Sushi Zanmai @ 1montkiara (review tempat makan best)

1:41 PM


Assalammualaikum..

Hati ni rindu sushi..Kalau bole hari-hari nak makan sushi.Keh keh..Rasa nak pindah dok jepun sekarang! Tapi aku tau hait,arigato,konnichiwa je lah. Okla, kali ni nak share experience makan dekat Sushi Zanmai at 1 Mont Kiara. Selalunye kitorang makan dekat Sushi Zanmai The Gardens Mid Valley, tapi malasssss sangat nak pergi sana sebab too crowded and nak kene beratur panjang before dapat sit. Dengan perut yang dah besar ni, memang xlarat la nak beratur. Tambah2 bile bawak wardina. Bukan senang nak dukung si kecik tu. Kebetulan ade kawan suggest Sushi Zanmai dekat 1 mont Kiara..Mekasih Dekya! Hehe...So,kitorang try nasib jek la makan kat sana.

Mula-mula ,we went there on Sunday if i'm not mistaken, time tu after maghrib..lepas photoshoot wardina.  Cuak jugak sebab time macam tu usually peak hour kan..So selalunye ramai orang. 
Bile sampai, still need to Q...tapi barisan tu xdela sepanjang di The Garden. So, i'm a happy mommy!
Di sebabkan baby dalam perut merintih-rintih nak makan sushi lagi, maka kami ke sana utk kali kedua.. Hehe..(suke gunekan baby dalam perut sebagai alasan.huhu =P)

LOCATION:
Dekat tingkat 1, senang nak dapat parking dekat sini..coz xramai orang.. Restaurant nye pon selesa and not too crowded compared dengan Sushi Zanmai di the Gardens. Hari ni kitorang dapat sit best,sebab pergi berdua je..Wardina kene tinggal sebab die xberapa nak sihat.

THE FOODS:


Ok, menu ade banyak dekat sini. 
Tapi favorite yang xbole dilupakan adelah seaweed salad ni. Yer, daku akui portion nye sikittt jek..Kalau nak banyak order la dua pinggan..Hehe..rm 4.80 sepinggan. Rasanya yang fresh memang sedap.. Rangup tau..sedap sampai menitis air mata..Hehe..
Teringat kat kedai sushi di Moscow dulu..kalau di Moscow, menu ni namanya Kasoi Sarada..Kat sini aku tak ingat nama menu die..aku ingat nak makan je. 




Ni pulak unagi roll yang xbole miss. Mesti order. Just kali ni maybe tukang masak die sakit tangan dah kot,so die nye nasik tu xpadat betul2..habis terburai2 bile aku angkat. Tapi still sedap. Hehe..Akak xkesah dik, akak sanggup kutip nasik sebutir2.. ^___^


Cendawan goreng. So crunchy and sangat best di makan panas-panas.


Salmon roll.
Simple dan sedap. tapi still xbole lawan dengan salmon roll di Moscow dulu. Perghh, yang tu memang terbaik. (ni rasa nak beli tiket flight gi Moscow nih!)


Yang ni nama die ebi ape ntah..yang pasti crab roll sumthing-sumthing.
Dua - dua ni pon sedap.




Ok, selfie time! Saja nak tayang eyeshadow. Hehe..
Time ni before maghrib.


Ni da lepas maghrib,eyeshadow kene padam la ye adik2..hihi..

Dapat jugak masuk kepala chef dalam ni. hehe..Tepi aku tu ade sushi berjalan-jalan atas trek keretapi tapi sumenye nampak tak menarik. So aku tak amik la..Aku suke yang cantik-cantik je. Hehe.

OVERALL REVIEW:

LOCATION: nice place, good environment, not too crowded. 4/5

SERVICE: Good. Pelayan sume ramah mesra sungguh. Kalau beratur panjang sket dorg akan bg kite order siap-siap time beratur. So cepat sikit dapat makanan nanti. 4.5/5

FOOD: Superb! Memang akan datang lagi 4.8/5

Price: Affordable 4/5

So, sesape nak makan kat sini, bole la ajak i..hehehe..jangan la ajak, kang ko xmakan, aku yang makan sume. 
Orait, thanks for reading!






You Might Also Like

0 comments

I read:

Makeup geek