London,UK-day 1

9:05 AM

Assalammualaikum semua..

Hye korang semua. Apa khabar? Sorry kalau ML buat korang tertunggu-tunggu. ML busy la after balik dari london. Bukan busy ape, busy sambung shopping di Moscow. Sekarang tengah end sale, so memang best sangat shopping. Kalau korang nak tengok hadiah birthday ML dari encik tunang, tunggu next update okies!

So,hari ni ML nak kongsi tentang percutian ML di UK. Percutian kali ini memakan masa hanya 11 hari. Destinasi ML kali ni bukan hanya di London city, tapi ML juga pergi melawat Bath, Stonehenge, Windsor Catsle, Brighton, Cardiff, dan Edinburgh. ML baru je selesai meng-edit gambar. Itu pon hanya gambar hari 1st di London because ML nak kongsi pengalaman hari 1st di London dulu. Kalau korang nak tengok ML jenguk Royal Albert Hall tempat dimana Dato' Siti julung kalinye membuat konsert di London, teruskan membaca sampai akhir entry ni ok? =)


I LOVE LONDON



ML tiba di Heathrow London, after transit beberapa jam di Düsseldorf, Germany. Setibanya di airport Heathrow, kami teruskan perjalanan ke Brighton menaiki bas national express untuk melawat adik kawan ML di sana. Selepas 2 hari di sana, kami pulang ke London. Di sinilah perjalanan menjelajah London bermula. 

ML suke London. I wish i could study there. Kenape la ML gi Russia~Hahaha..Ok,tak bersyukur plak dah~ Ish Ish Ish..ML suke kan budaya mereka. Orang-orang London sangat peramah. Sentiasa bersifat terbuka dan sedia untuk menolong orang. Dorang sangat baik. Pantang ML stop pegang map, semua orang baik yang ada di  seberang jalan akan jerit "May I help you?". Berbeza dengan orang-orang di Russia. I love their accent! So sexy! Yumm Yumm..Beza dari accent US. And setiap wilayah di UK, accent mereka berbeza-beza. 



ORANG MALAYSIA DI LONDON

Tapi yang tak best nya adalah orang Malaysia di London. Mereka seolah-olah berlagak. ML pandang n senyum, balas sikit pun tidak. Buat bodoh je. Wahai rakyat-rakyat Malaysia di sana, sedarlah, asal kita dari Malaysia ye..Even kalau ML sembang dengan dorang pun,dapat rase dorang cam bangga sangat dok London tu. Hek elen....Menyampah i...tapi tak semua, hanya segilintir yang poyo. Maybe sebab ramai sangat Malaysian, tu yang jadi macam tu. Abaikan.



BAYSWATER & MALAYSIAN HALL

-Malaysian Hall
-Underground: Bayswater


Sampai je di London, adelah "wajib" untuk sesiapa sahaja membeli oyster card. Oyster card ni macam kad touch N go la kiranya. Korang perlu top up untuk menggunakan perkhidmatan metro/train di London. Harga untuk Oyster card adalah 5 pound. Korang boleh pulangkan semula kad ni di mana-mana kaunter underground bila dah habis bercuti nanti, dan wang 5 pound akan dipulangkan. ML tak pulangkan, coz nak buat kenangan and ML memang nak pergi London lagi insyaAllah. Manela tau, kalau boring-boring nak shopping ke..Hahahaha..

Bayswater adalah station underground terfamous di kalangan pelajar Malaysia baik yang study di UK atau di negara Europe yang lain. Kenapa? Kerana di sini terletaknya Malaysian Hall.


JUMPA ARTIS MALAYSIA DI LONDON

Bergambar depan Malaysian Hall

Bagi sesiapa yang tak tahu apa itu Malaysian Hall. Malaysian Hall ni adalah hostel untuk orang Malaysia. Kalau korang student undergrad, harga nya dalam linkungan 9-10 pound mengikut bilik, tapi bagi ibu bapa, harga nya mahal sedikit. Tapi still puas hati. Thumbs up to Malaysian Hall! Cara booking adalah secara online. Best duduk di Malaysian hall ni sebab ade kantin yang menjual semua makanan Malaysia. ML memang habis duit ke makan je. Hari-hari kerja ML pikir nak makan ape. Macam yang korang tau, ML ni kan kuat makan. ^___^. Comel perut ML di London.

Sampai je di Malaysian, sambil menarik beg yang seberat 15 kilo tu, ML terserempak dengan sekumpulan Malaysian. Hurm..Cun awek sorang ni. ML senyum kat die. Tapi die xbalas. Tekejut kot tengok ML lagi comel. Hahahaha~ (perasan)

Masuk je dekat dalam, time nak check in bilik, tetiba dengar uncle ni kate, "Group Aziz M Osman..Bla..Bla..Bla.."

Oh...artis rupanya....Aziz M osman, wife baru dia and his mother serta beberapa pelakon yang lain datang ke London coz dorang nak buat penggambaran Movie cerita Azura. ML ni tak kenal artis Malaysia yang baru-baru ni. So, ML wat bodo je la. Kawan ML, Diba memang suka tengok cerita Melayu. So,die la yang rajin pergi bersembang dengan artis-artis tu. Bestfriend ML si kaka, menjerit-jerit dalam phone bile ML cerita ML jumpe pelakon drama Asmara.

Korang kenal Neelofa? Awek cun yang ML senyum kat die tu Lofa la. Gedik gile. Seyesly gedik. Tak tumpah macam ape yang kawan-kawan ML satu MRSM ngan die citer. Ish Ish. Jahat mulut ML hari ni.kikiki. Sorry ye Lofa. Korang kene tengok muka wife baru Aziz M. Osman tu bengang dekat si Lofa tu pagi-pagi. Hero movie tu plak, namanya Shazley pelakon drama Asmara. ML siap nampak die kai baju tidur lagi. Gambar? ML tak amek la,coz tak minat. Kalau jumpe dato' Siti ke best jugak,sampai luggage siti pun ML nak amek gamba, Kui Kui Kui..


BUCKINGHAM PALACE & QUEEN VICTORIA MEMORIAL

-Buckingham Palace, Buckingham Palace Garden, Hyde Park Garden, Wellington Arch, Queen Victoria memorial and Hard Rock Cafe London.
-Underground Station: Hyde Park Corner


After sampai je di Malaysian Hall, ML just tinggalkan luggage,coz nak kejar changing guard di Buckingham Palace pukul 11.30 am. Korang kene check online bile time changing guard ni. Coz changing guard ni akan berlansung selang seli di Windsor Castle. ML penat gile time ni, tangan ML bengkak-bengkak coz tayar luggage rosak. Muke comot jek. Senyum pun nak tak nak je..=(


Buckingham Palace: Changing guard

 Buckingham Palace

 Queen Victoria Memorial



Kepala biru =P


WELLINGTON ARCH & HARD ROCK CAFE LONDON
Wellington Arch.




ROYAL ALBERT HALL
Underground station: South Kensington

Sampai di South Kensington station, korang boleh lalu Exhibiton Road pedestrian Tunnel untuk pergi ke Natural History Museum, Science Museum dan Victoria & Albert Museum. Keluar from tunnel, take about 10 minutes walk through exhibiton road akan membawa korang ke Royal Albert Hall dan Albert memorial di Kensigton Garden.


Exhibiton Road pedestrian tunnel



Royal Albert Hall



Albert memorial, Kensington garden

Yang pakai costume crocodile ni nama die Marrianne tak silap ML. Die tengah buat charity work. Ayah die ada mix Malaysian. Die belajar dekat Imperial College London. Tak jauh dari Royal Albert Hall. Comel sangat muke die =D

MUSEUMs

Okies, after royal Albert Hall, kami pergi melawat 3 museum utama di sini iaitu Science museum, National History Museum and Vitoria&Albert Museum. Masuk adalah FREE! So,before pergi, korang kene check betul-betul bile die bukak and tutup. Seronok main dalam museum ni. Ade banyak information yang best. Sesuai untuk semua peringkat umur. Museum die sangat besar. Lama jugak nak jalan. ML lapar gile time ni, so ML memang jalan laju-laju sebab tak sabar nak balik makan. =P


Science Museum



Natural history Museum.



NOODLE OODLE RESTAURANT

Underground: Bayswater station


Noodle oodle restaurant is one of the halal restaurant yang korang boleh makan di London. Omaigod! the peking duck was superb! ML makan berapa minit je dah habis. Licin! Ternganga diba ngan Yana coz dorang pun tak mampu nak habiskan makanan dorang. ML memang monster lah! Pemilik restaurant ni adalah chinese, but she's from Malaysia. Quite pricey but still affordable. =)


TOWER BRIDGE & TOWER OF LONDON
Underground: Tower Hill


Tower of London


Remnant of the London wall







Tower Bridge

Okies, sampai bersambung lagi ye sayang-sayangku..Oh yes, ML ade beli banyakkkkkkkkk gile make up dekat London! Murah gile! Kire ni sebagai birthday gift ML dari housemate ML la..ML kan tak guna lagi voucher rm250 yang dorang bagi tu. So,kalau korang nak tengok make up ape yg ML beli, stay tuned~

 and InsyaAllah masa free yang ada lagi beberapa hari ni, kalau ML rajin, ML akan buat quick make up tutorial k? Natural version! Ala-ala korean gitu! 



So,sampai di sini dulu, kalau korang rase macam dah 
berangan-angan berada di London, leave a comment below and let me know what do you think about London!
Gonna visit you guys! Rinduuuuu~ =D



You Might Also Like

0 comments

I read:

Makeup geek