Bila doktor mewarna...

5:27 PM



Salam semua..

Hari Ahad ni, Biro kebudayaan SMSA akan menganjurkan majlis malam apresiasi di Hotel Universitet,Moscow. Kawan-kawan ML ada mengambil bahagian dalam drama musical.ML kagum la tengok dorang ni berlatih. Memang gigih betul berlatih. Walaupun ade beberapa incident dengan ketua biro kebudayaan yang bagi bg arahan tak clear and memeningkan kepale otak dorang,tapi dorang teruskan jugak drama. Salute la babe~Kalau ML, tak kuase aku nak susahkan kepale otak.Kekeke..(OK,off cerita yang tak best)

Kawan-kawan ML akan mempersembahkan drama musical bertajuk Abu Nawas. ML baru tengok dorang buat full rehearsal tadi. Lucu pun ada. Tapi kalau boring-boring,tak best pulak kan? 

OK,balik kepada tajuk entry ni..ML diminta untuk jadi ketua props (banner/lukisan pentas),tapi ML sangatla sebuk kan (ecece..busy woman la katakan ^_^) ..So,ML just boleh tolong lukis & warna je. ML tak larat nak gi carik2 bahan props sume, roti-roti jualan ML lagi penting woooo~He he he..Mula-mula Izni nak mintak ML lukis banyak props.Tapi disebabkan barang-barang mewarna yang terhad, last-last ade 3 props je yang perlu ML lukis.Fuhhh...Lega~ =P

So,jom tengok hasil tangan cik ML korang nih..muehehe~JANGAN GELAK!!COMEL TAWW !







Yang berdiri megah ni adalah Istana Sultan Judin.Hehe..Nama kawan ML yang jadi sultan tu Hafizuddin a.k.a Judin. Istana ni adalah gabungan dari children's castle di Indonesia + Putrajaya Malaysia and St. Basils Moscow. Actually ML main hentam je lukis. Kui KUi Kui..



Ini pula adalah Baghdad city yang di ilhamkan oleh Izni. ML tolong lukis balik jek. cute kan?=)




Ni pulak adalah rumah Tok Kadi ( Ku Ammar).
Rumah ni design on the spot. Tiba-tiba Izni datang hantar kotak-kotak yang dah siap potong and dilekatkan. Lepas tu mintak ML lukis.huhuhu..blur la jugak mula-mula.So,ML pun main lukis je la. Sebab bala tentera yang nak mewarna dah tak sabar-sabar nak warna.Bantai la labu~

ML sangat bersyukur sebab ada kawan-kawan yang sangat helpful!! Memang bersungguh-sungguh dorang tolong mewarna. Sume demi nak tolong kawan-kawan yang berlakon tu.Superb la!! Semangat Assabiyyah betul! Tak sampai berapa jam je dorang ni mewarna.  Kalau dorang ni sume takde,matila ML nak warna sorang-sorang.Hihihihi..

So, ML nak ucapkan terima kasih pada Izni,Balqis,Mekti, Hatim, Anna,Atiqah ,Yani, Wani Adnan, Wani wawa, Murni dan Ili. Memang meriah gila sesi mewarna dengan korang. I'm going to miss this moment....=)

ML doakan malam Apresiasi tu bakal berjalan dengan lancar, tak ade yang lupa skrip and smooth seperti yang di rancang.

Tata =)

P/S: Ade yang bagi cadangan suruh guna props ni buat background pelamin.kikiki ^__^








You Might Also Like

0 comments