani,tika
yana,nadid,shappy,anna
Sampai je di embassy,macam biase la...solat raya.Solat raya kali ni,di imamkan oleh pakcik Manaf a.k.a Uncle Keris Mas.Alhamdulillah,semuanya berjalan lancar..
girls
boys
Khutbah
Ada banyak juadah yang disediakan oleh pihak embassy.Tapi mungkin disebabkan jumlah kitorg pun ramai,maka makanan sangatla cepat habis.ML makan sikit je,sebb dekat rumah tu banyakkkk makanan menanti..ML suke sangat makan!Nomm Nomm Nomm Nomm
Sebuk.Kakitangan embassy,menjamu student-student.
Licin.Nasi Beriani Kambing
Lauk pauk
Berebut
Theme colour utk 6th year student kali ni adelah TuRQUOISE!!!Hehehe...so,kitorg sumeeeee pakai turquoise.Memamng sakan kitorg bergambar dekat embassy.Jom layan gambar2 di embassy pulak..
before Solat raya,sempat posing.hehe
Anna
Muna and yani-bokeh.kiki
ML mmg xleyh jumpe pokok
Liyana
Housemate 202
Bersalaman
Kasut raya
Posing.i Loikee~
rabbit
Group 7
Group 6
Yeayyy~
Dahaga
i hate sunburn!
peace!
Gabungan Moscow Medical Academy and Russian Medical State University...da macam semut daaa~
Selesai je sesi ambil gamba di embassy,kalau ikutkan perancangan,kitorg nak keliling satu Moscow nek bas.Sebb tu mmg dah rutin raya budak 6th year.Tapi disebabkan,ade la due tiga ekor budak 6th year yang ponteng kelas and raya dekat Malaysia.Kitorg tangguhkan plan tu.So,sesi bergamba ramai2 tu nanti akan diadakan hari ahad nanti 19/9/2010...So,we changed our plan..and we went to the nearest park..iaitu Spartiv park yang terletak dekat je dengan hostel ML.Jom layan gamba ML di park!
Our beautiful Spartiv park
Rumput
Atikah
4 dara.co
pokokssss...
bleyh jadi model majalah x?kekeke...
Contact lense ku kering~..
our guys..
Ladiess..
Us....
Itulah kisah raya ML...Ade banyakkk lagi gamba..tapi kalau nak letak sume,mau hang page ni nanti.kekeke...So,how's ur raya?Hope everyhting will be much more wonderful and full with barakah.
This sunday,we gonna have a full raya photo session,again wif the same baju.hehehe...
Akhir kata,selamat menyambut hari raya Aidilfitri,maaf ML pohon sekiranya ade terkasar bahasa,terlanjur kata...Jangan simpan dalam hati ye.Sucikan yang keruh,ambil yang jernih.Sama-sama kita nikmati raya kali ni.
Sekian,Salam Lebaran dari ML...
- 5:11 AM
- 27 Comments