Review : Body Shop Moisture White Shiso Collection
11:00 AMAssalammualaikum..
Hari ni ML nak buat review product Body Shop Moisture White. I've been using this product for about 5 months. Starting from August till December 2010.
Sebelum ML cerita panjang, ML nak cerita dulu tentang sedikit history tentang product ini. Asal produk or idea white Shiso ini datangnya dari negara Jepun. Untuk pengetahuan korang, orang Jepun dan Korea sangat mementingkan penggunaan agen pemutih dalam routine harian mereka walaupun mereka sudah di lahirkan berkulit putih.
Penggunaan whitening product adalah penting terutama bagi ibu yang mengandung kerana pada waktu ini, pigmentation adalah sangat kerap terjadi. Cuaca di Asia yang panas juga mempengaruhi kadar pigmentasi kulit kita. Jadi,adalah penting untuk wanita-wanita di Malaysia menggunakan produk yang mempunyai agen pemutih. Tapi ingat,kita kena bijak dalam memilih whitening product. Sesetangah produk lebih menggalakkan pengelupasan berbanding cuba memutih dari dalam. Tapi berbeza dengan White Moisture Shiso ni. Dah macam salesgirl ML ni.Hehe..
Asal perkataan Shiso adalah dari jepun iaitu Japanese Basil yang digunakan dalam kebanyakkan produk pemutih di Jepun. So,kandungan dari skin care line White Moisture ini mengandungi ekstrak Japanese Basil, Vitamin C, Aloe vera dan Liquorice.Yang mana kesemua agen-agen ini bertindak untuk mengurangkan pigmentation di wajah kita especially orang Asia. Produk ni lebih bertindak memutih dari dalam dan tidak mengelupaskan kulit. Ianya sesuai untuk semua jenis kulit.=)
Hari ni ML akan review 3 produk yang ML gunakan iaitu:
1) Moisture White Foaming Facial Wash-RM78.00
2)Moisture White Shiso Whitening Serum -RM 109.00
3) Moisture White Shiso- Whitening Moisture milk (moisturizer)-RM95.00
Bunyi memang macam mahal gile. Tapi time ML beli hari tu,time sale.So,banyak gile discount. Plus,ML just perlu guna dalam kuantiti sedikit je and setiap barangan ni tahan selama 5 bulan. Lama kan?
Moisture White Foaming facial Wash 150ml
Moisture White Foaming Facial wash ni didatangkan dalam botol yang ade pump. Jadi ianya sangat hygenic. ML nak nasihatkan, kalau boleh cuba elak gunakan pencuci muka yang berbentuk sabun buku kerana ianya kurang bersih.
Untuk pencuci muka, Moisture White ada 2 jenis pencuci muka. Satu dalam bentuk foamy (seperti yang ML guna) dan satu lagi dalam bentuk powder (bedak). Pencuci muka ini bagus sebab ianya tidak mengeringkan kulit dan membantu dalam mencerahkan kulit. Kira dapat 2 in 1 la. ML banyak cuba pencuci muka, tapi yang ni memang tidak mengeringkan kulit muka. Rase moist je kulit =)
Moisture White Shiso Whitening Serum 30ml
Moisture White Whitening Moisture Milk 50ml
Kandungan:
Shiso extract - reduces early melanin-making signals even before the hyperpigmentation process and melanin production cycle starts - helping prevent uneven skin tone, brown spots and freckles.
Vitamin C - provides anti-oxidant protection helping to reduce the production of melanin.
Organic Aloe - renowned for its incredible soothing, hydrating and moisturising properties
Apa kegunaan serum?
Serum ni adalah pati yang dapat menggalakkan lagi pemutihan kulit, mengurangkan pigmentation dan scar/parut pada wajah. Manakala moisturizer ini lebih kepada melembutkan / memoistkan kulit muka disamping membantu dalam memutihkan kulit wajah. Penggunaan serum adalah optional sebenarnye. Kedua-dua produk ni sesuai digunakan untuk semua jenis kulit.
Alhamdulillah,selepas menggunakan produk ni, kulit muka ML makin ok. Kalau sapa pernah baca entry yang lepas-lepas, ML ada cerita yang selepas ML bertunang, ML ade gatal pergi spa untuk rawatan muka. Last-last muka jadi bertambah horror. Breaks out (jerawat) sana sini. Huh! Memang horror. Tapi selepas,beberapa hari gunakan produk ni, ML dapat lihat hasilnya dan encik tunang pun puji tau. Kalau tak before tu,die geleng-geleng kepale je tengok muke tunang die ni. Tapi die dok puji la gak kate takpe, ade jerawat pun saye sayang. Eceh~nak sedapkan hati lah tu. Kekeke~
So,kalau korang masih tercari-cari produk pemutihan yang sesuai, atau masih pening dengan masalah pigmentation,freckles dan scar, ML suggest kan produk ni. ML dah guna banyak skin care. Ini antara yang terbaik.
Jenguklah body shop nye outlet yang berdekatan dan pergila bersembang dengan sales girl Body Shop tu. Mereka sangat peramah dan membantu. Biar dorang analyse dulu kulit wajah korang type macam mana. Kemudian, baru mintak suggest produk yang sesuai.
P/S: Yang sedihnye ialah, White Shiso Moisture ni tak ada dijual di Body Shop Russia. Hanya di Asia. So,ML pun dah bertukar ke pencuci muka lain. Tapi dekat sini winter,so kulit tengah putih gebu.Kekeke..Nanti balik Malaysia hitam balek. ML neyh suke main panas. Huhu. Kalau dah belacan, belacan juge..Mane nak jadi kejunya. Ye tak?hehe..Ok,gurau je =P
ML harap review ni membantu korang and ML nak tahu, ape pencuci muka yang korang palingggg suke setakat ni?
Tata =)
0 comments