Termakan keropok babi..

10:22 PM

Salam all..

Harap-harap semuanya sihat2 belaka.Hehehe..Okla..arini ML nak cerita satu kisah,iaitu kisah benar tentang ML..

Kejadian ni berlaku pada tahun lepas-lepas.Waktu tu ML dan rakan-rakan dah habis exam.Jadi,kami semua nak lepas geram dengan menonton wayang.Tapi bukan di panggung wayang ye.Tayangan perdana tersebut adalah di hall rumah ML sendiri dekat Moscow ni laaa,mane lagi kan?

Malam tu,ML,Kaka dan Yani yang semangat nak tgk movie.Movie apa?ML pun dah lupa.Pada mulanya,hanya ML dan kaka yang tgk wayang.Sambil lepak-lepak di atas sofa,dalam suasana yang gelap gelita,hanya ditemani cahaya tv je, memang rasa macam cinema high class lah! 

Tiba-tiba Yani datang membawa rezeki kepada ML dan kaka."Nah keropok,makan la..aku da makan separuh da.Korang habiskanla..",kata Yani dengan rasa penuh  bermurah hati. ML dan kaka serentak membalas "Tenkiu yani..",tanpa mengalihkan pandangan dari kaca tv (khusyuk la kunun).ML dan kaka pun berebut-rebut memakan keropok.Tanpa banyak soal.Tiba-tiba ML rasa pelik.Hurm....

lalu ML pun bertanya "Keropok ape ni Yani?rase die macam ade satu rasa yang aku penah rase.Tapi rasa ape ek Kaka?"

"Aah,saye pun macam penah rase benda ni.Tapi selalunye bukan keropok",jawab Kaka.

"Keropok cheetos la,perisa cheese yang kite selalu beli tu",Yani membalas laju.

Kami teruskan mengunyah..Nom...Nom..Nom..(sedap lebih plak..hihi).

Tiba-tiba terlintas dalam fikiran ML.Yeeeeeee!!!!ini adalah rasa SOSEJ!!

ML pun cakap, "Rasa sosej la kaka!"

"Aah...pandai awak..Rasa sosej!",kaka menjawab dengan gembira..Sebab da jumpe jawapan rasa ape.

Kitorg sambung lagi tgk tv sambil makan..(masih xsedar).

Tiba-tiba ML ternampak....perkataan "бекон a.k.a bekon"
ML terus tanya kaka, "awak..bekon tu babi kan??"

Serentak yani dan kaka memandang ke arah ML sambil membesarkan bijik mata dengan SEBESAR-BESARNYA!!!!

ML lari laju2 bukak lampu...

OMAIGOD~
ML ngan kaka ape lagi,mengalahkan watson nyambek,berebut-rebut ke sinki,sambil muntah-muntah..tapi satu haprak pun tak keluar..Adoyaiii....

Yani xhabis-habis dok mintak maaf.Sebab die tak baca betul-betul time beli keropok tu.Nampak packaging macam sama dengan yang selalu beli.Kekekeke...Pastu die kate, "aku lagi la,da separuh peket da aku telan".=P

Pengajarannya di sini,hati-hatilah dalam membeli makanan.Tak kira di mana anda berada..
Jauhila makanan-makanan yang shubahah dan haram.

Sekian =)

You Might Also Like

0 comments

I read:

Makeup geek