Roti boy @ Mexican bun

7:58 PM

Salam darling-darling ku sekelian...

hehe..hari ni ML tak jual roti sosej.Tapi ML dengan cik yana jual roti boy pulak.Untuk permulaan kami just buat 1 portion jek (untuk 16 biji).Alhamdulillah..sambutan amat menggalakkan..Almaklumla..kat sini mane ade kedai roti boy macam dekat klcc tu kan..Yang ade pun,kedai roti bulachnaya,tapi roti-roti die lain sikit.Hehehe..so,bile ML buat roti boy,berebut-rebut kawan-kawan ML nak beli.=)

Jom tengok gambar roti boy ML,comel-comel dan gebu-gebu belaka =)






Terliur tak??
Hehe..

Resipi akan di update nanti ye darling!
ML nak pergi buat puding roti kejap sebab esok nak jamu kawan-kawan dekat kelas.Esok kitorang raya haji!Tapi xdapat cuti.sob..sob..so sambut dekat kelas je la jawabnye dengan patient-patient TB..=)

....................................................................................................

Ok,ML nak buat update resipi roti boy. Nasib cik yong (alinac) ingatkan ML.ML pun dah terlupa pasal resipi roti boy tak letak lagi.

ML dapat resipi ni dari myresipi tak silap ML.ML da lupa yang mane satu tuannye.Nanti kalau ML jumpa link,akan ML link kan ke entry ni.Tapi ML ada ubah2 sikit.Ikut selera ML.Huhu..kira resipi derhaka la ni =)
Update resipi roti boy:

Bahan-Bahan (16biji roti)

Bahan untuk inti:

100g mentega dilembutkan
1/4 sudu teh esen vanilla
35gram gula perang

Bahan Topping :

100g mentega di lembutkan
80g gula icing diayak
2 biji telur dipukul sedikit
3 sudu makanan nescafe + 2-3 sudu makanan milo atau serbuk koko
2 sudu besar air
Secubit kulit kayu manis (optional)
100 gram tepung serbaguna (ML guna tepung gandum je)

Bahan doh manis:
500gram tepung roti di ayak ( Standby sedikit tepung gandum untuk di tambah waktu menguli)
20 gram tepung susu di ayak
75gram gula kastor or gula icing 
1 sudu teh garam
satu peket yis
1 biji telur di pukul sedikit
270 ml air
60 gram mentega di lembutkan
Cara-cara membuat:

Inti:
Pukul mentega lebih kurang 2-3 minit. Masukkan essen vanilla, gula perang hingga sebati. Tak perlu terlalu hancur,agak2 da gaul rata antara gula dan butter tu da ok da. Masukkan adunan dalam mangkuk kecik dan sejukkan dalam peti sejuk. ML selalu masukkan dekat tempat sejuk beku tu dalam 10-15 minit. Nanti adunan ni macam agak keras dan beku.So senang nak bentukkan menjadi bulat.Lepas tu keluarkan dan bulat2 adunan tadi kepada 16 bahagian.

Lebih kurang macam ni la bola tu.
Topping

Pukul mentega & gula icing lebih kurang 5 minit sehingga adunan menjadi gebu.Masukkan telur sedikit demi sedikit.Masukkan nescafe,milo @ serbuk koko, air & tepung.Kemudian putar pada kelajuan perlahan sehingga semua aduanan sebati. Topping akan jadi agak pekat. Ianya penting,sebab dalam roti boy topping ni la yang bagi rasa dan aroma roti boy tu. Korang perlu rasa topping ni,kalau korang suke pahit,tambahkan milo or nescafe, kalau korang suke manis tambahkan sedikit gula. Bila da sebati adunan tadi,masukkan dalam piping bag dan simpan dalam peti ais sampai la time korang nak guna nanti,baru keluarkan.


Doh manis 
Masukkan 270 ml biasa & gula kastor.Kemudian masukkan yis.Biarkan sekejap dalam 10-20minit.Tunggu sampai yis naik berbuih-buih.

Masukkan tepung roti, yis tadi, garam,tepung susu, telur & butter. Uli dan uli dan uli.Time ni kalau korang rasa doh agak melekit,campurkan  tepung gandum. ML dah buat experiment, kalau buat roti ni guna tepung roti semata, roti tu bila makan die macam melekat-lekat dekat gigi. Tapi kalau tambah sedikit tepung gandum, bile roti tu masak, die sangat best utk dimakan dan xmelekat-lekat. Korang kene keep on uli sampaila doh cantik. Lepas da habis uli, bulat-bulatkan kepada 16 bahagian dan simpan dalam bekas.Tutup bekas tersebut dan bairkan dalam 10 minit.



Lepas 10 minit, leperkan adunan doh roti tu tadi, dan masukkan inti, tutup dan kemaskan betul-betul supaya intinya tak terkeluar bila bakar. Bentukkan bulat-bulat &letakkan atas loyang pembakar yang telah disapukan mentega. Letakkan roti pada jarak jauh2 sikit dlm 7cm,sebab roti akan mengembang dalam oven nanti. Ketepikan untuk di perap selama 45minit.



Selepas 45 minit, pipe kan topping di atas roti dalam bentuk spiral bermula dari tengah.



Panaskan oven terlebih dahulu lebih kurang 10 minit. Lepas tu, baru masukkan roti ni untuk dibakar. bakar pada suhu 170 C selama 15-20minit. 


P/S: 

Kadang-kadang bile oven dah terlalu panas sebab banyak kali bakar, roti bakal jadi overbaked!  

Ade possibility untuk roti pecah di bawah or pecah di bahagian atas (time bakar) depends on kekemasan time kite tutup adunan dan inti tadi. 

So,be careful! =)


Selamat mencuba =)






You Might Also Like

0 comments

I read:

Makeup geek