Resepi Strawberry celup coklat

11:00 AM


Assalammualaikum...


Hari ni nak share resepi Strawberry celup coklat. 
Musim bunga dah mula nak membuka tirai, tapi salji-salji di Russia ni macam tak reti-reti nak mengundur diri. Hihi...Bila musim bunga dah tiba, buah-buah makin manis dan sangat juicy!
 Itulah kelebihan di bumi Russia ni yang ML dan kawan-kawan enjoy sangat-sangat.Untuk resepi ni, ML belajar dari Laura Vitale, my favourite chef in youtube!
Mine is still not perfect. Coz coklat tak betul-betul kering and sticky.Tapi rasanya tetap sedappp hingga menjilat jari!

Nak tahu macam mana rahsia Dato' K memikat hati Siti, jom tengok resipi yang mudah ni:



Bahan-Bahan:

-Buah strawberry
-Coklat (ML gunakan milk chocolate, terpulang pada korang nak guna coklat ape).
Untuk coklat ni, sekilo strawberry, guna 1 bar coklat.
-Kertas minyak (takde pun xpe)
-2 sudu minyak (ML guna sunflower oil)



Cara-cara:


 

Basuh buah strawberry bersih-bersih dan keringkan. 
Make sure kering betul-betul sebab nanti coklat tak lekat!
 ML lap buah strawberry dengan tisu



-2 bar coklat sebab ML beli almost 2 kilo strawberries.
-Patah-patahkan coklat.Masukkan ke dalam mangkuk.
-Untuk cairkan coklat, kite guna teknik double boiler.
-Masukkan sedikit air ke dalam periuk dan panaskan atas stove. 
Jangan panas sangat ye api stove tu, sebab takut coklat cepat hangit nanti.
-Kemudian masukkan mangkuk yang berisi coklat tadi ke dalam periuk tersebut.
-Tuangkan minyak ke dalam coklat, ini supaya coklat yang di salut nanti nampak lebih berkilat.
-Tunggu lebih kurang 5-6 minit, jangan tinggal coklat tu, sebab takut hangit.
-Kacau rata coklat tu, agak-agak coklat dah completely cair, kelurkan dari periuk.
-Dan celup strawberry satu persatu.



-Lepas celup, susun atas pinggan yang di alas dengan kertas minyak. Kalau takde kertas minyak pun xpe.
-Sejukkan sebentar pada suhu bilik lebih kurang 5 minit.

-Kemudian, masukkan ke dalam freezer/ tempat beku selama 15 minit.
15 minit sahaja tau!!! Jangan lebih, kalau tak, strawberry korang akan jadi ais!



Besar tak strawberry ML? Hampir separuh tangan i tau~ 
Strawberry sini sangat manis dan rangup. Memang sedapppp...
^___^


My yummy chocolate dipped strawberries!


SELAMAT MENCUBA =)

P/S:
1- Bila nak cairkan coklat, kita perlu gunakan teknik double boiler. Tapi, syaratnya mangkuk yang berisi coklat tak boleh bersentuhan dengan air di dalam periuk. So, gunakan mangkuk yang lebih besar dari saiz periuk. Basically, kita cuma nak wap air panas tu kena pada mangkuk, dan coklat akan cair. And make sure, air tak terlalu panas. Kalau tidak, coklat akan cepat hangus dan kering.
2-Then tambahkan minyak macam biase and agak-agak dah cair, keluarkan mangkuk dari periuk. Next, celupkan strawberry dalam coklat dan biarkan sejuk sekejap selama 5 minit. After that, boleh la masuk dalam freezer (tempat beku ye..) selama 15-20 minit. Keluarkan dan boleh la makan, if nak simpan dalam peti sejuk balik, simpan di tempat yang bersuhu biasa.

3-kalau ikut resipi asal, chef laura letak atas kertas minyak after dah celup coklat. Tapi ML still rasa coklat akan melekat and bila nak angkat strawberry, coklat di bahagian bawah akan tertanggal. 

4-ML pernah tengok dekat KLCC, sales girl tu cucuk strawberry yang dah di celup coklat ni dengan lidi (toothpick). Then, dia cucuk pulak lidi tu atas sponge. So, salutan coklat pada permukaan strawberry memang kekal cantik. 





You Might Also Like

0 comments

I read:

Makeup geek