Pesakit comel selalu ceriakan hari saya

4:13 PM

Assalammualaikum


Hari ni aku dapat patient chinese yang datang untuk check tekanan darah. Auntie tu umur dah 70tahun lebih. Tapi datang klinik jalan kaki! Keren tak? Kite ni nak jalan kaki punya la malas. Jalan kaki pun rasa macam merangkak. Haha..

Auntie ni memang dah didiagnose dengan darah tinggi. Tapi baru-baru ni bacaan darahnya agak tinggi berbanding biasa. Sebab tu la kene datang untuk continue monitoring. Kalau ikut plan aku memang nak je aku naikkan terus dose ubat darah tinggi dia terus. Tapi pesakit ni selalunya dia nak rasa "selamat". Reassurance tu penting. So aku continue lagi dan cukupkan pemantauan lima hari. Die pun nampak happy. Aku cucuk-cucuk la jugak, "tak cukup auntie dose ubat auntie tu...sikit sangat..kene naik tu..."

Sambil-sambil tu aku pon sembang dengan dia. 

D: Auntie kerja lagi ke?
P: Saya sudah tak kerja ma. Sikalang kasi anak saja kerja. Saya duduk rumah, saya suka kebun-kebun. Tanam sayur sikit.. buah sikit.. 
D: Wahhh...auntie banyak rajin. Saya satu pokok pun takde tanam.
P: Ya lah..rumput ar semuaa saya kasi cabut. Takdak panggil orang potong rumput punya. Saya tanam itu buah pear arr banyakkk besar! Tengok itu bunga..sayur sama buah tumbuh ar..hati saya banyakkk senang.
Aku pun senyum melayan keletah auntie comel ni.

Jauh di sudut hati aku rasa cemburu sebenarnya. Sebab kita ni penuh dengan kemahuan. Disebabkan kemahuan ni, timbul banyak komitmen. Komitmen rumah..kereta..belajar..berniaga..etc etc and the list goes on. Benda-benda ni membawa kurang quality time bersama. Macam auntie tadi dia dapat quality time untuk diri dia sendiri. Tanam sayur dekat depan rumah..belakang rumah..kalau panas sangat, die pakai topi.. Aku ni stuck je tengok patient. Haha..Yerlah,aku ni kalau bagi pokok rambutan besar pun mati. Memang tak reti jaga pokok pun. Huhu. Takpelah, maybe kalau umur aku 70tahun nanti baru dapat quality time kot. Kekekeke. 

Every life is different
Every family is different
Everyone has their on struggle

Grass is always greener on the other side
You always think that other people are happier more than you
Don't be down

Cause

What is important?
Learn to be grateful
Grateful to Allah

:)





You Might Also Like

1 comments

I read:

Makeup geek