Eyeliner review & cara-cara memilih eyeliner.

5:49 PM

Salam all..

ML super stress minggu ni.Macam yang korang sume tau ML dah start cycle susah.Sekarang ni ML ada cycle ONCO (tumor) yang jauh gila. Dah la jauh lepas tu hospital tu besar gila and jarak antara kelas, lecture hall & cafe semua jauh-jauh. Bila balik dari kelas, kene masak plak kan..Bila petang tu,kul 5 je,ML dah tak boleh nak bukak mata da.Malam bangun study,lepas tu tak bole tido plak dah...Kul 3-4 pagi mata terkelip-kelip lagi. Pukul 6 pagi da nak kene bangun. Bio clock pun da jadi tak betul. Sepanjang 6 tahun ni,ni la cycle yang paling penat berjalan ML rasa. Sape la yang ajar dorang wat bangunan macam hospital ONCO ni.Nasib doktor comel-comel belaka. Sejuk mata i.Hehe =P..Sorry k kalo ML tak leyh nak jenguk korang sume sebab ML nak bukak blog ML pun sekali dua je.Huhu..Ok,habis update pasal minggu ni.

.....................................................................................................

Ok,hari ni ML ajar korang cara-cara pilih eyeliner and eye liner macam mana yang bagus. 
So,jom jom jom~

Eyeliner memainkan peranan yang penting untuk make up mata. Tak kesah la samada mata kita kecik or besar, eyeliner memang dapat boldkan lagi mata kita dan membuatkan penampilan mata lebih menonjol. Tapi ramai yang tak tahu nak pilih eyeliner yang jenis macam mana or apa fungsi eyeliner-eyeliner ni kan? ML tak penah guna eyeliner yang mahal-mahal.Kalau yang high end product, ML tau MAC gel eyeliner is one of the best. Tapi hari ni,ML nak terangkan bukan dari segi brand,tapi dari segi fungsi,kelebihan dan kekurangan.

Memilih eyeliner ni agak subjective, sebab taste dan kepakaran tangan kita lain-lain. ML akan cube terangkan  mengikut experience ML.

Sebelum beli eyeliner, cari "tester" dahulu and check:

-tip/hujung mata eyeliner
-warna
-kepekatan
-try dekat tangan
-harga yang berpatutan






ML akan review 6 eyeliner hari ni. 6 eye liner ni terdiri dari 4 jenis eyeliner iaitu:

1)gel eyeliner
2)pen eyeliner
3)liquid eyeliner
4)pencil eyeliner



6 jenis eyeliner ni pulak ialah dari brand:
1)Eyestudio Lasting drama Maybelline gel eyeliner in black
2) Linear Feutre Bourjois Paris eye liner-black
3) Maybelline liner express eye liner
4)Majolica Majorca Perfect Automatic Liner
5) Yves Rocher 3 in 1 pencil eyeliner
6)Maybelline 2 in 1 impact shadow pencil eyeliner


picture:credit to google

Selalunya, pen eyeliner,liquid eyeliner&gel eyeliner, kita guna untuk appy di area kelopak mata,near to your eyelashes. di atas dan di bawah. Kalau tengok dekat gambar atas ni, kita apply dekat warna merah (no.4) dan warna biru muda (no.6).
Boleh jugak kalau nak guna pencil eyeliner, tapi perlu apply banyak kali and lama2 akan smudgy/comot.

Pencil eyeliner Ml selalu guna untuk apply di water line. Kalau ikut gambar atas ni, waterline adalah yang bewarna purple (no.5)



P/S: klik gamba untuk besar kan =)

..................................................................................................


  

 

Maybelline gel eyeliner- line paling atas


Ok first, ML nak review eyeliner yang ML paling suke setakat ni iaitu Eye studio Lasting Drama Gel Eyeliner from Maybelline. Gel eyeliner ni boleh di beli di Watson or Guardian. ML tak ingat harganya,tapi quite affordable. Tak silap ML ada 3 warna iaitu black, brown and dark purple. 


1)Didatangkan sekali dengan small eyeliner brush for FREE
Eyeliner brush ni bagus especially utk beginner yang tak tahu macam mana nak guna eyeliner brush. Sesuai untuk beginner.Tip/hujung nya stable, jadi senang nak apply eyeliner tu nanti. Korang kene praktis selalu. 1st time ML beli eyeliner ni,ML pakai eyeliner ni hampir hari-hari sampai ML mahir. 
So, practice makes perfect!

TIPS: 
-If korang tersalah draw, just ambil cotton bud and letak sikit make up remover and padamla tempat yang korang salah draw tadi. Senang nak tanggal.
Everytime lepas apply eyeliner, mesti kene lap eye liner brush ni dengan pencuci make up supaya brush bersih dan tak mengeringkan brush. Brush ni free so quality nye tak la sebaik  eyeliner brush yang korang beli khas. So give extra attention kalau korang nak brush ni tahan lama. Sekali/2x seminggu make sure cuci brush dengan sabun =)

2)Warna eyeliner ni sangat pekat dan tidak berkilat/tidak shining. ML tak suka eyeliner yang nampak shiny sebab nampak fake.
3)Tahan lama, tak smudgy (tak comot), dan tak flaky.
4)Keburukan nye ialah ML susah nak bersihkan mata betul-betul terutama di bahagian celah-celah bulu mata. ML selalu kene cuci guna cotton bud dekat my eyelash area.=P



 

Eyeliner kedua pula ialah Liner Feutre Bourjois Paris,in black color. ML classified kan eyeliner ni jenis Pen eyeliner. Eyeliner ni di beli di Sephora.




Tip/hujung eyeliner ni adalah seperti marker pen. 


Line yang kedua tu dari eyeliner ni.


1) Eyeliner ni, warnanya sangat pekat. Sangat precise compare tu kalau apply guna brush eyeliner. Tetapi,kalau korang terlajak/ atau tersalah draw, jenuh la nak padam. 
2) Agak shiny compare to maybelline gel eyeliner.
3)Kalau korang dah pro guna eyeliner, ML suggest kan eyeliner ni. Sebab sangat mudah nak apply, precise, and cepat kering.




Eyeliner ke tiga ialah Maybelline Liner Express-black.
Eyeliner ini adalah jenis LIQUID eyeliner.Eye liner ni merupakan liquid eyeliner pertama yang ML beli. 
Bila namanya liquid eyeliner, sememannya ianya watery/berair bila nak apply.So,pay extra attention bila nak apply!



The gold one is the eyeliner ink container.



1) Tip/hujung eyeliner ini adalah macam pen eyeliner tetapi lebih keras. Mula-mula ML beli ML rase susaaaaahhh sangat nak apply. So,xsesuai untuk beginner.
2) Agak shiny and nampak fake.Blerghhh~
3)Tak tahan lama.Baru berapa jam pakai,dah flaky (die jadi macam keruping/kepingan dan tanggal dengan sndirinye).
4) Eyeliner ni adalah jenis eyeliner celup-celup,so part batang eyeliner tu selalu comot and i hate it!Grr..




Eyeliner ke empat pula ialah Majolica Majorca Perfect Automatic Liner. Again liquid eyeliner.
Eyeliner ni didatangkan dalam pelbagai jenis warna. 


Twist the gold holder at the bottom,and the ink will come out.


Ni macam mana die keluar.



See?it's too soft


1)Eyeliner ni packaging nye cantik.Huhu...
2) Tip/hujung nya sangat lembut. It's too soft. Bagus kalau korang da pro apply eye liner. Tapi bahaya kalau korang baru nak belaja pakai eyeliner.
3) Kinda hygenic sebab everytime nak guna,kena twist pemegang bawah tu,and ink eyeliner akan keluar. 
4)Masalah kalau terlebih pusing, eyeliner akan keluar terlebih banyak.Susah nak control!
5)Sangat shiny!
6) Look how comot the pen is??!!




The last one is, pencil eyeliner.

- Yves Rocher crayon 3 in 1 eye liner
-Maybelline 2 in 1 impact shadow liner




Pencil eyeliner kebanyakkannye semua sama. Baik yang branded ke tak. Most of it smudgy (comot). So,korang kene pandai-pandai la jaga.Kalau gelak sampai tekeluar air mata or korang suke gosok-gosok mata ke,memang akan senang comot. 

TIPS: 
Make sure korang selalu sharpen kan mata eyeliner. Fungsinya untuk kebersihan dan juga untuk memudahkan application. 


ML harap korang dapat sedikit sebanyak gambaran jenis-jenis eyeliner. 
Like i told u b4, pemilihan eyeliner sangat subjective contohnya,ML suka gel eyeliner, but my friend prefers liquid eyeliner. I hate shiny ones,but my friend loves it. So,depend pada korang. The most important is; if u feel comfortable and pretty when u wear the make up, no matter what brand or type the make up is, just go ahead  and be yourself =)

ML akan cuba buat tutorial on how to apply all the different kinds of eyeliners mentioned above because i had learnt A LOT on how to apply them. So,i will share them with you insyaAllah =)

So,hope u guys like this entry and let me know which eyeliner u like the best. If you have any tips or recommendations, do share with me. So,till we meet in the next entry!
Byeee =)
















You Might Also Like

0 comments