Resipi home made chicken nugget

11:00 AM

Assalammualaikum semua..

Ok, hari ni jom masuk kelas masak-masak dengan ML. Sape suke makan nugget? Angkat tangan cepat! Nugget memang kegemaran ML. Kalau pergi ke KFC, ML memang akan order nugget. Tapi, ML dapat tahu yang nugget-nugget di kedai fast food tidak begitu sihat, sebab isi nugget tu bukan dari isi ayam 100%, tapi juga dari lemak-lemak ayam, kulit ayam dan sebagainya yang di blend. Sebab tu ianya sedap. Hahaha..benda pelik-pelik ni memang sedap lain macam sikit =P. Kadang-kadang kalau beli chicken mince meat pun macam tu juga. Banyak lemak dari isi ayam. So, hari ni, ML nak ajar untuk buat nugget yang sangat mudah dengan menggunakan 100% isi ayam.





Bahan-bahan:

-2 dada ayam (ambil isinya sahaja)
-2  1/3 sudu  serbuk perisa ayam
-secubit garam
-satu sudu lada hitam
-satu sudu lada putih
-bread crumbs (cari yang warna oren)
-2 biji telur ayam  (pukul telur siap2)
-minyak untuk menggoreng


Cara-cara:

1) Basuh dada ayam bersih-bersih. Keringkan. Kemudian, asingkan isi ayam dari tulang ayam, mean just nak isi ayam je la.
2) Kemudian blend kan isi ayam tadi (blend tanpa air)
3)Ambil isi ayam yang sudah di blend tadi, masukkan ke dalam mangkuk. Kemudian, masukkan serbuk perisa ayam, secubit garam, lada hitam dan lada putih. Gaul rata dengan tangan.
4)Bentukkan isi ayam tadi kepada bentuk yang korang inginkan mengikut kreativiti.
5)Salut dengan bread crumb buat kali pertama
6)Kemudian salutkan dengan telur
7) Sekali lagi, salutkan dengan bread crumb untuk dapatkan nugget yang rangup =)
8) Bila dah siap salut kesemuanya, boleh la di goreng dan dihidangkan =)


Isi ayam yang dibulat-bulatkan.


Salut dengan bread crumb (1st round)


Salut pula dengan telur



Salut dengan bread crumb buat kali kedua.



Untuk dua dada ayam, ML dapat hampir 2 pinggan nugget.
Mudah dan murah compared to beli dekat kfc, berapa biji dah rm6.00.





Buat nugget ni untuk makan petang or malam-malam ke sambil layan astro dengan family, fuhhh memang masyukkk lah..Pekena pulak dengan sos cili. Marvelous! Ml asyik curik-curik makan je lepas siap goreng tu~
Hihihi..

Selamat mencuba!


Another good news:
7 Mac 2011, ML dapat lagi sorang anak buah. Namanya Mohd Raffique Mushadad. Beratnya 3.78 kg. Hihi..berat kan? Mak ML kate, muka dia comel sangat! Tak sabar nak tengok gambar baby baru. Jeles betul dengan abang-abang ML yang sokmo dapat baby comel-comel.
 To cutie Raffique, welcome to our family.=)

ML dengan encik tunang buat lawak, "nasib baik bukan Ruffedge kan..".kih kih kih.
^_______^



You Might Also Like

0 comments

I read:

Makeup geek