Macam mana nak menyimpan duit?

1:57 PM

Assalammualaikum,


Nak savings/menyimpan duit ni sebenarnye bergantung ke atas individu. Ada individu yang jenis berjimat cermat, ada yang tidak. Ada yang banyak komitmen, ada yang tidak. So, kita cakap secara general je lah ye untuk individu yang gaji cukup cukup makan dan takde side income ribu riban. Sebab macam mana pun sesorang tu mampu menyimpan sebenarnye. Cuma amountnye lah yang berbeza.

Nak menyimpan ni, kene KUAT SEMANGAT. Lain la kalau duit berjuta-juta, tu tak payah cerita lah, yang tu dah lain level dah. Bagi yang duit cukup-cukup makan ni, korang kene ade AIM/IMPIAN.

Contohnye impian nak beli kereta, atau nak beli rumah, atau nak ade rm100 ribu dalam masa 10tahun, atau nak pergi haji misalannye. Contohlah ye..aku bg contoh je. Lagi bagus kalau korang tulis impian tu besar, tempek dekat dinding! So hari2 boleh tengok, hari2 boleh sebut dalam doa. InsyaAllah termakbul. So lepas doa, kene usaha!

1)Kurangkan berbelanja.
Ini antara benda yang pertama kene highlight. Sebab berbelanja ni memang kene bijak.
Jangan beli barang branded kalau gaji cukup-cukup makan. Tak worth it kalau setakat nak puaskan hati. Ukur baju di badan sendiri. Barang-barang ni kalau beli nilai die akan jatuh, kalau ko beli harga rm700, ko xkan boleh jual dengan harga rm700 jugak. Orang takkan beli. Sebab ianya da dikira barang preloved. Instead of beli bedak muka yang mahal, resort tu yang murah sikit. Believe me, you will be happier.

2)Makan yang perlu 
Maksud di sini bukan makan maggi je ek. Maksud aku jangan membazir. Sebab perut kita ni kecik. Nasi sikit,ayam goreng seketul dah kenyang. Nasi sikit, ikan goreng +sambal belacan dah kenyang. Betul tak? Lagi bagus masak sendiri. Masak sendiri banyak faedahnye. Masak simple2 pun ok. Bak kata staf-staf aku, cube balajar untuk hidup dengan rm1000 sebulan contohnye. Tak cuba tak tahu. Trust me, you will be happier.

3)Buang applikasi mudah alih yang melibatkan shopping
Applikasi2 mudah alih ni banyak sekarang. Dan dorang akan notify korang bile ade sales lah kononnye. padahal, hari2 sales yang same. Puii.. So kene bijak. Uninstall je lah, kalau nak beli sangat barulah google di website untuk membeli online. Dekat facebook pun, korang hide lah advertisement2 yang menggugat keimanan nak bershopping tu. Sebab tu sume taktik "marketing". Dan musuh kita adalah mata. Sebab ape? Dari mata turun ke hati. Dah sampai kat hati, mula la malam tak boleh tidur.

4) Berbelanja benda yang PENTING sahaja
Eh macam mana ni? Semua pun penting! Haaaa.. Buat senarai. Sebelum pergi kene buat senarai. Dan sebelum melangkah masuk pasaraya atau kedai mane2 korang nak masuk tu, dah kene berdoa depan pintu, semoga Allah kurangkan nafsu berbelanja kita tu. Sebabnye banyak je setan suke bersorak2 kat tepi nak suh korang shopping.

5)Kalau boleh suruh suami yang pergi beli barang
Haaaaa! ni lagi satu tips yang bagus. Kalau aku,aku mmg akan suh laki aku je masuk beli barang kat pasaraya. Memangla banyak aku tengok viral kat facebook,isteri happy kalau dpt g supermarket whatever. hehe.. tapi pada aku banyak bahayanya. Aku selalu buat senarai ape yang nak beli, contohnye ikan kembong 6 ekor, pampers ,daging , bawang sekian2 bilangan, so laki aku akan beli yang tu je. Orang laki ni lurus sket. Kekeke.. So kat situ da kurang pembaziran. Ko suh aku masuk, abis sume aku nak angkut buat stock. Orang pompuan kan...kekeke

6) Pakai kad kredit
Eh kepale bane? Haha..tak lah..betul lah.. Kad kredit ni banyak kebaikannye kalau kite pandai guna. Jangan shopping guna kad kredit kalau takde duit! Beli barang guna kad kredit kita akan dapat point yang mana nanti kita boleh redeem  points 2tu untuk dapat barang elektrik atau pun voucher2 aeon jusco dan sebagainye.. boleh dah tebus utk beli barang rumah. Dekat sini dah boleh bantu kita berjimat. Macam akak dlu ,dapat periuk nasi free tau bile redeem points. Periuk berkualiti pulak tu. Memang terbaik. Lepas tu kad kredit ni kita kene faham die ada 20hari cooling period. Maksudnye disini, bank xkan kenekan caj kalau 20hari anda tak bayar. So sila buat payment penuh sebelum 20hari dari tarikh anda shopping. Haaa..kalau lepas tu anda akan dikenakan caj 1.5% sebulan. Takmola kene2 caj ni. Kalau takut nak control nafsu, jangan guna kad kredit. But so far, aku dapat banyak manfaat gune kad kredit.

7) Mula dengan sedikit
Mula dengan sedikit..contohnye rm50 sebulan. Boleh punya la..set aside rm50 sebulan. Paling cekai la. Setahun da rm600. Next year, naik gaji or ade bonus? boleh add in dalam simpanan korang tu. Dah simpan jangan tengok! Kalau tak die tak beranak. Sebab belum beranak korang dah cantas.

Cara lain nak mengatasi tak cukup duit tu barulah kita fikir untuk tambah side income, pelaburan dan sebagainya which is tu nanti kita sembang lagi okies.

Sikit2 lama2 jadi bukit. InsyaAllah. Kalau kita tak mula, takde orang akan mulakan.
Restrict yourself, be humble, be wise.
Jangan ikut orang.
Gaji dia 1 juta, gaji ko 1 ribu.
Untuk permulaan, hidup cara 1 ribu.
Sambil-sambil tu boleh la menyelam cari ilmu berniaga ke,jual nasi lemak ke..haha




You Might Also Like

2 comments

  1. Jemput singgah dan baca :)

    https://messarah.blogspot.my/2017/09/im-glad-to-be-part-of-them-sea-games.html

    ReplyDelete

I read:

Makeup geek