Recipe: Roasted chicken in milk with potatoes

2:00 PM

Assalammualaikum..


Hari ni nak share recipe Ayam Bakar Susu. ML masak ayam ni beberapa hari lepas, tapi sebab busy ngat, tak sempat nak type resipi. Actually, hajat di hati nak try resipi Jamie Oliver. Tapi ni dah kire derhaka tahap jin, sebab resipi Jamie Oliver tuh leceh bebeno. Ade certain daun tak jumpe pulak dekat pasar depan ni. So, ML pun main hentam kromo jek la. Tapi sedap jek. Hik hik..


Bahan-bahan:
  1.  Satu ekor ayam
  2. 2-3 sudu besar biji lada hitam *
  3. 10 biji bawang putih*
  4. 1 sudu serbuk pati ayam*
  5. 2 sudu garam* (garam russia yang ML gune tak masin, so gunekan garam secukup rase ye)
  6. sedikit lada putih*
  7. 2 biji lemon, di parut kulitnye (bahagi kepada dua bahagian)
  8. air perahan lemon (1 biji)
  9. susu-1 mangkuk
  10. 2 sudu butter
  11. 2 biji kentang
  12. daun ketumbar-hiasan (optional)
Cara-cara:

  1. Basuh ayam bersih-bersih, kalau nak potong ayam tu, potong la. Kalau tak nak, boleh buat sekor-sekor macam ML buat.
  2. Blend bahan-bahan yang bertanda (*) + 1 bahagian parutan kulit limau + air perahan lemon+sedikit air.
  3. Lumurkan bahan yang di blend tadi pada ayam(Tinggalkan sedikit paste marinate tadi). If buat ayam sekor tergolek macam ML neyh, make sure sapukan sampai ke dalam badan ayam tu jugak ye.
  4. Baki paste marinate tadi, campurkan dengan susu dan 1 bahagian parutan kulit limau lagi dan sedikit garam.Siramkan ke atas ayam dan marinate ayam selama 2 jam atau lebih. ML nak makan cepat, so 2 jam dah cukup ler.
  5. Sementara tunggu marinate, kupas kentang, potong, dan taburkan sedikit garam dan serbuk kunyit. Goreng hingga kuning. 
  6. Ambil butter, potong-potongkan butter di atas badan ayam, dan bakar pada suhu 190 C selama 30minit.
  7. Selepas 30 minit, keluarkan ayam dari susu tadi, dan continue bakar ayam lagi selama 1 jam. Bila dah masak, boleh la di hidangkan bersama kentang yang dah siap di goreng tadi dengan daun ketumbar untuk penaik seri. Cewahhh~ kalau nak lagi wangi, perahkan sedikit lemon/ limau nipis atas ayam tu.




fuhlamak...dah macam kereta BMW dah.kekeke..



Selamat mencuba.

P/S: kalau nak try resipi asal yang betul betul-klik SINI


You Might Also Like

0 comments