Menangis

8:01 AM

Alhamdulillah.

Ada lagi kesempatan bernafas hari ni. Kejap lagi nak balik rumah then nak balik KL. Mengantuk pulak mata ni. Tapi tak boleh dilayankan sangat kelopak mata ni. Beberapa hari ni asyik teringat dekat pesakit A(bukan nama sebenar). Yang mana kisah die ni memang teringat-ingat je difikiran. It's a reflection for me as a wife dan kepada semua orang yang dah berumah tangga.

Pagi tu tak ramai patient.
Macam biasa A datang untuk ambil tekanan darah.
Tinggi bacaannye tempoh hari.
Jadi aku minta untuk pantau 5hari berturut-turut.

Dari situ A mule luahkan perasaan.
Satu-satu dia cerita.
Hari terakhir tu, suami temankan.
Tapi sedih sangat barangkali sampai bercucuran air mata dia bercerita.
Mungkin lama sangat terbuku dihati
Sampai dia boleh cerita pada aku yang "stranger" ni.
Kami bersembang lama hari tu.

A ni seorang wanita, lewat 40an.
Lemah lembut, santun sangat orang nye. Nak bandingkan dengan aku, gaya bercakap die tu boleh buat orang cair. Sebab lembut sangat.
Tapi dia garang di rumah. Anak ramai- 7 orang semuanya.
Senang lekat katanya.

Dia berkahwin dengan suaminya B(bukan nama sebenar) sudah berpuluh tahun kiranya.
Asalnye berkawan hanya beberapa bulan.
Tapi sebab A tak suka nak keluar tanpa ikatan, dia ajak B kahwin.
Mereka bertunang.

Lepas seminggu bertunang, B kata nak putus dan dia nak berkahwin dengan ex-gf nye.
A sabar. Dia kata "saya bagi abg masa seminggu,fikirkan. Kalau betul abg nak kan dia, kita putus. Saya redha"
Dalam masa yang sama ex-gf B dah pun bertunang dengan orang lain.
Kalau nak putuskan pertunangan, B perlu bayar double iaitu 8ribu sebagai tanda ganti rugi untuk putus tunang 2 pihak barangkali.
B tak mampu.
Maka, berkahwinlah mereka.
Di situ dia ketawa sambil menangis..dia cakap "Bodohkan akak ni doktor. Bodoh sangat. Dari awal akak dah bodoh".
Disitu juga bermula dugaan A yang mana keluarga B tak suka pada dia. Mereka lagi suka pada ex-gf B.

Mereka menetap di bandar baru kerana ikut tempat kerja suami.
Selepas berkahwin mereka dikurniakan anak.
Rezeki anak melimpah ruah.
Pantang "kena" je "lekat". Tapi si suami tak beri pakai perancang.
Disinilah dugaan bermula.
B sangat berpengalaman di tempat kerja selepas beberapa tahun berkhidmat.
Jadi pangkat dia tinggi. Macam supervisor kilang.
Ada sorang pekerja buat hal ditempat kerja. Tak tahu apa salah pekerja itu, dia dibuang kerja.
Jadi isterinya mengadu kepada B, yang mereka sekeluarga kesempitan wang.
Mula-mula tolong belikan susu, jadi tempat mengadu.
Lama-lama jatuh cinta.
Bermadu asmara dekat stesen bas malam-malam buta dengan isteri orang.
Bila dimarah sekejap- mereka putus sekejap.

Kemudian suami dia suka berwechat.
Bercinta dengan janda orang pulak.
Sekali lagi dimarah.
Berkali-kali episode ni jadi.

A ni redha je. Dia menangis je dalam hati.
Tapi rasa sentap sangat bila dia cerita.
Waktu tu anak keempat dia baru 4 bulan. Dia penat sangat.
Suami tak membantu. Siap bercinta dengan bini orang tu sampai pukul 3pagi.
Balik-balik sahaja pukul 3 pagi, dia paksa A untuk buat hubungan.
Menangis-nangis waktu tu. Dia kata " Ya Allah, kalau aku tak redha ni, suami aku dah kira "rogol" aku."
Dia merayu dekat suami jangan buang dalam,jangan buang dalam. Sebab dia senang lekat. Tapi suami tak layan.
Dapat anak nombor 5.

A tak pernah cerita pada sesiapa.
Tambah-tambah keluarga B. Mereka semua tak suka pada dia.
Waktu dalam pantang anak kelima, mak mertua dan bapa mertua datang.
A seronok sangat.
Dah anak ke-5 baru dapat kunjungan mertua.
Bila sampai di rumahnya, mak mertua dia cakap "Kau ni kerja beranak je. Ko tak kesian ke dekat anak aku? Ko dah la tak kerja"
Aku ingat cerita macam ni ada dalam drama je.

Dia pendam je selama bertahun-tahun.
Dia tak cerita dekat ayah dia. Tapi arwah ayah dapat kesan.
Arwah ayah kata senyuman dia kat luar tak sama dengan hati dia dekat dalam.
Tapi dia tetap pendam.Tak cerita.

"Selama-lama sambut hari raya kan doktor, saya cuma pakai cantik-cantik. Tapi saya tak pernah minta maaf pada suami saya. Hati saya sakit. Tapi raya tahun ni saya kuatkan hati. Saya minta maaf pada dia. Dia pun minta maaf dengan saya. Dia janji takkan buat lagi"

Minggu cuti raya tu, dorang kerumah sanak-saudara
pakai baju raya
Anak A nak ambil gambar.
"Ibu pakai kamera ayah la, kamera ibu tak cantik"
Tengah anak dia pegang kamera ayah nak ambil gamba si ibu ni tadi, tiba-tiba notification masuk
" Sayang, sayang kat mana?
A menangis bila anak dia tahu. Hati ibu mana tak terluka bila anak dia tahu ayah main kayu tiga.
A sabar lagi.

Sebab dia mengharap.
"Kami ni dah tua. Memang dah jarang bersama doktor. Tapi sekarang, dia tak pernah, hatta peluk saya pun tak pernah".

"Saya sampai minta...abang, abang tengokla saya. Abang duduk je dekat kerusi dapur tu, abang tengok saya. Abang tak nak tolong potong sayur pun takpe. Tapi abang tengok saya macam dulu-dulu"

"Saya teringin doktor..saya teringin dia peluk saya sebelum tidur. Tapi takde..pandang saya pun tidak"

Sedih sangat dengar cerita A ni. Sekarang B digantung kerja.
Dia taknak keluar cari kerja.
Masalah kewangan pulak.
Logiklah tekanan darah A naik.

Macam mana rezeki B nak murah.
Kalau isteri tak redha.

Allah..semoga Allah permudahkan segala urusan A. Aku bagi cadangan untuk dia berniaga. Sebab dia pandai masak. Mudah-mudahan ada ruang rezeki untuk akak ni. Aminn..

Bila macam ni, aku suke mendengar. Takpelah orang tak bayar consultation pun. Sebab aku tahu, dorang nak cari orang untuk mendengar.


You Might Also Like

0 comments

I read:

Makeup geek