Banana milk shake~

11:00 AM

Assalammualaikum..

Hari ni ML nak kongsi resipi banana milk shake yang super sedap!
Nyam-nyam~



Fresh banana shake~


Fluffy!



Bahan-bahan:

-2 biji pisang
-secubit garam
-5 sudu gula
-satu mangkuk ais (kalau suke banyak,letak la banyak)
-0.8ml -1 litre susu segar yang berkepekatan tinggi (cream) @ susu segar + aiskrim vanilla.
-ais krim (optional)
-milo (optional)

Cara-cara:

-Ambil 2 biji pisang,masukkan kedalam mangkuk. Lenyek-lenyek kan sedikit dan tabur secubit garam.


-Kemudian, masukkan pisang tadi ke dalam blender.


-Masukkan juga 5 sudu gula (kalau nak manis,tambah la lagi) + cream milk. (Dalam ni ML gunakan banana karamel milk dengan kepekatan 2%). ML masukkan lebih kurang 0.8ml, kalau korang nak lebih tambah je susu tu,and adjust gula nya.


-Kalau ada aiskrim,masukkan dalam 2-3 scoop. (ML xde aiskrim, plus ML da gune susu yang kepekatannya agak tinggi).


-Masukkan ais sedikit, blend. Kemudian, masukkan lagi ais sedikit demi sedikit. (takut blender rosak nanti)


-Bila dah siap,boleh la di tuang di dalam cawan dan minum beramai-ramai~


-Kalau ada milo tu,masukkan sedikit milo dalam penapis teh,dan taburkan perlahan-lahan di atas milk shake.


-Kalau guna 0.8ml,boleh dapat dalam 4 gelas. =)

(Perhatian: kalau korang just ada satu blender je,and blender tu jugakla yang gi blend segala cili & serai sume,make sure korang rendam dahulu blender tu dengan air sabun selama 10 minit.Kemudian basuh, and barula buat milk shake.Nanti milk shake rasa rendang pulak =P)

Let's shake shake shake ^__^~

-Selamat mencuba-


You Might Also Like

0 comments

I read:

Makeup geek