Recipe: Barbecued Thai Chicken Legs

10:00 AM


Assalammualaikum...




Ehhemm..mesti ramai yang klik entry ni sebab nampak ayam kan? Hehe.. Ok, hari ni ML nak kongsi resipi special, tapi bukan ML yang masak ye. Rumah ML ade 9 anak dara ok~ ML jadi photographer je. Hihi. Barbecued Thai Chicken Legs ini dimasak oleh Chef Dr. Anna. Nampak sedap kan? Resipi asal boleh click di SINI

So, jom tengok bahan-bahannya!



Bahan-bahan:

-3 chicken legs
-daun ketumbar (beserta batangnya)
-2 batang serai*
-2 biji limau nipis di ambil air perahannya*
-Sedikit kulit limau nipis di parut*
-1 biji cili hijau di buang biji*
-2 sudu makan sun flower oil*
-Halia sebesar ibu jari *
-3 biji bawang putih*
-Garam scukup rasa*
-Secubit gula*
-Nenas & Tomato untuk hiasan

(Bahan bertanda * perlu di kisar)


 

Cara-cara:

1) Basuh ayam bersih-bersih, kelar kaki ayam tersebut. 
2) Cabut daun ketumbar dan ketepikan. Batang daun ketumbar jangan di buang.
3) Kisarkan batang daun ketumbar bersama dengan bahan yang bertanda *
4)Sapukan pada ayam dan perapkan dalam loyang pembakar. Hiaskan dengan nenas dan tomato.
5)Bakar ayam dalam loyang pembakar selama 30minit dahulu pada suhu 175 C..Kemudian terbalikkan dan bakar lagi 30minit. 
6)Then, keluarkan ayam dari loyang and continue bakar di atas steel grill pula selama beberapa minit sehingga garing pada suhu 200 C.
7)Keluarkan, tuangkan kuah di dalam loyang pembakar tadi ke atas ayam dan taburkan daun ketumbar di atasnya. Kemudian boleh lah di hidangkan.=)



Sedap tauuuu...Lagi sedap bile Anna yang suapkan. Hihi..
^_____^



Selamat mencuba =)


You Might Also Like

0 comments

I read:

Makeup geek