Hari ni sis nak cerita pengalaman sis berhenti kerja sebagai doktor kerajaan. Tujuan sis menulis ni bukanlah untuk menghasut dan sebagainya. Hanyalah sekadar perkongsian pengalaman sis yang tak seberapa.
Sebelum kita melakukan sesuatu, sis nak ingatkan, tanya dulu diri kita apa yang kita minat dan apa yang kita mampu buat? Jangan ikut kata orang lain. Bekerja sebagai doktor kerajaan banyak hikmahnya. Banyak sangat yang sis belajar dari segi pekerjaan, dari segi menjaga hubungan sesama pekerja dan menjaga hubungan doktor dan pesakit. Walaupun sis masih setahun jagung, tapi pengalaman ini semua banyak membantu diri sis sekarang.
Usai tamat housemanship (ups and down nye Allah je yang tahu,sipi2 je lagi nak sewel. kekeke..nasib back on track. keke). Ok gurau je. Tamat je housemanship, sis terus ke negeri lain. Ye sis dapat negeri lain. Sama je macam anda2 semua yang tercampak jauh nun di tempat orang. Pergi! Jangan tak pergi. Percaturan Allah sentiasa yang terbaik. Itu tekad sis waktu tu. Sebab rayuan sis hilang kelaut andaman. Sabar sahaja lah. So sis redha and sis bungkus barang. Sis sempat hantar blue berry cheesecake dekat department sis yang terakhir. Sobbsss..tak sedih..serabut jiwa waktu tu..
- 1:37 AM
- 37 Comments