Sotong Bakar Sumbat Bersambal

4:11 AM


Salam all..

Hari ni ML saja je nak menguji keimanan korang semua dengan sotong bakar sumbat bersambal..Nyum2...Memang gemuk2 sotong ni.Tengok je dah terliur kan?
Seronok di makan dengan kawan-kawan ataupun di parti BBQ ke..mmg sesuai sangat la =)

Jom tengok bahan-bahan

Bahan-bahan kisar:

6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 batang serai
segenggam cili kering (ikut suka nak banyak mana)
1/2 sudu teh ketumbar
1/2 sudu teh jintan manis
sedikit minyak
garam, ajinomoto /perasa ayam & gula secukup rasa

Bahan-bahan untuk inti sumbat:
Telur rebus (depends on bilangan dan besar sotong)
1-2 bawang besar
3 ulas bawang putih
cili kering
asam jawa
garam,ajinomoto dan gula secukup rasa
(macam nak buat sambal)

Cara-cara:

Bersihkan sotong.Jangan di potong.Biarkan sekor-sekor.
Sambil-sambil tu,kite kene buat ini sumbat dulu.Kisar bawang besar,cili kering dan bawang putih.Kemudian tumiskan..bile dah naik minyak masukkan air asam jawa,garam,ajinomoto dan gula secukup rasa.(Ala..ni macam buat sambal biasa je..).Lepas tu lenyek-lenyek kan telur rebus dengan garam dan gaulkan dengan sambal tadi...

Masukkan telur sambal tadi di dalam perut sotong.Kemudian pin kan ujung bahagian sotong tadi dengan lidi pencungkil gigi.Kemudian perapkan sotong tadi dengan bahan-bahan perap selama 15minit -1 jam (ML suka perap lama-lama sikit).

Kemudian,letakkan sotong dalam aluminium foil dan bolehlah di bakar selama 20-30minit pada suhu 175 C sehingga masak.





Selamat mencuba.
=)

P/s: Kalau ada sos BBQ,sos lada hitam, sos cili maggi dan madu.Boleh ditambah kedalam adunan perap.Memang lagi kaw-kaw lah! ^__^

You Might Also Like

0 comments

I read:

Makeup geek