Tour d'Russia: Peterhof Palace (PART I)

5:17 PM

Assalammualaikum semua..


Lame betul rasanya ML tak update blog kan. Two days after final exam, ML busy berBBQ dekat park. Then, ML terus pergi ke St.Petersburgh selama 3 hari Lepas tu, balik semula ke Moscow and lepas sehari di Moscow, ML fly pergi Kazan pula. St. Petersburgh dan Kazan masih terletak di dalam wilayah Russia. Kira kali ni ML nak bawak korang sume tour Russia lah pulak. Selalu bawak jalan-jalan Europe & UK je kan. Kalau saja-saja, susah nak datang jalan-jalan di Russia ni, sebab banyak prosedur nak kene setel. So, basically kalau korang ade family members or kawan dekat Russia ni barulah senang nak masuk. Mostly orang-orang di Russia kurang pandai berbahasa inggeris. Nak tak nak, kite yang kene tahu bahasa Russia. 

Kali ni ML nak ajak korang tengok Peterhof the Summer Palace di St. Petersburgh. So, ape lagi, klik untuk baca dan tengok gambar-gambar ML dekat Palace yang cantik ni :)


Peterhof
Meh ML cerita sikit pasal Peterhof. Peterhof ni adalah istana yang di bina oleh Peter the Great. Peterhof terkenal dengan fountain-fountain dan garden yang luas. Peterhof juga dikenali sebagai Summer Palace sebab tempat ni dibuka and fountain-fountain die akan di ON pada waktu summer sahaja. Garden di Peterhof terbahagi kepada dua, upper (verxnih sad) and lower garden (nizhny sad). Upper garden dan lower garden di pisahkan oleh cliff setinggi 16 meter dari paras laut. Size upper garden lebih kecil berbanding lower garden yang seluar 1.02km persegi. Memang besar gile-gile ar lower garden ni. Upper garden free, tapi kalau nak masuk lower garden kene bayar. ML ade student card Russia, so entrance fee cost about 100rubles, approximately rm10.

Upper Garden









Lower Garden : The Grand Cascade and the Samson Fountain

The Grand cascade and the Samson Fountain ni adelah fountain paling famous di sini. The grand cascade di bina oleh Louis XVI. Samson Fountain pulak di letak dalam pool ni pada tahun 1730. Cerita di sebalik Samson fountain ni, ialah statue Samson sedang membuka mulut singa melambangkan kemenangan Russia yang fight dengan Sweden time Great Northern War. Dari mulut singa ni, pancutnye air fountain tertinggi di St. Peterhof ni, lebih kurang 20meter.










Kalau nak tengok gambar fountain lain, tunggu part II punye pulak k. Karang slow pulak nak load semua gambar. Since ML dah habis bercuti, nanti ML akan qada' balik jalan-jalan dekat blog korang and setel kan contest-contest yang di tag. Oh, banyaknye contest nak kene join! Hehe. Kepada yang wish congratz dekat ML. Thanx sangat-sangat. Akhirnye tamat jugak perjuangan dekat bumi Moscow ni. tak sabar nak tunggu my graduation day and tak sabar nak balik Malaysia. :)

You Might Also Like

0 comments

I read:

Makeup geek