ML tayang hadiah giveaway ;)

3:04 PM


Assalammualaikum..


Hari ni ML nak tayang hadiah giveaway. Dah lame ML janji nak tunjuk  hadiah untuk peserta giveaway kan? Nak wat camne, ML ni busy sangat. Sebelum tu, ML nak ucapkan ribuan terima kasih buat para peserta yang join giveaway ML ni. ML tak sempat nak promote dari blog ke blog untuk giveaway kali ni kerana busy dengan exam dan sebagainye, tapi Alhamdulillah, sambutan memang power dan luar dari jangkaan ML. Mekaseyh sesangat. So, ape lagi jom kite tengok hadiah-hadiah yang ML sediakan dengan lebih details gituuuu~



ML sediakan 4 hadiah untuk giveaway kali ni. Seperti yang ML janjikan, hadiah kali ni sesuai untuk peserta perempuan dan lelaki. Tema untuk hadiah kali ni, is totally soooo Russia. Seperti yang korang sume sedia maklum, ini adalah giveway sempena kali terakhir ML di bumi Moscow. Jadi, hadiah-hadiahnye pun mestila bertema kan keRussian-an. ML pilih t-shirt dan tumbler dari Starbucks. Ada 2 t-shirt ML sediakan, satu bersaiz M dan satu lagi bersaiz L. T-shirt ni sangat cantik dan kualitinye jugak best. Lambang di depan t-shirt ni adalah jata Negara Russia.



Ni pulak hadiah favorite ML iaitu 2 tumbler dari Starbucks. Untuk pengetahuan korang, di Moscow, Starbucks ada mengeluarkan 2 tumbler yang bertemakan Russia. Design matryoshka yang ade muke perempuan senyum tu sangat famous. Matryoshka doll mula di design pada tahun 1890 oleh Vasily. Sejak dari tu, matryoshka doll sangat famous. ML pun ade satu tumbler Matryoshka ni. Boleh di bawa ke office dan sekolah.




Design yang kedua pula sangat sophisticated. Tulisan Moscow dihiasi dengan gambar bangunan MGU (Moscow State University; Pronounce: EM-GEY-U). Bangunan MGU  ni termasuk dalam bangunan the Seven Sisters. Di Moscow terdapat 7 bangunan yang sama design dengan bangunan MGU ni. Jadi ketujuh-tujuh bangunan ini dinamakan The Seven Sisters.

So, tunggu ape lagi? Bagi yang belum join, sile lah join cepat-cepat. Lagi berapa hari je lagi ni. Kalau ada yang rase nak mintak suh extend date, roger-roger la ML ek..Nanti akan dipertimbangkan. Bagi yang dah join, terima kasih dan good luck ML ucapkan. Kalau dah menang n dapat hadiah nanti, jangan la lupe wat entry dapat hadiah ek. Hihi…So, nantikan siapa pemenangnye!!!! J

You Might Also Like

0 comments

I read:

Makeup geek