Life come and go, beauty blooms and fades, love grows and dies...

6:35 PM

Assalammualaikum..

Image result for life\
picture from google

Another randomrambling hari ni dipetang yang hening. Patient load tak ramai hari ni. Maybe dorang tau mood doctor dorang yang tengah berusaha nak kurus. Korang fahamkan, when you like to eat but you retsrict yourself from eating.

Tak suffer ke? Eh taklah..Sebab nak sihat.
Reaching thirty means everything kene jaga-jaga.
No more carbonated drinks..
Regular exercise
Healthy diet
InsyaAllah..doakan saya istiqamah.
Hehe.

Hari ni, i read few news on my fb newsfeed. Seorang wanita meninggal dunia di Turki disyaki kerana gigitan serangga. She is just 27years old. Masih muda, Pergi ke Cappadocia Turki bersama keluarga. Sedang bergembira. Tapi bila Allah dah panggil, seminit pun tak kurang. Allahyarhamah dikebumikan di Turki. Sungguh kita tak tahu dimana tanah kubur kita kan? Semoga Allah merahmati beliau. Aminn..

Scroll newsfeed lagi, selalu baca coretan sipolan ni-yang selalui merindui arwah suami dia. Berkali-kali dia tekankan yang di dunia ni sebenarnye sementara je. Kena mula banyakkan bekalan. Usia perkahwinan mereka masih muda..tak lebih dari lima tahun. Pergi tatkala sayang tu masih kuat dihati. Sedih . Arwah seorang yang baik. Walaupun aku tak pernah kenal. Tapi sungguh mati tu pasti.

Kadang-kadang rasa bersalah dengan apa yang kita cari kat dunia ni. Yang disini aku tengok terkejar-kejar nak jadi jutawan.. yang disini tertunduk memikirkan nasib bila dijemput Ilahi kelak. Yang disana kata nanti bila dah kaya boleh banyak-banyak buat amalan. Yang disini, menghitung berapa banyak dia sudah zikir dalam sehari. Yang disana sebuk mengejar untuk mencari entiti kebebasan masa dan wang untuk dihari tua (financial freedom). Ragam facebook kawan-kawan aku. Macam-macam. Macam post-post aku yang lalu lah...everyone has their own struggle..and everyone has thei own need!

-------------------------------
Image result for beauty fades
picture from google

Semalam kawan kesayangan aku ni malu-malu kucing nak berkenalan dengan jejaka sorang ni. Segan barangkali.
Takut dia tak cantik.

Beauty fades..
Dulu muka tegang berjuta collagen
Sekarang nak kene hirup berbakul2 collagen baru nampak tegang
Nak kene pergi laser berkali-kali baru nampak ploles..

Dulu muka putih bersih
Sekarang dah berpigmentasi
Dari akar umbi dah menunggu pigmentasinye nak membukit keatas.

Itu bukti beauty fades
And nowadays banyak beauty-FAKE je

Orang cantik pun tak semestinya bahagia
Sebab bahagia tu datang dari Allah

So kenapa nak takut?

---------------------------
Image result for love grows and die
picture from google

Cinta tu boleh tumbuh dan mati
Satu hari aku tengok gambar dia senyum manis dengan pasangan
Berpimpin tangan bahagia je
Mata yang melihat pun boleh turut rasa gembira

Tapi betullah, yang di gambar itu tak semestinya benar
Mungkin cuma plastik
Tapi dalam peradaban perkahwinan ni, kerjasama dan harus faham memahami tu penting

Perkara pertama sebelum berkahwin adalah sabar
kalau sabar di hati tu boleh menggunung
InsyaAllah

Tapi balik semula kepada point tadi
Harus ada kerjasama dan toleransi
Kalau dua ni takde, memang goyang
Buh tiang seribu pun akan goyang

Sebab sedangkan rumah yang batu pun boleh dilanda ombak,angin, tsunami
Inikan rumah tangga
tak pernah kosong dari dugaan

Oklah habis dah aku bercerita. Apa yang aku cerita ni ada berkait dengan kejadian yang aku saksikan. Kene muhasabah diri banyak-banyak. Next article rasa nak ulas pasal kepala bayi. Stay tuned. Thanks for my silent readers.. Banyak rupenye silent readers ku ini.. Parent-parent sekalian jangan silent ye, tak faham, please drop you comment. Kite boleh discuss. :)




You Might Also Like

0 comments

I read:

Makeup geek