I love to see from other people's perspective

4:41 PM

Assalammualaikum


Aku suka tengok dari pandangan perspektif orang lain
Mungkin sebab aku dah meningkat tua kot
Haha
Kalau dulu bila meningkat remaja, semua kepala otak sendiri je betul

................

Hari tu aku celebrate birthday anak aku dekat tadika sebab dia beria-ria nak birthday in school.
Wardina memang naive sangat.
Celebrate birthday sehari, tapi die ulang cerita birthday dia sampai 3hari.
Comel sangat.

Bila aku sembang dengan staff aku...
dia pon cerita,
"Anak saya pun sama, mintak celebrate birthday sebab kawan2 buat birthday party.
Tapi saya tak layan. Yerla,nak buat makan-makan tu bukan sikit doktor. Mesti ratus jugak. Mana ada duit. Tapi saya cakap dekat dia balik elok2. Buat apa nak ikut cara dorang, daripada mama belanja kawan-kawan adik, baik mama belanja adik,kakak ngan abg sume. Korang nak makan ape, mama bawak".

Pada aku, dengan pemikiran macam ni anak-anak akan jadi lagi matang.
Tak manja.
Aku dulu pon mane ade mewah-mewah.
Just sebab kita mampu, tak semestinya kita kena layan anak kita dengan cara bermewah-mewah.
Something to ponder..

................

Semalam aku sembang dengan mak.
Kak ipar aku beranak 5.Rapat-rapat jarak mereka.
Kecil-kecil anak dia.
Kami duduk jauh.
Abang aku pula selalu outstation di Melaka berbulan2 selalunye.
Jadi hal rumah semua kak ipar aku yang uruskan.

Kak ipar aku ni lemah lembut dulunya
Sekarang da  jadi tegas
Bayangkan bila hantar si kakak ke sekolah
Anak yang 3tahun boleh tolong jaga baby.

Kak ipar akan kunci dorang dua dalam rumah
And si kakak yang 3tahun pun akak duduk jaga baby dalam rumah
sampai mak die balik
Isn't that amazing?

Maybe la dalam erti kata lain
orang akan cakap kerja gila la..bahaya..
Takut budak2 main api la..jatuhla..tersedak susu ke..

Tapi budak-budak tu tak buat kerja-kerja gila tu..
Semua budak2 tu walaupun bawah 5tahun tapi bertanggungjawab
They know about "responsibility" at a very tender age
MasyaAllah..

....................

Ade orang suke bg anak rm5 ke rm10 ke sekolah
banyak tu utk budak sekolah
tambahan sekarang sekolah-sekolah kebanyakkannye dah provide makanan di sekolah
Benda ni dah buat jadi satu budaya

Anak-anak yang bawa duit banyak akan belanja kawan-kawan
Macam cerita anakku sazali pulak bila aku bayangkan
But that is the ugly truth
Walaupun nampak remeh..."alahai belanja kawan aiskrim"
apelah sangat kann?
Tapi bila aku lihat dari perspektif akak ni, masyaAllah- "we need to change".

Baru-baru ini tonton satu video seorang perancang kewangan
Bayangkan seorang perancang kewangan yang semestinya kaya
Ada perniagaan sendiri
Ade pelaburan hartanah
Tapi dari awal anak-anaknya, dia dah ajar konsep "pandai menilai wang"
Jika anak dia dapat rm5, balik dari sekolah dengan membawa rm5 juga, dia akan gandakan rm5 tu tadi menjadi rm10.
Dari situ anak dia suka menabung.
Dia ajar anak dia meniaga
Supaya hilang rasa malu
Budaya-budaya ni yang patut diterapkan sebenarnya.
Bukan budaya senang-senang nak belanja kawan.

Kalau sebelum ni
aku rasa apelah sangat manjakan anak itu ini
Tapi bila lihat dari pandangan orang lain;
Yang mungkin jauh lebih kurang pendapatan dari kita
atau yang mungkin jauh lebih hebat dari kita..
Kita akan nampak point of view berbeza
yang sangat membuka mata.

Semoga Allah mudahkan perjalanan aku membimbing anak2.







You Might Also Like

0 comments

I read:

Makeup geek