"Cinnabon" cinnamon roll

12:11 AM

Salam semua..

Apa khabar? Hari ni ML nak ajar korang cara-cara membuat cinnamon roll. Kelmarin ML dapat cuti sebab doctor kami pergi conference,so ML dan Yana decide untuk buat cinnamon roll sebagai hadiah kepada regular customer gerai kami iaitu gerai DOnnA. Ada 5 orang pelanggan bertuah yang terpilih mengikut bilangan roti terbanyak yang mereka pernah beli antaranya ialah Ili,Murni, Thomson & Cheryl the couple, Komalan dan Hazwan. Dorang ni kalau beli roti ML bukan sikit-sikit,sorang-sorang order sampai 3-5 roti. jadi,sebagai tanda penghargaan dan sempena penutupan gerai Donna untuk sem ni, ML dan Yana pun bagi la roti cinnamon roll free dekat dorang. Ramai yang kecewa sebab ingat ML jual roti ni.Hehehe..



ML pernah buat 2 kali roti cinnamon roll ni. So,ML boleh kongsi la sikit-sikit tips-tips pasal cinnamon roll ni.

Sebelum tu, mari kita tengok bahan-bahannya terlebih dahulu..

Bahan untuk doh (10-12 cinnamon roll)


-Setengah kilo tepung roti (Lebih sedap jika di tambah sedikit tepung gandum)
-Satu senduk gula
-2 peket yeast
-secubit garam
-2 sudu besar butter
-2 sudu besar susu tepung
-1/4 camca bread softener
-2 biji telur
-semangkuk air biase
-putih telur (1 biji telur)

Bahan untuk tabur:

-2 sudu besar mentega di cairkan
-Serbuk kulit kayu manis
-Serbuk koko (optional)
-Coklat cloud nine di potong-potong (optional)
-Kismis (optional)

Hiasan:
-Agar-agar kering (sebagai hiasan-juga optional) atau buah cherry
-Coklat syrup/ caramel



Cara-caranya:

Doh

-Masukkan gula dalam mangkuk
-Masukkan air bersuhu biasa (TIPS: satu mangkuk air,kalau air terlebih,doh nampak lembik jangan takut,tambahkan je tepung)
-Masukkan 2 peket yeast kedalamnya,dan tunggu dalam 10-20 minit sehingga yeast mengembang

-Bila yeast da kembang, masukkan dalam bekas untuk menguli
-Masukkan tepung, telur, butter, susu tepung, bread softener dan secubit garam.
-Uli sehingga menjadi doh yang cantik
-Bila doh da siap, asingkan ke tepi dan tunggu selama 45 minit sehingga doh kembang.(TIPS: tutup bekas yang berisi doh tadi dengan penutup atau tuala untuk memastikan doh sentiasa moist)



-Selepas 45 minit, keluarkan doh.
-Taburkan tepung atas permukaan papan (tempat yang doh bakal di leperkan sekejap lagi). Tabur sebanyak mungkin. Kerana doh bakal melekat-lekat.
- Tumbuk doh untuk keluarkan angin (TIPS: ini dapat mengelakkan roti anda berongga-rongga bila masak nanti)
-Gelek doh dengan menggunakan penggelek menjadi bentuk segi empat sama yang besar.


Bila korang gelek ni,make sure jangan terlalu tebal,dan jangan terlalu nipis.

-Bila dah siap gelek, sapukan mentega yang telah di cairkan tadi dengan menggunakan berus.Sapu serata yang boleh sehingga ke bahagian tepi ye =)


-Kemudian taburkan rata gula perang, serbuk koko dan serbuk kulit kayu manis

-Be creative with your roll!You can choose either small pieces of cloud nine, raisin or maybe just a plain cinnamon roll! 


Cinnamon roll with raisin


Cinnamon roll with cloud nine!

Kalau tak de cloud nine,boleh la ganti dengan coklat biasa yang di potong-potong.=)

-Lepas tu gulungkan doh segiempat sama tadi perlahan-lahan.


-Kemudian potong perlahan mengikut kebesaran yang korang suka. ML anggarkan dulu berapa bilangan cinnamon roll yang ML nak, kemudian baru potong.


Inilah rupa cinnamon roll tu.

-Kemudian boleh la di hiaskan dengan agar-agar kering/ cherry mengikut creativity..
-Panaskan oven terlebih dahulu selama 5-10 minit
-Sapukan marjerin pada dulang pembakar


Cinnamon roll dihias dengan agar-agar kering yang manis

-Susun roti dalam jarak 4-5 cm..Kalau korang ade mangkuk kertas,cinnamon roll akan nampak lebih kemas.=)...Kalau tak nanti, dia akan mengembang dan roll nya akan terbukak bila dibakar.

-Bakar pada suhu 175 darjah selama 20-25 minit



Sebab kitorg takde mangkuk kertas,so,kitorang susun je rapat-rapat macam ni,sebab nak bakar sekaligus.Hahaha..So, jangan tiru aksi ni di rumah! =D

-Bila dah siap bakar, boleh la di sira dengan chocolate syrup or caramel mengikut selera. ML tak ada coklat extra, so ML tak sira ngan apa-apa.Hehehe..


Yummy cinnamon roll !!

Selamat mencuba =)


P/S: Seperti biasa,ML dan Yana dapat ilham cinnamon roll ni dari idola kami CIk Mat Gebu!.
Tapi roti kami taklah segebu roti CMG sebab kami just gune ape yg ade je =)
Terima kasih CMG ^__^

You Might Also Like

0 comments