Resipi: Blueberry Muffin

5:35 PM


Assalammualaikum..

Hari ni ML nak share resipi Blueberry Muffin. Semalam ML try buat blueberry muffin ni untuk birthday Izzni and untuk jamu rakan-rakan usrah juga. Sedappp sangat. Resipi asal from my favorite chef, Laura Vitale, boleh klik SINI.So, jom tengok bahan-bahan dan cara-cara untuk buat this beautiful muffin :



Bahan-bahan:

-6 tbsp butter (yang di biarkan pada room temperature)
-3/4 cawan gula di kisar halus
-2 biji telur
-1/2 cawan sour cream (ML gunakan "smetana" dengan kepekatan 20%)
-1 teaspoon vanilla extract
-1/2 teaspoon parutan kulit lemon (resipi asal: kulit oren)
-1 1/2 cawan tepung gandum* (resipi asal: 1 1/4 cawan tepung naik sendiri)
- 1 teaspoon baking powder*
-1/3 teaspoon garam*
-3/4 teaspoon soda bikarbonat*
-1 cawan fresh blueberries



Cara-cara:

  1. Panaskan oven pada suhu 175 C terlebih dahulu.
  2. Satukan tepung dan bahan-bahan bertanda (*) , gaul rata dan ketepikan. (kalau korang ade tepung naik sendiri, boleh gunakan 1 1/4 cawan tepung naik sendiri).
  3. Ambil satu tablespoon tepung tadi dan gaulkan pada buah blueberries. Ini untuk memastikan buah blueberries tu nanti akan terapung atas muffin dan tidak terlalu mendap ke bawah.
  4. Dalam mix bowl, masukkan butter dan gula, putar dengan mixer pada kelajuan sederhana.
  5. Kemudian, masukkan telur satu persatu, vanilla extract, sour cream, parutan lemon atau oren dan putar sehingga mixture menjadi sebati dan creamy.
  6. Kemudian masukkan tepung dan putar lagi dengan mixer sehingga sebati. (ATTENTION: Jangan putar terlalu lama, agak-agak dah sebati tepung dengan campuran tadi, stop mixing. Don't overmix! Kalau tak nanti muffin tak fluffy)
  7. Kemudian masukkan buah blueberries, kacau dengan spatula. Make sure jangan pecahkan blueberries tu.
  8. Kemudian masukkan ke dalam paper cup sebanyak 2/3 penuh. Bakar pada suhu 175 C, selama 20-25 minit. Check dah masak ke belum dengan cucuk kan garpu, if xde mixture yang melekat means muffin dah masak. If ada, teruskan bakar sehingga masak mengikut oven masing-masing )




Nyum-nyum.Look at the texture, so fluffy with a beautiful sour flavor from the blueberries and the sour cream plus the aroma of the lemon zest~ So yummy!




Selamat Mencuba =)

You Might Also Like

0 comments