Telinga anak masuk benda asing

2:17 PM

Assalammualaikum..





Alkisahnye semalam aku dan suami struggle nak keluarkan benda asing dari telinga wardina. Macam tak percaya bile kena dekat batang idung sendiri kan? Tapi itulah hakikatnye. The day before, aku saja2 nak try gune otoscope clinic untuk check taik telinga anak-anak aku. Tup tup nampak benda ijau dalam telinga wardina. Tak nampak dah gegendang telinga dia and benda tu agak dalam. Try nak catch dengan crocodile forceps tapi xberjaya.

Panjang perjalanan kami..dari emergency hospital bentong, ke KPJ tawakal, ke emergency hospital Selayang. Semua xberjaya keluarkan. Anak pun tak cooperative. Yerla,die takut. Last sekali refer jumpa ORL team atau ENT team (ear nose and throat). Alhamdulillah.. hampir 2-3jam berusaha, akhirnye keluar jugak benda "hijau tu"


Inilah dia benda nye.. Tip of color pencil. Adoila anak..macam2 hal. 

Ok, kalau anak-anak korang ade benda yang termasuk dalam telinga boleh ikut tips2 ni:

1)Tolong jangan korek. Sebabnye takut benda tu akan tertolak ke dalam dan kene gegendang telinga.
2)Identify benda ape yang masuk? Putik kapas ke..kacang ke..beads ke..Supaya senang doktor nak tahu alat ape yang sesuai utk dorg catch benda asing tu nanti. 
3)Bawa jumpa doktor. Jangan memandai sendiri. Kalau macam kes aku ni, tak berjaya keluarkan di klinik atau emergency hospital, makanya kene jumpa bahagian ENT yang lebih arif dan banyak alat. 
4)Kalau dorang tak berjaya keluarkan jugak, makanya kene la operate. 

Alhamdulillah, gegendang telinga wardina selamat dengan jayanya. Walaupun abis telinga dia warna hijau. Macam2 alat dorang guna, dari forceps, syringing dengan air dan last sekali suction under camera guidance. So bole tgk benda alah tu sambil sedut. And lebih selamat. Cuma yg struggle nye ialah si wardina tu mengamuk macam kena histeria. Kekeke.. Terima kasihla team ORL hosp selayang for the service :)



You Might Also Like

0 comments

I read:

Makeup geek