Everyone has their own struggle

11:13 PM

Assalammualaikum..



Hari ni baca status seorang kawan yang tengah down.
Sambung belajar di saat sudah bekeluarga ni bukan satu perkara yang mudah.
The struggle is real, sebab pusing macam mana pun, komitmennye besar, akan ada hati yang terluka.
Hatta hati sendiri pun terluka.
Otak pun letih.
Badan pun fatigue.

Kita manusia.
Tapi there's ups and downs..
Setiap orang memang ada masalah dan akan ada masalah.
Tapi Allah tak uji umatnye di luar kemampuan.

Ada manusia diuji dengan kesihatan
Sakit yang membatasi kebolehan untuk menjalani kehidupan harian
Atau mungkin insan yang disayangi yang jatuh sakit
Ni antara ujian yang besar sebenarnya
Mohon pada Allah, kerana dia pemberi segala kesembuhan
bukan doktor, bukan ubat
Doktor dan ubat hanya pengantara
Hati ni sokmo sayu kalau tengok orang sakit
Macam tisu je bile duduk dekat ward zaman-zaman housemen dulu

Ujian orang lain mungkin dari segi kewangan
Ada yang diuji dengan kurang duit..ada yang diuji dengan banyak duit
Dua-dua pun ujian
Bila sikit duit, memang pening nak jalani kehidupan seharian
Sebab lumrah manusia akan rasa "secure" bila ada duit
Hilang rasa "Secure" ni boleh membawa kepada susah hati, nak marah, nak gaduh laki bini etc..
Part ni memang struggle
Tapi kene pujuk hati utk sabar, sebab apa?
Janji ianya rezeki yang halal.
Rezeki yang halal ni besar hikmahnya di masa depan.
Dan jangan berhenti berdoa supaya rezeki kita diluaskan dan didekatkan dengan kita
Banyakkan bersedekah, jaga solat
Berbuat baik
Berkata-kata dengan kata2 yang baik
Ujian duit banyak tu lagi besar sebenarnye tau. Jangan seronok sangat.
Sebab setiap sen harta yang kita dapat tu, akan disoal kelak
So lagi banyak, lagi banyakla soalan nak kena jawab.

Ada orang di uji dengan kualiti waktu
Mungkin kualiti waktu utk diri sendiri dan keluarga
Part ni memang teruji ek
Hatta saya sendiri merasainya sangat-sangat
Money vs time
Memang ada orang diberi kelebihan bijak berniaga dan dapat menikmati kedua-duanya saya tak nafikan
Tapi lain periuk, lainlah acuannye
Tak semua orang pintu rezekinya sama
So saya tak "bias" dalam part ni
Kalau pesakit saya datang, memang ramai yang keletihan
Letih hati, dan letih badan sebenarnya kerana "overwork"
Jangan ingat doktor je overwork, ramai lagi orang diluar sana yang "overwork"
Jika kita duduk, dan dengar masalah setiap orang
Kita akan dapat rasa yang kita tak keseorangan
Tukang sapu pun penat, sakit kaki menyapu di bahu-bahu jalan dalam panas
menyapu lantai dari bangunan ke bangunan dan kaki-kaki lima

Tadi lepas mandi, masuk dalam bilik, alahai sejuknye sampai ke tulang sumsum
Lepas bersiap dan usai solat
Terasa panasnya sedangkan suhu aircond tu sama je, tak berubah.
Macam tu lah juga dengan masalah
masalah tu ibarat suhu aircond yang sejuk tu tadi
By time, bila kita dah laluinya..kita rasa panas kembali..kita akan rasa suhu balik macam biasa
Yang penting sabar..kalau tak sabar..mungkin akan bertindak diluar jangkaan

Saya pun tak terlepas dari ujian-ujian ni
Jadi bila ditimpa musibah, mungkin sebab dan tua ni..so makin matang kot
Saya cube bersabar
Anak masuk ward pun masih sedaya upaya boleh bertenang
Alhamdulillah waktu-waktu getir tu dapat dilalui

Everytime kita rasa down atau marah
Kene istighfar
Hatta setiap kali solat pun kita kene perbanyakkan istighfar
Supaya kita sentiasa mohon keampuan dari Allah
merendahkan diri padanya

Kita ni bila senang sikit je, mula la lupa diri
Solat pun kadang-kadang culas, tertinggal terlambat, buat-buat tak bangun tidur
Salah satu sifat Allah adalah Al-wahab (maha pemberi)
Macam mana dia nak beri rezeki, kelapangan dan kesenangan hati kalau kita pun jauh dari dia
Tak minta dari dia
Tak mohon dari dia
Tak buat apa yang dia nak
Dia suruh tutup aurat pun berkira

Tak semestinya orang-orang yang baik tidak diuji
Kadang-kadang ujian tu tanda dia sayang pada kita
dan Dia nak kita dekat pada dia

Jadi bagi para ibu pembaca page ni yang anak-anak kena jaundice
Sabar banyak-banyak ye
Istighfar dan berdoa
Ayah-ayah pun sama
Kadang-kadang si ibu masih dalam nifas, tak boleh solat
Hati lagi meruntun-runtun
Rasa serabut tak tenang je..
Suami kene doakan untuk anak dan untuk isteri
Supaya isteri aku lebih tenang dalam menjalani proses berpantang
Dan anak kami di pulihkan kesihatan seperti sediakala
Bukannye dapat paternity leave, dok tercongok main game
makan goreng pisang je
Hehe #jangansentap ye

Oklah sampai sini jelah untuk malam ni
Saya doakan semua hati-hati yang gusar malam ni diberi kesembuhan dan kelapangan
Jom kita istighfar sambil-sambil duduk memujuk hati
Aminn..

You Might Also Like

0 comments

I read:

Makeup geek