Tali pusat bayi berdarah dan cara penjagaan

7:16 PM



Image result for tali pusat
gambar dari google

Hari ni saya tertarik untuk bercerita tentang tali pusat bayi dan possibility permasalahan yang mungkin menjangkiti tali pusat bayi kita. Tali pusat bayi menyambungkan bayi kepada ibu ketika didalam rahim supaya nutrien dapat disalurkan kepada bayi. Tali pusat ni terdiri daripada tisu dan salur darah. Ianya akan dipotong sebaik sahaja bayi lahir.

Penjagaan yang betul adalah penting untuk mengelakkan jangkitan kuman pada tali pusat bayi (umbilical cord stump). Selalunya dalam masa 1-2minggu, tali pusat akan luruh dengan sendirinya. Cara nak jaga simple je sebenarnye.

Image result for tali pusat
gambar dari google


1)Selepas bayi mandi atau setiap kali tukar lampin, si ibu kena pastikan tangan bersih. Bile ada baby dinasihatkan si ibu kena ada hand sterilizer. Waktu anak saya masih bayi, sebelum sentuh baby mesti cuci tangan dahulu!

2)Ambil kapas dan air suam. Cuci pada bahagian hujung dahulu (tempat yang dipotong), buang kapas yang sudah di gunakan. Kemudian ambil kapas lain dan cuci bahagian tali pusat yang lain. Guna kapas yang seterusnya untuk cuci pada bahagian dasar tali pusat yang melekat pada kulit.

3)Ulang langkah yang sama dengan menggunakan larutan chlorhexidine yang dibekalkan oleh pihak klinik kesihatan/hospital.  Selalunye nisbah kepekatan chlorhexidine in alcohol tersebut ialah 1:200.

4)Cucilah 2-3 kali sehari.

APA ITU OMPHALITIS?

Image result for omphalitis
image from google

Omphalitis adalah jangkitan kuman pada tali pusat yang membawa kepada jangkitan pada tisu2 sekeliling pada bahagian pusat. Perkara ni akan lebih membimbangkan apabila kuman tersebut boleh masuk dan menjangkiti bahagian tissue subcutaneous yang mana boleh membawa kepada necrotising fascitis. Sekiranya kuman tadi menjagkiti bahagian otot/muscle bayi ianya boleh menyebabkan myonecrosis (tisu-tisu otot akan mati).

Tanda-tanda awal jangkitan kuman adalah:

1)Kulit disekeliling tali pusat berwarna kemerah-merahan, suhu kulit akan terasa suam apabila disentuh. Kulit kelihatan membengkak.
2)Tali pusat mengeluarkan cecair kuning /nanah atau darah
3) Tali pusat mengeluarkan cecair yang berbau.
4)Demam

Selalunye kuman yang menjangkiti tali pusat adalah Streptococcus. Sekiranya ibu-ibu ada mendapati tanda-tanda awal jangkitan kuman pada bahagian pusat bayi, bawalah anak anda ke hospital atau klinik kesihatan yang berdekatan. Pemeriksaan harus dilakukan untuk mengelakkan komplikasi yang teruk terjadi kelak. Selain dari itu, sampel daripada pada pusat (C&S swab) haruslah diambil untuk kita ketahui kuman apa yang menjangkiti pusat anak kita. Antibiotik harus dimulakan untuk mengelakkan komplikasi yang lebih buruk terjadi.



gambar dari google

Image result

Antara kes-kes lain yang kita risaukan ialah sekiranya cecair yang keluar dari tali pusat adalah air kencing bayi. Hal ini kerana ada bukaan dari pundi kencing(urachus) yang bersambung ke bahagian pusat bayi. Bukaan ini selalunya akan tertutup sebelum bayi dilahirkan. Namun ada kes yang terjadi dimana, urachus ini tidak tertutup sepenuhnya dan akan menyebabkan tali pusat menajdi basah/lembap. Kes-kes sedemikian haruslah dirujuk kepada pakar kanak-kanak dan pakar urologi.

So, ibu-ibu, check tali pusat bayi anda. Sebarang kemusykilan, mesti jumpa doktor.
Kalau ada sebarang soalan, boleh tanyakan di bawah, InsyaAllah ada masa, saya akan jawab. 

Keywords:

  • Tali pusat bayi bernanah
  • Tali pusat bayi berdarah
  • Cara mencuci tali pusat
  • Cara penjagaan tali pusat
  • Tali pusat bayi berair

You Might Also Like

4 comments

  1. Pusat bby ada sedikit darah yang sudah kering,kenapa ye? Bby baru 8 hari,adakah sebab pakai barut?

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam, itu normal insyaAllah..tp kalau ada pendarahan yang berterusan atau keluar ceceair berbau puan perlu bawa bayi ke klinik

      Delete
  2. Tali pusat baby dh jatuh masa hari ke 9 tapi hari ni mcm ada kesan darah kering di pusat baby. Hari ini dah hari ke 24. Kenapa ye

    ReplyDelete

I read:

Makeup geek