Berhenti kerja dari doktor kerajaan

1:37 AM

Image result for resign

Hari ni sis nak cerita pengalaman sis berhenti kerja sebagai doktor kerajaan. Tujuan sis menulis ni bukanlah untuk menghasut dan sebagainya. Hanyalah sekadar perkongsian pengalaman sis yang tak seberapa.

Sebelum kita melakukan sesuatu, sis nak ingatkan, tanya dulu diri kita apa yang kita minat dan apa yang kita mampu buat? Jangan ikut kata orang lain. Bekerja sebagai doktor kerajaan banyak hikmahnya. Banyak sangat yang sis belajar dari segi pekerjaan, dari segi menjaga hubungan sesama pekerja dan menjaga hubungan doktor dan pesakit. Walaupun sis masih setahun jagung, tapi pengalaman ini semua banyak membantu diri sis sekarang.

Usai tamat housemanship (ups and down nye Allah je yang tahu,sipi2 je lagi nak sewel. kekeke..nasib back on track. keke). Ok gurau je. Tamat je housemanship, sis terus ke negeri lain. Ye sis dapat negeri lain. Sama je macam anda2 semua yang tercampak jauh nun di tempat orang. Pergi! Jangan tak pergi. Percaturan Allah sentiasa yang terbaik. Itu tekad sis waktu tu. Sebab rayuan sis hilang kelaut andaman. Sabar sahaja lah. So sis redha and sis bungkus barang. Sis sempat hantar blue berry cheesecake dekat department sis yang terakhir. Sobbsss..tak sedih..serabut jiwa waktu tu..


Di negeri baru, sis dapat klinik kesihatan. Tapi klinik sis busy. Alhamdulillah FMS sangat suka mengajar walau die suke gila membebel. Ya rabbi. Takpe, hidup kene positive. Cukup 2 tahun sebagai MO, sis dapat tawaran, risik2 khabar, clinic yang sis locum (tempat doktor gali2 cari duit lebih la) nak cari doktor permanent/doktor tetap.

Langkah sis dipermudahkan sangat. Mak restu,suami restu,abang restu. Ni orang2 kuat dalam hidup sis walaupun sis ni bapak keras kepala. Hehe.. Boss klinik datang dari KL nunnnn..interview sis dekat koridor. Tak cakap banyak. Terus bincang gaji.

Gaji berapa minimum doktor swasta? 8-10k. Ok sis dah jawab ek.  Tapi bergantung kepada working hours yang anda pilih, dan bergantung kepada offer boss2 anda. So jangan banding2kan. Apa yang anda dapat itu rezeki anda. Kalau ko keje nak compare je, sampai ke sudah hidup ko tak aman. Sume ko rasa tak cukup bhai.

Tak rugi ke? Taklah. Dimana-mana peluang belajar itu ada. Balik kepada soalan di atas, apa yang anda mahu dalam diri anda. Macam sis..memang suke jadi GP. I'm practicing well.

Susah tak? Ada susah ade senang nye. Kite cakap yang positive side dulu. Pesakit tak la seramai hospital. Tapi ade hari akan dilanda todak jua. Tambah2 bile ko dah femes. Memang orang akan datang. Alhamdulillah pesakit-pesakit sis walaupun ada yang tak bernasib baik allergic ubat dan sebagainya mereka masih datang. Ni penting ye, jaga hubungan anda dengan pesakit. Mesti jaga mulut lidah jangan sakitkan hati mereka. Walaupun anda sakit hati nak kene bagi MC kat depa.hehe.

Susahnye ialah ni adalah dunia perniagaan. Boss akan harapkan keuntungan yang anda bawa. Bukan kerugian. Walaupun mereka kata ooooo u tgk patient jeeee.. Choi la..patient number turun, ko tetap kene cari reason. Alhamdulillah patient sis memberansangkan dari hari ke hari walaupun ppfftttt mahal rege ubat weyh.. Again, treatment yang betul, cara yang betul, Allah akan bantu. Hold onto that!

Susah yang seterusnya ialah anda kini ialah PIC, so ko kene jaga STAFFFFFFFFFFFF yang jauh lagi muda or tua dari ko. Dapat yang baik alhamdulillah, dapat yang tettttttt**** ko pepaham la..nak manage manusia ni bukan mudah. Tapi, ko boleh belajar. Ingat sis cakap tadi, kat mana2 kite boleh belajar kan. Dan disini kita kan belajar menguruskan manusia yang bernama staff. Sis dah kenyang dah. Tambah2 dengan dunia sosial media sekarang, memang sedap la kene bahan. Rasa dah cukup baik dah..tapi die tetap rasa die lagi baik. Yang penting nawaitu kita is menjaga dan mengajar mereka. If mereka tidak boleh dijaga dan diajar, anda tahulah bahawa mereka tidak layak bekerja dengan anda.

And ada banyak benda lagi actually pasal KKM, pharmacy dan sebagainya. Well at least u learn.

Kenapa tak buka clinic sendiri? Terpulang. sis ni kalau anak orang have2 mak ayah ade pencen ratus2 ribu boleh la sis buka. Ni sis pun bulan2 tanggung mak and tolong husband. Jadah nye nak suh buat hutang lagi bukak klinik bagai. Dunia perniagaan bukan untuk semua orang. Yang rugi depa tak tunjuk. Yang untung ja depa tunjuk. Tabur2 cium2 duit. Haha. Jangan jadi gila. Kalau anda memang ada duit, pandai meniaga, hebat boleh jadi one man show, silakan..anda memang orangnya. sis tak halang.

Kenaikan gaji di klinik swasta lebih kurang je dengan kerajaan. Tak banyak beza. Bezanya ko ada bonus. Tapi ko kene work harderrrrrrrrrrrrrr. Macam ni sis ni work hard gilo babeng weyh. Nak bg orang kenal klinik ni siang malam. Dan kini pelbagai kaum ceruk perantau akan datang dekat klinik ni. Alhamdulillah.

Oklah, kalau sapa yang masih contemplating tu, kot nak tanya pape, korang drop la komen ke email ke..nanti sis rajin sis jawab. Between sis tengah sedih ni sebab sis rasa sis macam syok sendiri je menang tiket konsert tokti. Hahaha..takpela nok...redha je la...K bai

You Might Also Like

37 comments

  1. Tak kisahlah kerja gomen ke swasta... itu pilihan dan hak memasing kan. Ingatkan tadi berenti terus keje doktor jadi surirumah... mmg nak bahanlah doctor pidah ni.. hehehhe.

    ReplyDelete
  2. teringt dulu baca blog sis citer pasal stress jadi doc housemanship tu.. mcm mana doc2 senior layan sis.. pstu hari tu sy ada dengar yg cousin sy nk berhenti kerja doc kt HKL sbb tension pasal doc housemenship ni la terus teingt kt sis, cousin tu ckp dgn mak dia sebelum dia jadi gila baik dia bhenti.. ooo bkn senang rupanya nk jadi doc ni.. mmg ler kita selalu dengar doc kena on call la.. kerja doc gitu gini la.. tp tak sangka lk mmg sgt2 mencabar mental and fizikal..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mana2 kerja pun ade susah dan senangnye. Sekarang pon ade susahnye jugak. Tapi kene positif. Nasihatlah cousin tu untuk bertahan.

      Delete
  3. Hi, nk tnya kalau nk berenti keje gov sblm 2 tahun mo mcm mne ye? Boleh ke tk ye? Penat dh rase nk kne pjj dgn suami di johor, sy di sandakan dgn ank.. :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebaiknye sis fulfilkan 2tahun tu dulu. Kalau sis plan nak kerja as GP dengan certain company or bukak clinic, kerajaan strict sikit and kebnyakkan company dah letak requirement at least kene jadi MO for 2 years. Hang in there my dear. You are not alone. Sabar tau.

      Delete
  4. Dulu boleh lah nak seronok kata kerja itu kerja ini, sekarang ni, tak kisah apa pekerjaan kita, asalkan boleh memenuhi tanggungjawab kita sebaiknya.

    Bila duit banyak baru boleh cerita :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Yang penting jalankan tanggungjawab dengan penuh amanah. Tak banyak duit pun takpe. Yang penting ada.

      Delete
  5. rezeki tak salah alamat..harap sis sentiasa tenang dan dimudahkan segala urusan

    ReplyDelete
  6. sekiranya mo 2 tahun kontrak Lepas X dapat mo tetap boleh resign Dan boleh guna APC untuk menjadi doktor peribadi , klinik bergerak ??

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau u dah fulfill service 2years as MO u dah boleh resign. walaupun u contract. u dah boleh kerja as GP.

      Delete
  7. selepas housemanship pindah mo 2 tahun kontrak X dapat mo tetap boleh resign Dan boleh guna lesen APC menjadi doktor peribadi, klinik bergerak??

    ReplyDelete
  8. Tamat housemanship sambung medical office 2 tahun kontark Lepas Tamat boleh ke lesen doktor berkerja Di hospital swasta

    ReplyDelete
  9. boleh Housmanship Dan medical office hospital Sama telik intan ??

    ReplyDelete
    Replies
    1. bergantung kepada kekosongan yang ada. kadang2 kene keluar dari situ

      Delete
  10. Assalamualaikum sis.
    Nak tanya.. Mmg kene cukup ke 2 tahun MO tu? And sis dulu under JPA ke?
    klu kt dulu under JPA which ada bond kan 10tahun, mcm mn byran balik?

    Thanks in advance sis

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam. sy under MARA, bond cuma tiga tahun ikut agreement sy dengan MARA. If JPA, nanti die ade bg surat samada kene bayar lumpsum atau boleh bayar secara ansuran. Mengikut sumber yang boleh dipercayai, kene completekan MO 2tahun dulu, kalau tak nanti xboleh renew APC.

      Delete
  11. Salam sis. Saya pun nak letak jawatan atas sebab yang tak dapat dielakkan. Boleh share ke procedure nak letak jawatan tu macam mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hantar surat resign notis satu bulan. itu sahaja.

      Delete
  12. Salam sis nak tanya, saya resign kkm hajat nak kerja non clinical. Ada cadangan ke pathway yg sesuai?

    ReplyDelete
    Replies
    1. contoh non clinical? anything in mind? Bp lab ade hiring doctor..other than that boleh join insurance company

      Delete
    2. Sis, adk sy quit ho sebab major depression. Agak frust jugak tapi kalo kesian sgt tengok msa dia sakit. So kami redha dia terpaksa tinggalkan kerjaya ni. Cuma sy nak tau, dlm kerajaan apa laluan kerjaya yang bole dia apply selain medical?

      Delete
    3. Sis, adk sy quit ho sebab major depression. Agak frust jugak tapi kalo kesian sgt tengok msa dia sakit. So kami redha dia terpaksa tinggalkan kerjaya ni. Cuma sy nak tau, dlm kerajaan apa laluan kerjaya yang bole dia apply selain medical?

      Delete
    4. Maaf atas lewat reply. Give her full support. InsyaAllah ada yg depression can heal and can functioning well. Kerjaya lain dlm bidang kerajaan utk doktor agak sukar sedikit, pathway kami mmg kene completekan housemanship dan 2tahun moship sebelum dpt ke bahagian2 lain.ade beberapa rakan sy yg smbung belajar jurusan lain dan jadi pensyarah. Boleh join syarikat swasta seperti company lab/insurance/farmasi. Kalau die bersedia, boleh masuk kembali dan habiskan housemanship.

      Delete
  13. Salam sis. Adk sy terpaksa quit ho due to major depression. Kami agak frust pd mulanya tp redha daripada tgk dia sakit. Nak tnya laluan kerjaya yg boleh dia ceburi dlm kerajaan selain medical. Tq sis.

    ReplyDelete
  14. Salam..nak tanya, ada tak pathway yang membolehkan private doktor re-join KKM? Cthnya jika sesorg private doctor tu dpt jd specialist, adakah kkm buka peluang kepadanya utk masuk semula? Tq in advance

    ReplyDelete
  15. Salam sis, bole email sy
    yapzor93@gmail.com
    Nak tanya pasal gaji dan peluang di klinik swasta. Sy Ho di Hosp di tanah air dan akan habis Ho dalam bulan 3 tahun depan(2021).
    Nak tanya berbaloi ka pindah p GP sebab sekarang ni status hanya kontrak. Kalau dpt berhubung melalui email/whatsapp lagi senang sis. Sy insan yg lemah. Selagi tak dapat permanent posting rasa mcm x berbaloi nak stay government

    ReplyDelete
  16. Salam sis, bole email sy
    yapzor93@gmail.com
    Nak tanya pasal gaji dan peluang di klinik swasta. Sy Ho di Hosp di tanah air dan akan habis Ho dalam bulan 3 tahun depan(2021).
    Nak tanya berbaloi ka pindah p GP sebab sekarang ni status hanya kontrak. Kalau dpt berhubung melalui email/whatsapp lagi senang sis. Sy insan yg lemah. Selagi tak dapat permanent posting rasa mcm x berbaloi nak stay government

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorry for the late reply. Sekarang musim covid,better stay in government. Coz doctors/GP are struggling sekarang. Sales xberapa bagus berbanding dahulu. Ramai yg mistreat doktor2 di GP..gaji ditolak etc..unless u dpt kerja dengan company yg betul2 menjaga kebajikan pekerja.

      Delete
  17. Assalamualaikum dr.
    Saya sbnrnya ade dapat tawaran GP di satu klinik elite di selangor.Bole ke klu saya nak tanye dr beberapa hal?

    ReplyDelete
  18. Hye nk tanya mcm mana pathway nk jadi mo tetap di kk ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mula2 once da dapat penempatan. Kene pergi ke JKN negeri yg kita dapat tu. Time tu you kena mintak nak klinik kesihatan. Selalunye ikut nasib jugak la. Kalau ada kekosongan insyaAllah dapat. Just tell them u nak sambung belajar jadi FMS. Maybe membantu.

      Delete
  19. Hai. Boleh guide saya untuk tulis surat resign kkm, saya nak kerja di GP. Contoh surat etc

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Just buat simple surat rasmi menyatakan nak meletakkan jawatan sebagai pegawai perubatan. Boleh jumpa dengan pegawai tadbir jugak. Nanti die akan setelkan sume surat menyurat.

      Delete
  20. Hai. Boleh tak guide saya untuk tulis surat resign . N nak tahu prosedur mcm mana nak resign kkm .

    ReplyDelete

I read:

Makeup geek