Raya dekat mana?
3:51 PM
Assalammualaikum..
Korang..
Raya di mana tahun ni?
Baju raya berapa pasang? Warna ape?
Kuih raye dah buat?
Kalau nak tengok gambar ML di kampung, jom klik cerita ML cepat! :)
Ni gambar waktu ML pulang ke kampung di Kedah bulan lepas. Time tu padi semua tengah menghijau. Cantik sangat.
ML geli sebenarnye..sebab ade banyak belalang terbang sane sini..Takut keluar ular sawah jugak..uuuu...seremmm....Cantik kan kampung ML? :)
Orang kate.."Hidup biar jadi resmi padi, makin berisi makin tunduk ke bumi"..
Tak elok tau bangga-bangga diri..Allah benci :)
Ni lah die kedai Laksa Ikan Sekoq. Lokasi yang pasti nye di tepi jalan area Alor Star, Kedah. Specifically, ML tak pasti. I am so bad when it comes to directions and locations. So, don't ask me. Haha..Ape yang bestnye tentang kedai ni, Laksa dan Cendol pulutnye memang high class! Time ML pergi tu, pulut dah habis, so makan cendol biase je. Yang membuatkan kedai ni terbaekk ialah, lepas habis makan, boleh mintak tambah tanpa di kenakan sebarang bayaran.
ML memang peminat nombor satu laksa. Bila balik ke kampung, Pak Njang dan Mak Njang akan bawa ML try laksa-laksa di area Kedah dan Perlis. Keunikan laksa ni, walaupun ramuannye sama, tapi rasanya berbeza-beza. Takkan ade rasa laksa yang sama, baik di Penang, Kedah, Perlis ataupun KL. Kalau di Perlis, rasa tekstur kuah laksa lebih halus sebab dorang selalu gunakan isi belut untuk buat kuah laksa. ML boleh makan laksa hari-hari tau tanpa jemu. Hebat tak? hehe..
Raya tahun ni, ML still xpasti akan beraya di mana. Encik tunang akan pulang ke Sarawak. Pulang atau tak pulang ke kampung, kuasa yang membuat keputusan semua di tangan abang ML. ML hanya follow jadik babysitter jek la..Memang seronok raya di Kampung. Doakanlah, Allah membuka pintu hati abang ML untuk bawa kami sekeluarga pulang ke kampung. Hehe.
Oh ye, hari raya nanti, jangan lupa saksikan Jejak Rasul okies. InsyaAllah, kalau tv3 amek muka ML, dapatla masuk TV. Hihi..
Bagi yang pulang ke kampung, pandu berhati-hati..
Bagi yang kuat makan, jangan lupe beli ENO siap-siap..
Bagi yang ade tinggal puasa, lepas raya jangan lupe qada' ye..
Untuk beberapa hari terakhir ni, marilah kite sama-sama rebut kelebihan yang ada..
Selamat Hari Raya semua..
0 comments