Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk menulis. Rasanya masih xterlambat if ML nak ucapkan Selamat Hari Raya Eid Adha kepada semua umat Islam. ML sekarang busy jaga si kecik di rumah. Alhamdulillah, berat Wardina dah mencecah 3kg. Sedar tak sedar ML dah habiskan masa 2 bulan bercuti. 2 bulan ni memang dimanfaatkan sehabis-habisnye dalam menjaga amanat Allah kepada kami.
Dekat sini ML nak kongsikan pengalaman dan tips-tips dalam penjagaan bayi pramatang. Sebenarnye ramai bayi yang dilahirkan pramatang. Bila bayi pramatang ni maksudnye semua organ dalamannya masih belum matang sepenuhnye jadi bayi-bayi ni memerlukan pemerhatian/penjagaan yang lebih. Selepas bayi keluar dari NICU, sudah tentu para ibu/ayah tak mahu bayi mereka dimasukkan semula ke sana,jadi apa yang penting adalah penjagaan rapi bayi-bayi tersebut apabila di rumah.
Since ML pernah kerja dekat NICU and ML sendiri ada bayi pramatang,ML rase nak share sikit tips-tips penjagaan bayi ni di hospital dan di rumah. Sebab ramai yang tak tahu pantang larang jaga bayi premature ni.
1)Feeding/Penyusuan bayi
Bayi pramatang ni special. Sebab dia tak seperti bayi cukup bulan yang lain. Takdela tak sama 100%, tapi pemerhatian yang lebih diperlukan. Dari segi feeding/pemakanan..susu ibu sememangnya yang terbaik. Bagi ibu yang bayi dimasukkan ke wad NICU, adalah digalakkan untuk mengepam susu dari hari pertama selepas bersalin. Ini bagi menggalakkan pengeluaran susu. Mengepam tu bukan beerti pam sekali/dua kali tengok susu tak kuar and terus give up. Tidak. Mengepam haruslah consistent,cuba buat 2 jam sekali. Memang remeh, tapi nak jadi ibu kene la rajin.Susu yang di pam (expressed breastmilk-EBM),hendaklah disimpan dalam tupperware kecil/plastik dan kemudian di label dengan nama bayi/tarikh dan masa susu di pam. Ini untuk memudahkan penyimpanan dan kite tahu tempoh hayat susu tersebut. Untuk maklumat/ilmu yang lebih tentang penyusuan susu ibu, ML cadangkan ibu-ibu untuk join kumpulan ibu2 menyusukan bayi di facebook. Di sana banyak ilmu penyusuan bayi yang bole kite dapat.
ML tak nafikan ada yang lebih senang untuk bagi bayi mereka minum susu formula. Sebab bagi alasan bekerja/takde susu badan dan sebagainya. Susu ibu penting untuk membekalkan antibody buat si kecik, plus bayi yang dapat susu ibu nih IQ lebih tinggi. Ciptaan Allah tu kan yang terbaik ;). Susu formula pulak. ade sesetengah bayi tak sesuai dan boleh menyebabkan cirit birit/allergic. So, ibu-ibu kat luar sane baik yang memiliki bayi matang/pramatang mesti kene cube sedaye upaye untuk bagi susu badan.
Bile bagi susu, kenela observe lebih sikit baby pramatang ni sebab dorang ni cepat biru. Sebabnye paru-paru mereka tak matang sepenuhnye. So, bile nampak muke baby dah biru, kenelah stimulate dengan tepuk tapak kaki or gosok2 belakang badan dorang. Selalunye dorang akan kembali pink. If tak pink-pink jugak, kenelah perform CPR.And cepat-cepat bawa ke hospital yang berdekatan.Lepas bagi susu kene burpkan baby.
Sebaik-baiknye menyusukan bayi 2-3jam sekali dalam 15min-1 jam sekali menyusu..Kalau baby tidur and tak nak minum, ibu2 kenelah kejutkan. ML banyak jumpe ibu2 yang dok kate anak saye siang tidur je..malam baru menyusu or sebaliknye. No No No..u have to kejut ur baby dengan buka bedung dorang or change their diapers!
2)Tidurkan bayi
Sebaik-baik position untuk baby tidur adalah tidur terlentang. Bukan meniarap. Sebab bayi yang baru lahir ni, tak pandai nak turning/pusing2 lagi..So,ade risiko untuk die tersembam muka dan lemas. Bile die tidur lepas menyusu,ibu kenelah observe bayi untuk 30min pertama..kot-kot die muntah or jadi biru ke. And sebaik-baiknye tidurkan dalam cot. Jangan bagi tidur atas bantal orang dewasa (aldo ML pon buat..lalala..tengah tunggu portable baby cot sampai).hihi..
3)Mandikan bayi
Ye, kite boleh mandikan bayi pramatang dengan air suam sama seperti bayi-bayi matang yang lain. Kalau mak-mak takut mandikan bayi sebab badan mereka terlalu kecil/takut tak dapat nak regulate suhu badan, bolehla lap mereka dengan warm towel macam yang ML buat. Tapi sejak wardina da reach 3kg ni, ML dah
- 7:25 AM
- 1 Comments