Recipe: Red Velvet Cake with Cream Cheese Frosting

1:40 PM

Assalammualaikum..



Hari ni ML nak share recipe red velvet cake yang ML n tika buat untuk my rumet, Yani. Cake ni sangat cantik dan sedap. Sekejap je lesap, siap tuan rumah kene curi-curi simpan sikit untuk diri sendiri, sebab takut tak sempat nak rasa =). Resipi asal boleh tengok di SINI . ML akan update gambar birthday party my rumet. ML rasa ni la birthday party yang ada kek paling banyak. Okla, jom tengok resipi dan cara-cara membuat kek ni =)

Bahan-bahan (cake)

  1. 2 1/2 cawan (250 gram) tepung gandum 
  2. 1/2 sudu teh garam
  3. 2 sudu makan van houtan cocoa powder
  4. 1/2 cawan (113gram) butter dibiarkan pada suhu bilik
  5. 1 1/2 cawan (300gram) gula (dikisar)
  6. 2 biji telur
  7. 2 sudu teh vanilla extract
  8. 1 cawan (240ml) buttermilk @ 240ml susu segar di campur dengan 1 sudu lemon juice 
  9. 4 sudu makan pewarna merah
  10. 1 sudu teh cuka
  11. 1 sudu teh baking soda

Bahan-bahan (cream cheese frosting):

  1. 227 gram cream cheese
  2. 227 gram Mascarpone cheese (ML skip mascarpone cheese sebab takde)
  3. 1 sudu teh vanilla extract
  4. 1 cawan (115gram) icing sugar
  5. 1 1/2 cawan cold heavy whipping cream (35-40% butterfat)- ML gune 38% butterfat
*Sedikit butter untuk di sapu pada round pan
*Parchment papaer/ kertas minyak
*Buah strawberry untuk hiasan

Cara-cara membuat:



  1. Panaskan oven pada suhu 175 C terlebih dahulu.
  2. ML menggunakan dua round pan untuk memudahkan proses layering cake ni nanti. Kalau korang ade 1 pan je pun boleh, after dah siap bakar nanti, korang perlu potong kek tu horizontally untuk bahagi kepada 2 bahagian.
  3. Sapukan butter pada permukaan dalam pan tadi. Potong kertas minyak bersesuaian dengan saiz pan dan alaskan.
  4. Pukul butter 1-2 minit dengan menggunakan mixer. Kemudian masukkan gula dan vanilla extract. Pukul sehingga fluffy.
  5. Masukkan sebiji telur terlebih dahulu dan pukul. Kemudian the next telur dan pukul sehingga kembang.
  6. Dalam measuring cup, whisk buttermilk dengan pewarna mengikut kepekatan warna yang korang suke. ML gunakan 4 sudu makan pewarna.
  7. Campurkan serbuk koko van houten ke dalam tepung, gaul rata dan bahagikan kepada 3 bahagian. Masukkan tepung berselang seli dengan buttermilk. Mulakan dan akhirkan dengan masukkan tepung.
  8. Dalam mangkuk yang kecil, campurkan baking powder dan cuka. Campuran ini yang akan mengembangkan kek kita nanti. Campuran ni nanti akan membuak-buak, dengan cepat masukkan kedalam adunan kek tadi, kacau dengan spatula/senduk dengan cepat dan tuangkan adunan ke dalam round pan sama rata.
  9. Bakar dalam oven selama 25-30minit pada suhu 175 C.
  10. Cucuk dengan garpu/penculik gigi. Bila dah masak. Sejukkan terlebih dahulu di luar selama 10 minit. Kemudian masukkan ke dalam peti sejuk, dan sejukkan selama 4 jam atau semalaman untuk memudahkan proses frosting nanti. 
  11. ML buat dua adunan sebab nak kek nampak lebih tinggi.

Cara-cara untuk cream cheese frosting:

  1. Pukul cream cheese sehingga gebu. If ade mascarpone cheese, masukkan mascarpone cheese dan pukul.Masukkan vanilla extract dan gula. Continue pukul sehingga kembang.
  2. Dalam bekas berasingan pukul terlebih dahulu cream sehingga pekat. Kemudian masukkan sedikit-demi sedikit ke dalam adunan cream cheese tadi dan pukul sehingga pekat.
Hiasan:
  1. Bagi yang menggunakan 2 round pan, akan dapat 2 cake. Bagi yang menggukan satu pan, boleh la potong cake horizontally untuk dapatkan 2 layer cake. ML buat dua adunan, so ML ade 4 layer cake.
  2. Sapukan cream cheese frosting dan selang selikan dengan cake.
  3. Sapukan cream cheese frosting tadi di luar permukaan cake dan hiaskan dengan strawberry. ML sejukkan sebentar dalam peti sejuk untuk keraskan frosting. 
  4. Bolehla dihidangkan pada para tetamu =)






SELAMAT MENCUBA 
^_____^




You Might Also Like

0 comments