London, UK-day 2 (PART I)

6:30 PM

Assalammualaikum semua..

Okies, semalam dah edit gambar. So, ML nak share dengan korang pengalaman hari kedua pula di sana. Hari ke dua di London was one of the most exciting day. Kenapa? Sebab hari tersebut ML lawat banyak tempat termasuklah pergi bermain di London eye, Sea life, London Dungeon dan Madam Tussaud. Gambar sangat-sangat lah banyak. So,ML akan bahagikan kepada dua part. ML nak cerita pengalaman pergi bermain-main dulu la..next part baru cerita pengalaman pergi melawat tempat-tempat bersejarah tu okies?


LONDON EYE

Underground: Waterloo

Tiket combo untuk 4 top attractions London Eye, Madam Tussaud, London Dungeon dan Sealife boleh dibeli secara online. ML beli di Merlin entertainment. Kalau beli online harganya lebih murah, dapat 33% diskaun. Kalau beli direct di kaunter, harganya mahal dan dapat sikit je diskaun. So,kalau korang berpeluang ke London, jangan lupa beli secara online. Kalau korang menggunakan kad kredit parent, jangan lupa bawa consent letter/surat kebenaran. Buat sendiri pun takpe and sign la sendiri. Hehehe. Sebab wajib tunjuk kad kredit yang digunakan bila nak collect tiket di London Eye nanti. Ok, jom tengok London Eye!




  



London Eye






Ok, sape pernah naik Eye of Malaysia? Angkat tangan! Bile naik LOndon Eye ni, korang akan di masukkan ke dalam telur/sangkar. (Kelakar pulak panggil telur). Bezanya dengan eye of Malaysia, telur ni sangat besar dan ada kerusi di tengah. Ramai boleh masuk dalam sebiji telur ni. 






Rupa telur yang ML maksudkan. 

Perjalanan naik London Eye memakan masa selama 30 minit. Lama kan?
Sampai satu tempat, bila telur ni dah hampir nak turun ke bawah, ade satu tempat khas yang korang kene berdiri ramai-ramai dan senyum sambil sebut "Cheeeeeseeee"...nanti ade kamera automatik ambil gamba korang. ML dengan satu couple tua je yang berjaya ambil gamba coz yang lain sume lepak atas kerusi. LOL.


Ni jambatan railway keretapi tak silap ML. 

 

Palace of Westminster and Big Ben from kingdom of far far away...Hehe




Inilah London Bridge, pemandangan dari atas London Eye =)
ML tak pergi pon tengok London Bridge sebab tak lawa lansung =P


SEA LIFE OF LONDON AQUARIUM

Berhadapan dengan London Eye, terletaknye Sea Life Aquarium ni. Di sini, korang boleh tengok banyak speasis ikan, obor-obor & ikan jerung dll.. Ala....macam Aquaria dekat KLCC tu. Tapi dekat Aquaria Malaysia banyak penyu dengan kura-kura. 

Seronok tengok ikan rupanya...Tapi Sea Life London Aquarium tak boleh lawan dengan Aquarium di Dubai. Kalau di Dubai, aquarium besar macam ni diletakkan dalam shopping complex dan juga hotel. Ikan jerung and ikan pari sebesar carpet rumah korang. Fuhh,dahsyat..dahsyat...Ok, jom pergi memancing dengan ML..




Kalau korang nak tau, ML korang dah mula lapar time ni. =O



Nemo (clown fish)


Pretty Yellow
 


Ni pula ikan pari. Ikan pari ni di letakkan di tempat terbuka, so korang boleh tengok dari atas. Ikan ni pandai gedik-gedik. Kelakar tengok aksi dorang menari ramai-ramai. 

Bile ML tengok ikan pari ni, korang tau ape ML cakap?
"Sedapnye kalau aku tangkap buat asam pedas ikan pari..." (hahahha..ingat makan je!)


Ni pula time nak tengok movie 4D di Sealife =)

LONDON DUNGEON

Underground: London Bridge station

After Sea Life, my next destination was London Dungeon. I was sooo excited nak masuk sebab kawan ML kate best compared to Amsterdam Dungeon. ML cuba la nak feel and buat-buat takut. Tapi sebenarnye tak takut pun! Maybe sebab ML dah besar kot. Sebab budak kecik yang masuk dalam tu siap dah nak nangis da. Hihihi..Tapi best la main-main dalam tu. Tak banyak gambar ML dalam dungeon ni sebab gelap gelita.







MADAM TUSSAUD

Underground: Baker Street


After London Dungeon, kami berlari-lari ke station Baker Street untuk melawat Madam Tussaud yang dah nak tutup. Madam Tussaud adalah antara tempat yang ML nak sangat pergi sejak ML kecil lagi. Sebab mak ML selalu cerita yang ada patung lilin sebijik macam manusia dekat sana. Alhamdulillah, impian jadi kenyataan, ML dapat jenguk Madam Tussaud ni =).

Lucu betul bila ingat balik yang kitorang adelah orang last, habis je kami ambil gambar, hall semua tutup. Ni semua akibat bermain di Aquarium terlalu lama! Okies, ade certain-certain gamba ML crop sebab aksi-aksi yang agak terlampau dan tak di approve Encik Tunang. Kih Kih Kih...



Harry Potter


Lady Gaga


Keira Knightley & Orlando Bloom


Justin Timberlake



Angelina Jolie

Julia Roberts


Tom Cruise



Cucuk Tuuttttt Jennifer Lopez.hihi



Johny Depp



Nicole Kidman



Edward Cullen Twilight (Robert Pattinson)




Lady Diana


Ashwarya Rai



Shah Rukh Khan


Hritik Roshan


Marylin Monroe


Audrey Hepburn


New family member..hik hik..
Great Britain Royal Family


Kacau Queen Elizabeth II


Isaac Newton


Kawan baik dengan pakcik Enstein..




Michael Jackson


Britney Spears


Obama

Habis dah perjalanan cuti-cuti London day 2 (PART I). Di sebabkan terlalu banyak gambar, ML just letakkan 1 entry per page. Bagi siape yang belum baca cuti-cuti London, UK-Day 1..boleh klik link di bawah.



ML harap korang sume happy baca entry kali ni. InsyaAllah ada masa, ML update lagi. Bagi siapa yang nak tengok ML melompat-lompat di Stonehenge, nantikan~
Oh Yes, esok kelas ML akan bermula. Back to school!! Kene baca buku rajin-rajin ni =)



Di antara ke empat-empat tempat di atas, mana yang korang rasa teringinnnn sangat nak pergi?
Let me know by leaving a comment below. 
See u in the next entry =)

You Might Also Like

0 comments

I read:

Makeup geek