Roti poket ala Mat Gebu

11:06 AM

Assalammualaikum semua.

Hari ni ML nak share resipi roti poket Ala Mat Gebu. Resipi asal boleh di rujuk di SINI. ML buat roti poket ni dah lama, before ML fly ke UK lagi. Tapi tak sempat nak letak dekat blog. Roti ni sangat sedap, rasanya ala-ala kebab sikit. Sedap sangat kalau di makan time petang-petang dengan family. ML dekat sini makan dengan kawan-kawan je la. Family jauh di mata. Hehe..


Resipi (4 orang)


-Lapan keping roti
-Sebiji telur
-Serbuk roti, pilih yang warna oren. 

Resipi Inti:


-Inti ni boleh di pelbagaikan mengikut cita rasa. Cik mat Gebu gunakan inti daging burger, ML tak dapat nak cari daging burger yang halal. Jadi ML just gunakan isi ayam dan dimasak seperti inti karipap (tanpa kentang).


-Satu dada ayam dipotong kecil-kecil
-Seulas bawang merah + 3 ulas bawang putih
-Satu inci halia
-Dua sudu serbuk kari ayam dan satu sudu serbuk cili (bancuh dengan sedikit air)
-Sedikit air asam jawa
-Garam dan serbuk perasa secukup rasa.

Bahan lain untuk garnishing:-(ikut kreativiti)
-Cheese parut 
-Sos cili/tomato
-Mayonnaise
-Timun
-Tomato

Cara memasak:




Panaskan minyak di dalam kuali. Tumiskan campuran serbuk kari dan serbuk cili.Masukkan sedikit air asam jawa. Masak sehingga naik minyak. Masukkan isi ayam yang dipotong kecil tadi. Kacau sehingga masak dan kering. Kemudian masukkan garam dan serbuk perasa secukup rasa.




Mula-mula,ambil dua keping roti. Lekatkan kedua-dua keping roti tu dan tekan-tekan permukaan roti menjadi leper. Kemudian, celupkan ke dalam telur yang sudah siap di pukul dan salutkan roti tadi dengan serbuk roti.



Panaskan minyak dan gorengkan roti tadi. Hati-hati ye,jangan sampai terhangus.



Lepas dah garing, Potong kan kepada dua bahagian.



Kemudian, buka di bahagian tengah. Taraaa~ Macam poket kan?
Korang kene slow-slow ye,jangan lasak-lasak, sebab roti ni sangat senang koyak.




Kemudian masukkan inti kari ayam tadi dan bahan-bahan garnishing lain mengikut cita rasa.
ML masukkan mozarella cheese yang diparut.



Nyum-nyum..Kenyang makan satu hari tau!
Bile nak makan,boleh la panaskan sekejap dalam oven atau dalam microwave untuk cairkan cheese.
Kalau malas, NGAP je terus okies =)







Selamat mencuba.
Kredit to tok guru Cik Mat Gebu =)



You Might Also Like

0 comments

I read:

Makeup geek