Caring of your premature babies

7:25 AM

Assalammualaikum..


Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk menulis. Rasanya masih xterlambat if ML nak ucapkan Selamat Hari Raya Eid Adha kepada semua umat Islam. ML sekarang busy jaga si kecik di rumah. Alhamdulillah, berat Wardina dah mencecah 3kg. Sedar tak sedar ML dah habiskan masa 2 bulan bercuti. 2 bulan ni memang dimanfaatkan sehabis-habisnye dalam menjaga amanat Allah kepada kami.

Dekat sini ML nak kongsikan pengalaman dan tips-tips dalam penjagaan bayi pramatang. Sebenarnye ramai bayi yang dilahirkan pramatang. Bila bayi pramatang ni maksudnye semua organ dalamannya masih belum matang sepenuhnye jadi bayi-bayi ni memerlukan pemerhatian/penjagaan yang lebih. Selepas bayi keluar dari NICU, sudah tentu para ibu/ayah tak mahu bayi mereka dimasukkan semula ke sana,jadi apa yang penting adalah penjagaan rapi bayi-bayi tersebut apabila di rumah.

Since ML pernah kerja dekat NICU and ML sendiri ada bayi pramatang,ML rase nak share sikit tips-tips penjagaan bayi ni di hospital dan di rumah. Sebab ramai yang tak tahu pantang larang jaga bayi premature ni.

1)Feeding/Penyusuan bayi

Bayi pramatang ni special. Sebab dia tak seperti bayi cukup bulan yang lain. Takdela tak sama 100%, tapi pemerhatian yang lebih diperlukan. Dari segi feeding/pemakanan..susu ibu sememangnya yang terbaik. Bagi ibu yang bayi dimasukkan ke wad NICU, adalah digalakkan untuk mengepam susu dari hari pertama selepas bersalin. Ini bagi menggalakkan pengeluaran susu. Mengepam tu bukan beerti pam sekali/dua kali tengok susu tak kuar and terus give up. Tidak. Mengepam haruslah consistent,cuba buat 2 jam sekali. Memang remeh, tapi nak jadi ibu kene la rajin.Susu yang di pam (expressed breastmilk-EBM),hendaklah disimpan dalam tupperware kecil/plastik dan kemudian di label dengan nama bayi/tarikh dan masa susu di pam. Ini untuk memudahkan penyimpanan dan kite tahu tempoh hayat susu tersebut. Untuk maklumat/ilmu yang lebih tentang penyusuan susu ibu, ML cadangkan ibu-ibu untuk join kumpulan ibu2 menyusukan bayi di facebook. Di sana banyak ilmu penyusuan bayi yang bole kite dapat.

ML tak nafikan ada yang lebih senang untuk bagi bayi mereka minum susu formula. Sebab bagi alasan bekerja/takde susu badan dan sebagainya. Susu ibu penting untuk membekalkan antibody buat si kecik, plus bayi yang dapat susu ibu nih IQ lebih tinggi. Ciptaan Allah tu kan yang terbaik ;). Susu formula pulak. ade sesetengah bayi tak sesuai dan boleh menyebabkan cirit birit/allergic. So, ibu-ibu kat luar sane baik yang memiliki bayi matang/pramatang mesti kene cube sedaye upaye untuk bagi susu badan. 

Bile bagi susu, kenela observe lebih sikit baby pramatang ni sebab dorang ni cepat biru. Sebabnye paru-paru mereka tak matang sepenuhnye. So, bile nampak muke baby dah biru, kenelah stimulate dengan tepuk tapak kaki or gosok2 belakang badan dorang. Selalunye dorang akan kembali pink. If tak pink-pink jugak, kenelah perform CPR.And cepat-cepat bawa ke hospital yang berdekatan.Lepas bagi susu kene burpkan baby. 

Sebaik-baiknye menyusukan bayi 2-3jam sekali dalam 15min-1 jam sekali menyusu..Kalau baby tidur and tak nak minum, ibu2 kenelah kejutkan. ML banyak jumpe ibu2 yang dok kate anak saye siang tidur je..malam baru menyusu or sebaliknye. No No No..u have to kejut ur baby dengan buka bedung dorang or change their diapers!

2)Tidurkan bayi
Sebaik-baik position untuk baby tidur adalah tidur terlentang. Bukan meniarap. Sebab bayi yang baru lahir ni, tak pandai nak turning/pusing2 lagi..So,ade risiko untuk die tersembam muka dan lemas. Bile die tidur lepas menyusu,ibu kenelah observe bayi untuk 30min pertama..kot-kot die muntah or jadi biru ke. And sebaik-baiknye tidurkan dalam cot. Jangan bagi tidur atas bantal orang dewasa (aldo ML pon buat..lalala..tengah tunggu portable baby cot sampai).hihi..

3)Mandikan bayi
Ye, kite boleh mandikan bayi pramatang dengan air suam sama seperti bayi-bayi matang yang lain. Kalau mak-mak takut mandikan bayi sebab badan mereka terlalu kecil/takut tak dapat nak regulate suhu badan, bolehla lap mereka dengan warm towel macam yang ML buat. Tapi sejak wardina da reach 3kg ni, ML dah
mula mandikan..

4)Snorting baby
Adalah normal untuk semua bayi untuk ada idung tersumbat/tahi idung/hingus sket-sket yang buat pernafasan mereka sedikit terganggu. Nanti ibu-ibu boleh denga bunyi srottt srottt bile dorang menyusu/menangis. So, bolehla sedut directly pakai mulut or beli alat penyedut idung di farmasi.

5)Bedung baby
Bayi-bayi pramatang sangat sensitif pada suhu..tak boleh panas sangat and tak boleh sejuk sangat. Sebab dorang cepat panas and cepat sejuk. So, adalah digalakkan ibu2 beli thermometer and check suhu badan mereka selalu. Baby mungkin akan menangis bile suhu terlalu panas/sejuk and baby mungkin nampak less active bile demam.

6)Berak/kencing
Berak dan kencing adalah penting untuk ibu-ibu mengambil kira. Sebab kekerapan berak/kencing menunjukkan samada bayi dapat susu yang cukup atau tidak. Jika susu yang diberi kurang bayi ada risiko jaundis dan masalah buah pinggang/kencing berdarah dan sebagainya. Bayi yang minum susu ibu biasanya dalam 1-2bulan pertama akan berak dengan kerap 8-10kali sehari. Tahi nye pula warna kuning, cair dan macam ada seed-seed putih. Itu normal ye ibu-ibu..Jangan ingat tu cirit pulak. ML pernah jumpa satu patient kate anaknye cirit. Bile ML suh tunjuk tahi, sekali breastfeeding stool. Sia-sia jek baby tu diwarded. LOL. For the first few days maybe dorang akan berak hijau pekat/hitam..itu yang dipanggil meconium. Senang citer tahi dalam perut yang lame2 tu la..

7)Kuning/Jaundis
Masalah kuning/jaundice ni ML pernah bincangkan dulu..cubelah search ye. Ibu-ibu kene perhatikan perubahan kulit bayi/ keaktifan bayi/kerap menyusu atau tidak/warna tahi dan kencing bayi..

8)Bayi Muntah
Untuk sebulan/2 bulan pertama adalah normal untuk baby muntah. Tapi muntah ni bukanlah kerap sangat. and kene tengok style muntah tu macam mana. Kadang-kadang, selalunye lepas minum susu, die akan meleleh sikit keluar dalam satu sudu macam tu..itu dinamakan jeluak/posetting..Yang ni normal..

Sometimes, dorang akan termuntah semua susu yang di minum. Yang ni kene bagi pemerhatian lebih sikit ye. Ade banyak sebab musabab kenape dorang muntah. First, maybe mommy tak burpkan baby. Kedua, maybe too many stimulations after feeding..means banyak sangat gerakkan baby or mommy teruskan baringkan bayi lepas minum susu. ketiga maybe sebab position during feeding.So,solution nye dengan hold baby about 45degrees during feeding/after feeding and jangan lupe untuk burpkan baby. Atau boleh la letak baby atas rocker/car seat sekejap sementara tunggu susu turun kedalam perut dorang..

If muntah terlalu kerap/each feeding akan muntah. And muntah tu pulak jenis projectile vomiting iaitu muntah yang banyak melancut keluar dari mulut baby. Yang ni ibu-ibu kene check balik. Maybe baby anda dah overfeeding..minum terlebih banyak.Or better bawak pergi jumpe doktor sebab ade kemungkinan bayi anda ada masalah dengan usus mereka seperti pyloric stricture/intussusception ke..kalau sakit macam ni maybe perlukan pemeriksaan lanjut dan pembedahan.

9)Kebersihan
Well, i think i should highlight this first patutnye. Kebersihan adalah sangat penting dalam menjaga bayi pramatang. Sebab dorang ni cepat sakit! So:

-Sila cuci tangan sebelum dan selepas pegang bayi
-Setiap tetamu yang datang pun perlu cuci tangan if nak pegang baby
-Sila pakai mask kalau rasa korang sesema
-Jangan bawa bayi ketempat awam yang ramai orang
-Jangan bagi terlalu ramai tetamu datang tengok baby
-Jangan bagi tetamu2 yang datang cium baby cupp cappp cupp capp..tu sume infection!

**Seriously hati rasa macam dirobek2 bile tengok orang cium Wardina!Grrrr...

Oklah..ML rase sampai di sini dulu ML berkongsi tips2. Tips2 ni tak semestinya untuk bayi pramatang je.untuk bayi matang pun boleh. ML nak ucapkan tahniah bagi mereka yang baru dapat baby. Sama-samalah kita menjaga amanat Allah ini..Sabar banyak-banyak ibu-ibu sekelian, memang susah ade anak kecik ni. Be positive, be happy and insyaAllah..doakan mereka menjadi anak-anak yang baik kelak, yang membahagiakan ibu ayah. Amin :)

You Might Also Like

1 comments

  1. Assalam, good info. Cuma ada kemusykilan, badan baby premature mmg kadang2 suam2 mcm demam ya?

    ReplyDelete

I read:

Makeup geek