Home made fruit custard tart

4:55 AM

Salam all..

Seperti yang ML janjikan,ML nak kongsi dengan korang fruit custard tart!! ML buat tart ni hari sabtu lepas. Resipi this beautiful fruit custard tart ni,ML dapat dari Sweet MemoryML nak ucapkan terima kasih banyak-banyak pada cik sweetty sebab sudi berkongsi resipi dengan ML.Suke sangat2. Seperti yang di minta oleh cik sweetty,ML post kan ke blog bile dah jadi.



Resipi (COPYRIGHT FROM CIK SWEETTY):

Bahan-bahan:
(untuk kulit tart)
125 gm butter
125 gm majerin
60 gm gula halus
1 biji kuning telur (gred A)
400 gm tepung gandum

Cara mengadun:
1. Pukul butter, majerin dan gula sehingga sebati (tak perlu kembang sangat)
2. Masukkan telur dan gaul rata.
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kacau rata.
4. Masukkan adunan dalam acuan tart dan tekan nipis. Kemaskan tepinya dan potong lebihan adunan di sekeliling acuan.
5. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170 selama 12 - 15 minit.
6. Keluarkan tart dan sejukkan.




Oh yes,sile jangan pakai cincin time menguli,kerana anda akan sengsara nak cuci cincin tu nanti.hihi..

I am a beginner.So,ML still tak de experience sangat buat tart ni.Usually i'm using different recipe for pie dough.The dough is harder than this.Dough ni sangat-sangat lembut maybe sebab kandungan marjerin dan butter nye yang lebih yang membuatkan ML susah nak gelek2 bagi die leper.So, what i do is..ML terus masukkan dalam bekas dan leperkan dough tu dalam bekas.I don't know what the real step is,but i found out that this method works like a charm!


Sapukan butter di dalam acuan tart.Kemudian masukkan dough tadi..
Bentuk kan cantik-cantik di dalam acuan tart.
Tekan-tekan dan ratakan.Potong lebihan dough di bahagian tepi untuk kemasan.


Jangan lupe, cucuk-cucuk base dengan garpu dulu before bakar.

P/S: Kalau oven korang kurang panas,korang just perlu tambahkan masa supaya tart ni betul-betul masak.

Untuk hiasan:
Buah peach dalam tin
Strawberry
Buah kiwi

  



Beautiful strawberries =)

Bahan-bahan:
(untuk kastard)
300 ml susu segar
1 biji telur
3 sudu besar gula
2 sudu besar tepung kastard



Cara mengadun:
1. Gaulkan dan bancuh semua bahan.
2. Jerang atas api dan kacau selalu sehingga adunan nampak pekat.
3. Tutup api dan kacau lagi supaya tidak bergentel.
4. Tuangkan dalam kulit tart yang telah sejuk dan hiaskan dengan buah peach, kiwi dan strawberry.
5. Sapukan sedikit jeli apricot supaya nampak berkilat.

P/S: ML buat double untuk custard ni sebab bekas ML agak besar =)

Bile tart tadi dah agak sejuk,boleh la masukkan cream custard dan susunkan buah-buah hiasan tadi mengikut creativity. 






Nak kongsi cerita sikit,waktu ML buat tart ni..ML da tak sabar sangat da nak makan,sebab petang tu ML ade date dengan kawan2 nak tengok circus kan.So,kelam kabut la sikit.ML pergi terbalikkan tart yang tengah panas2 tu atas dulang.Jeng Jeng Jeng..maka,terkoyak la ML punya kulit tart.Kikikiki..Lepas tu,ML masukkan balik dalam bekas and cover guna cream custard dan buah-buahan hiasan.Hihihi..So,jangan tiru aksi ni!~Apepun,cooking is about trial n error.Jangan sedih kalau tak jadi,kene cube banyak-banyak kali =). Kawan-kawan ML sume suke dengan this fruit tart.One of my friend said yang this tart taste better than my usual pie sebab die rase manis2 sikit.Hihi..


Inilah lunch kami hari Sabtu hari tu..Home made fruit custard tart,ayam goreng berempah,sambal goreng tofu dan kek batik (dekat dapur).hehe..

Selamat mencuba.

Sekali lagi,ML nak ucapkan terima kasih kepada Sweet Memory for the recipe.
ML diberitahu bahawa sweet memory sedang mengusahakan satu blog masakan yang baru.Resipi-resipi sedang di kumpul.Kira masih dalam proses la.So,jangan lupe untuk berkunjung ke Sweet Memory untuk mendapatkan update resipi2 baru (^.~)v








You Might Also Like

0 comments

I read:

Makeup geek